11 Jun 2014

Suami Bingung Isterinya Dah Terbang Ke Tanah Seberang


Ibrahim menunjukkan laporan polis dan gambar Musalmah meminta dia pulang semula ke pangkuan keluarga. Ibrahim menunjukkan laporan polis dan gambar Musalmah meminta dia pulang semula ke pangkuan keluarga.

Sampai bila nak bohong anak'

ENDAU – “Saya terpaksa bohong mengatakan isteri berada di rumah mertua setiap kali diajukan soalan oleh anak bongsu yang berusia lapan tahun bertanyakan di mana ibunya berada.”

Begitulah reaksi Ibrahim Mohamad, 50, seorang juruwang di pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini yang terpaksa membohongi anak selepas isterinya menghilangkan diri pada 21 Mei lalu.

Menurut Ibrahim, isterinya, Musalmah Harunnarashid, 41, dipercayai lari meninggalkan dia dan anak ketika berada di rumah keluarganya di Felda Endau, dekat sini.

“Saya merayu isteri agar pulang segera ke pangkuan kami kerana anak sangat merinduinya.

“Saya terpaksa berbohong mengatakan dia berada di rumah mertua setiap kali ditanya anak bongsu kami, sampai bila saya harus berbohong?,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, dia dan isteri tidak pernah mempunyai masalah rumah tangga sehinggalah sehari sebelum kejadian, mereka bertengkar kerana isterinya tidak pulang ke rumah.

“Saya tidak mengesyaki perkara begini akan berlaku kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar daerah bersendirian malah untuk ke bandar Mersing pun saya yang menghantarnya.

“Namun kali ini dia secara tiba-tiba menghilangkan diri sebelum menelefon saya melalui nombor luar negara pada 22 Mei lalu memaklumkan sudah berada di Surabaya, Indonesia dan seterusnya bertindak memutuskan talian,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk melakukan solat hajat, menggunakan kaedah perubatan secara Islam selain membuat laporan polis namun masih menemui jalan buntu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 014-2110755.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati Musalmah ke negara jiran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) secara sah.

“Polis tidak dapat mengaitkan unsur jenayah dalam kes ini kerana Musalmah ke luar negara secara sukarela dan menggunakan dokumen perjalanan sah, namun kami tetap meneruskan siasatan dari pelbagai aspek,” katanya. -SH









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum suamimu terpikat dengan yang lain..."


3 ulasan:

  1. Berlambak org malaysia, indon jgk yg dicari..itulah padahnya..lps sesak balik le diaorg kenegara asal

    BalasPadam
  2. Silap haribulan perempuan itu ada anak dan suami di Indon. Biasa terjasi kepada rakan saya kawin dgn perempuan Indon dapat anak dua orang kemudian isterinya melarikan diri pulang ke Indon dengan meninggalkan dua anak hasil perkongsian dgn suaminya. Apabila disiasat mendapati perempuan tersebut mempunyai suami dan anak di Indon. Entah agama islam apa yg digunapakai oleh perempuan tersebut dalam satu masa punyai dua suami. Skrg perempuan tersebut telah kembali ke pangkuan suaminya yg pertsma suami kedua ditinggalkan begitu sehaja bersama dua orang anaknya. Kalau nak kawin dgn perempuan Indon siasat betol2 jangan jadi mangsa dimadu oleh sang isteri warga Indon.

    BalasPadam
  3. Walau apapun spekulasinya. Lu Polis siasat betul - betul dan jangan buat perkara bodoh sperti lu buat atas kes MH - 370. Kalau tidak i confirm seluruh komuniti laman web akan bising. Cayalah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.