3 Jun 2014

Raja Azmi Mahu Bertudung Sehingga Pakai Kafan


Raja Azmi tekad berhijab sampai pakai kafan

GARA-gara kenyataannya yang mempertikaikan tentang wanita tidak bertudung masuk neraka dalam sebuah program TV, penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya terbuka hati untuk berhijab.

Menurut laporan Mstar, selepas Raja Azmi membuat kenyataan itu, dia mula terfikir soal kata-katanya itu kembali.

“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak?.

“Saya juga buat solat sunat tahajud tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,”
katanya yang dipetik melalui sebuah program hiburan, malam tadi.

Malah Raja Azmi bertekad untuk kekal berhijab sehingga penghujung usianya.

“Insya-ALLAH, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kafan,” katanya.

Keputusannya itu juga disambut baik oleh suami dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Raja Azmi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengenai pemakaian tudung sejurus kepulangannya dari menunaikan umrah.

“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu,” katanya.

Ekoran kenyataan itu, beliau menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

IMBAS KEMBALI



Saya tak setuju wanita tak bertudung dihukum masuk neraka - Raja Azmidiperhalusi

KUALA LUMPUR: Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi.
-Astro Gempak 14/4/2014


ULASAN GB

Demikianlah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan.

Biasa Allah memilih orang yang "menentang" hukumNya lalu kemudian diberikanNya hidayah....

Kisah Umar Al-Khattab yang satu ketika pernah ingin membunuh Rasulullah saw, tetapi kemudian Umar telah memeluk Islam malah menjadi Khalifah besar umat Islam selepas Rasul wafat selepas Abu Bakar As-Siddiq.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





2 ulasan:

  1. Isteri PM seorang saja yang tak takut masuk neraka sebab itulah tak pakai tudung..

    BalasPadam
  2. Tak pakai tudung sbb masih lg nak enjoy life spt clubbing esp kat luar negara...camna nak teguk wine champagne kat kelab di new york mlm tahun baru kalo pakai tudung hehehe..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.