3 Jun 2014

Polis 57 Thn Dihukum Penjara & Sebat Kerana Rogol Remaja 15 Thn


Anggota polis dipenjara 15 tahun, lapan sebatan kerana rogol remaja

Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Baharu hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lepas.

Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhi hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua sebuah balai polis di Kota Baharu, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama.

Beliau turut membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. – Bernama

ULASAN GB

Nafsu memang tidak mengenal siapa samada usia, pangkat, pekerjaan dan kedudukan. Tidak semua polis jahat tetapi yang ini diantara yang terjahat: Seorang Ketua Balai Polis berumur 57 tahun tergamak merogol remaja berusia 15 tahun di dalam Balai Polis.

GB pernah mengulas mengenai kejadian jenayah yang menjadi-jadi di kalangan anggota polis:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Sebelum ini ada kes yang hampir sama, polis merogol remaja di dalam Balai Polis. Baca: Seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. GB telah membuat ulasan: Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

  1. Setakat sebat aja tak mencukupi. Sunat anu dia tu sampai tinggal boleh berhajat kecil, sudah.

    BalasPadam
  2. Kes rogol negara rata2 pelaku berbangsa melayu islam...di mana silapnya...pd nafsu, didikan, akhlak pekerti, dadah, undang-undang yg ada, lain2?

    BalasPadam
  3. Hudud bagi pesalah rogol hukum bunuh sama mcm jenayah bunuh dgn niat - selagi hanya penjara dan sebat perogol tak endah.

    BalasPadam
  4. Penjara dan sebat sahajakah? Di manakah letaknya keadilan kalau hanya penjara dan sebat sahaja? Hanya hudud sahaja mampu memberi keadilan yang sewajarnya plus lu hanya menambahkan lagi jumlah pesakit AIDS di negara Malaysia yang sampai sekarang tak pandai turun - turun. Hanya Hudud sahaja mampu menurun kadar pesakit AIDS di Malaysia. Percayalah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.