6 Jun 2014

Naib Presiden PKR Mahu Buru Blogger Pro-BN Sampai Lubang Cacing


Surendran mahu buru blogger pemfitnah

KUALA LUMPUR 5 JUN: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran membuat laporan polis terhadap Blogger dan pemegang akaun Twitter pro BN di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Laporan itu dibuat ekoran tindakan cybertrooper pro BN menyebar dan membuat fitnah berhubung satu paparan twitter palsu yang menyentuh sensitiviti kaum menggunakan namanya.

Beliau mendakwa ia dihasilkan melalui teknik “superimpose” dan sengaja disebarkan sebagai usaha memburuk-burukkan namanya serta pakatan rakyat amnya.

“Blogger-blogger dan pemegang akuan twitter pro Barisan Nasional telah menggeluarkan twitter dengan perkataan-perkatan palsu yang tidak pernah saya keluarkan.

“Perkataan-perkataan itu jelas tujuannya adalah untuk memaparkan saya dan juga KEADILAN sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan,” tegasnya dalam sidang media sejurus selepas laporan tersebut dibuat.

Beliau ditemani peguam Eric Paulsen dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Surendran sebelum ini difitnah kononnya menghina anggota polis berbangsa melayu yang terbunuh dilanggar penjenayah ketika menjalankan tugas.

Fitnah itu disebar sebuah blog pro BN pada minggu lalu sebelum disebarkan secara meluas oleh beberapa blog dan pemegang akaun twitter pada hari sama.

Naib presiden KEADILAN itu berkata, tindakan itu merupakan serangan politik dan fitnah jahat yang turut dilakukan terhadap pemimpin Pakatan sebelum ini.

Malah beliau kesal kerana pemimpin Barisan Nasional mengambil sikap berdiam diri dan merelakan tindakan jenayah yang dilakukan penyokong mereka.

“Saya akan buru kamu, saya akan bawa kamu ke mahkamah seperti yang telah saya lakukan kepada PapaGomo,” kata Surendran. -KD


Surendran lapor polis terhadap blogger BN

Peguam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran telah membuat laporan polis terhadap penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Laporan berkenaan dibuat berhubung penyebaran fitnah dan serangan politik ke atasnya di laman media sosial. Katanya saman terhadap fitnah dalam bentuk sivil dan jenayah akan dibuat selepas siasatan polis selesai.

“Banyak blogger termasuk sejarahmelayu.blogspot.com, akaun Twitter @mozas_my29 dan semua blogger pro-BN, BN cyber trooper, serang saya.

“Mereka semua penipu, akaun twitter itu bukan milik saya, pelbagai fitnah dibuat. Apabila polis siasat dan kenalpasti, saya akan saman mereka di mahkamah,” katanya.

Pada masa yang sama, Surendren juga menggesa pihak polis supaya menyiasat secara adil dan mengambil tindakan di bawah akta jenayah terhadap semua fitnah jahat yang disebarkan.

Katanya beliau akan merujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenalpasti penulis blog dan laman web yang didakwa memfitnahnya.

“Saya juga akan ambil tindakan terhadap pemilik akaun dan pemilik yang re-tweet fitnah berkenaan,” tegasnya.

Perkara itu berhubung penyiaran twit fitnah yang menggunakan akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya @nsurendran bertarikh 22 Mei lalu.

Menurut laporan polis yang dibuat, petikan Twitter palsu yang tersebar luas di media sosial adalah berkaitan kematian seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang bersifat perkauman dan menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai.

“Di India setiap hari ramai pegawai polis yang terbunuh. Tapi di Malaysia apabila seorang polis dibunuh sudah jadi isu besar,” petik laporan itu.

Surendren ditemani oleh Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan peguamnya, Eric Paulsen.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.