18 Jun 2014

Kilang Bihun Sengaja Dibakar Untuk Hapuskan Bahan Bukti (?)


Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar

Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.

“Saya yakin kilang bihun ini sengaja diletupkan dan dibakar oleh individu yang sakit hati,” kata pemilik kilang bihun yang mahu dikenali sebagai Chin, 75, susulan kebakaran mengejut menimpa kilangnya awal pagi semalam.

ULASAN GB

Berbeza dengan apa yang didakwa oleh pemilik kilang bihun berkenaan yang menyatakan "kilang bihun ini sengaja diletupkan dan dibakar oleh individu yang sakit hati", namun, ramai percaya bahawa memang kilang bihun itu sengaja dibakar, tetapi oleh pemilik kilang bihun itu sendiri.

Ianya tidak mustahil kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan dan pemilik kilang tersebut bakal didakwa di mahkamah.

Tidak mustahil juga tindakan membakar kilang tersebut adalah sebahagian dari usaha pemiliknya sendiri untuk menghapuskan bukti, dan apabila bukti sudah musnah, beliau boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kerugian yang beliau tanggung tidak banyak. Kilang buruk yang tidak ada lansung peralatan atau barang berharga di dalamnya. Jadi tidak hairan ia dibakar. Memang sengaja dirancang begitu.









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



6 ulasan:

  1. hapuskan bukti abis citer ,DBKL pandai ka atau kilang lagi pandai? kah kah kah ! ABU !

    BalasPadam
  2. aku tahu sangat... memang saja nak bakor... dapat claim and than salhkan orang Islam yang bakar...

    BalasPadam
  3. BEROPERASI BERTAHUN2 DBKL BARU NAK AMBIL TINDAKAN UNDANG2.TAPI RUMAH PENDUDUK KG CHUBADAK TANBAHAN SEKELIP MATA MENYEMBAH BUMI. DBKL OH DBKL !!!

    - ahli GAbungan Mamak PenANG (GAMPANG)

    BalasPadam
  4. Tahun depan tokey tu bukak kilang baru pulak BIHUN CAP SURAU melayu garenti beli pasal melayu mudah lupa

    BalasPadam
  5. Kesilapan paling besar penyiasat ( I.O ) tidak "lak" premis berkaitan dan meleletakkan pengawal keselamatan 24 jam.

    Bila pemilik kata ada orang dengki dan bakar premisnya boleh hadi betul. Sebaliknya kalau orang kata pemilik bakar sendiri untuk hilangkan bukti pun boleh jadi betul juga, sebab tiada saksi macam mana kilang itu terbakar atau sengaja dibakar.

    BalasPadam
  6. Dapat claim insuran boleh buat modal buka kilang lain. Bomba siasat baik-baik cari punca kebakaran.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.