15 Jun 2014

Hannah Yeoh Buktikan Speaker PR Jauh Lebih Berwibawa Dari Speaker BN


Hudud: Beza antara Speaker Dun PR dengan BN

SHAH ALAM: Umno tidak ikhlas membincangkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.

Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu hudud yang cuba dibawa Adun PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan Adun daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.

“Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Mereka tidak membawakan usul hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Pada 15 April lalu, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong menolak usul yang dibawa oleh Adun Bukit Payong (PAS), Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Mohd Nor meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu berikutan Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.


Yeoh: Saya speaker DUN untuk semua

Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata pandangan peribadi beliau tidak penting dalam menerima usul hudud dari ADUN Umno negeri itu.

Ini kerana, katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.

Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya menegaskan beliau merupakan speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.

"Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Semalam Hannah menyatakan menerima tiga dari empat usul yang diberikan Umno minggu lalu termasuk usul Hudud dari ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik.

Manakala MCA dan Gerakan kemudiannya menggesa ADUN Umno Selangor itu menarik kembali usul tersebut.

Naib Presiden MCA Chew Mei Fun berkata beliau kesal dengan tindakan Kamarol yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen BN mengenai pelaksanaan hudud sehingga sekarang.

Hannah berkata beliau berada dalam dilema kerana beliau pasti akan tetap dituduh BN walau apa keputusan yang dibuat.

"Kalau saya tak terima usul ini, Umno akan kata saya anti Islam. Kalau saya terima MCA akan kata saya bermain-main dengan hudud.

"Apa yang anda akan buat kalau anda jadi saya?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum.
-mk


ULASAN GB

GB tertarik dengan tulisan wafauzdin di didinding fbnya:

Bila PR nak bawa usul kehilangan pesawat MH370 di Parlimen, adakah Speaker Parlimen terima? Nak bawa usul NFC, speaker Parlimen terima tak? Nak bawa usul isu Altantuya, usah haraplah. Ada je alasan nak tolak. Tapi bila kononnya Umno nak acah Speaker di Dun Selangor dari DAP untuk bawa usul Hudud di Selangor, mereka ingat kompom Speaker DAP tolak usul berkenaan, mklumlah DAP konsisten menolak Hudud, dan bila Speaker tolak nanti senanglah Umno nak tuduh PAS dan PKR jadi kuda tunggangan DAP.

Mereka silap orang. Speaker Dun Selangor YB Hannah Yeoh (DAP) beritahu beliau akan bertindak adil dan sebagai Speaker beliau tidak boleh berpihak kpd DAP. Maka, beliau bersedia untuk terima usul Hudud yang di'acah' oleh Umno. Tiba2 Umno buat "U-Turn" tak jadi bawa usul berkenaan. Baru MCA dan Gerakan bersin je....kecut abissss.....kahkahkahhh.....

Habis tu nak berpakat lagi dengan Umno nak buat Hudud? Fikir2kan lahhh....








IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.