Seorang daripada penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul menggunakan pembesar suara ketika membantah tindakan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Wang pampasan sebanyak RM12 juta daripada pemaju yang sepatutnya dibayar kepada penduduk Kampung Chubadak Tambahan tidak sampai, sebaliknya didakwa dilesapkan oleh bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Chubadak.
Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Cawangan Kambung Chubadak, Suliah Mujni kepada pemberita pagi semalam.
Katanya, perkara itu disedari apabila beliau dan ahli UMNO cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan tersebut sekitar awal tahun 1970an.
“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.
“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat UMNO di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami jumpa surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah terima apa-apa pampasan pun.
“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia ketika itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah.
Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan tersebut dibuat secara mengejut sehingga Ketua UMNO terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat UMNO Cawangan Kampung Chubadak.
“Pada tahun 70an, wang sebanyak RM10,000 adalah satu jumlah yang amat besar berbanding sekarang. Malangnya, wang itu tidak sampai kepada kami walaupun satu sen,” jelasnya. – MalaysiaGazette
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
peristiwa tu berlaku pada tahun 70an,..kenapa lani baru bagi tahu kepada pemberita ...kenapa tak dari dulu lagi dia beritahu...? rasa-rasanya ramai lagi penduduk disitu yang tak tahu tentang pampasan tu...memang dasar umno begitu..suka ambil hak orang....arwah bapa aku pun pernah kena ..sampai dia meninggal perkara tu disenyapkan dan disembunyikan oleh umno celaka ni.. lebih kurang 10 tahun selepas arwah meningal baru aku dapat tahu pasal pampasan tu ,..kuasa allah kan akhirnya kita orang dapat tahu juga..kita orang memang tak merasa wang pampasan tu..peristiwa ni belaku dekat kawasan lain di kl bukan Kampung Chubadak Dalam ..tapi tempat tinggal arwah bapak aku tu memang kawasan kuat umno..sampai akhirat aku tak akan halalkan pada sesiapa dari kalangan orang umno yang subahat dalam mengambil dan menyembunyi pampasan tersebut..kerana pampasan itu adalah hak kita orang..aku sekeluarga akan tuntut hak tersebut diakhirat kelak..salam.
BalasPadamApa yg terjadi kpd mangkuk hayun haramjadah ni yg songlap wang tu?...dah mati ke atau masih hidup?
BalasPadamPilih perompak jadi pemerintah inilah resultnya.
BalasPadamDah terlambat, sekarang baharu nak didedahkan. Kalau dia dah mati, hanya jadi sia-sia.
BalasPadam