2 Mei 2014

Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan Bertopeng Cetus Provokasi Itu?


Geng kotak’ cetus provokasi

KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.

Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. -SH


Pergaduhan tercetus antara anak muda dan media selepas perhimpunan 1 Mei

Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎"
.

Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎.

Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya.
-TMI



Persatuan bidas tindakan serang jurufoto

Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan segelintir sekumpulan peserta perhimpunan bantah GST menyerang jurufoto media di Dataran Merdeka Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.

"Menurut Sharil Amin semasa kejadian beliau ternampak sekepul asap yang dinyalakan dari suar oleh kumpulan berkenaan.

"Semasa menghampiri mereka menghambur kata-kata kesat seterusnya adegan kekecohan mula berlaku.


"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seli
-mk






ULASAN GB

Berbaju hitam seperti SAMM, tetapi kenapa BERTOPENG? Tak mahu dikenali, bererti memang sengaja berniat mahu timbulkan kekecohan dan provokasi.

Agen proovokasi yang sengaja diwujudkan oleh BaN-GSaT bagi mencemarkan perhimpunan aman Anti-GST!




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 ulasan:

  1. Barua UMNO, strategi Mahathir macam dia buat nak tahan anwar masa refomasi

    BalasPadam
  2. " Unite against racism global " ????? Apa punya BI nie.

    BalasPadam
  3. Bila KDN ulang perkara yang sama, rakyat mudah tahu, penipuan mereka

    BalasPadam
  4. Penyamun upahan UMNO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk mcm babi hutan!brp upah babi2 ni dpt?

      Padam
  5. Kalau lapor polis pun, buang kes, BN punya kerja

    BalasPadam
  6. Bacul tu kalau brain buka topeng la nnti kena GST ?

    BalasPadam
  7. Tuan.. Mereka ni golongan pemuda anarki. Anti establishment terutamanya kerajaan dan institusi raja. Blh search di fb nama profile rejimen anarki. Wallahua'lam

    BalasPadam
  8. Org yg melakukan provokasi adalah org yg pernah menawarkan Rm untuk menampar Teresa kok tempohari...sbb memang betul2 cam dia ada dalam perhimpunan

    BalasPadam
  9. Syaitan2 yg dikenali ni.. pakai topeng pun org dah tahu itu semua syaitan2 UMNO BN....

    BalasPadam
  10. Tolong jangan hina babi. Babi pun tak buat kerja macam itu.

    BalasPadam
  11. macam budak2 upahan umno saja, golongan ini akan jadi sampah masyarakat dan duri kepada masyarakat moden yang bertamaddun. bloger PR patut dapatkan maklumat berapa upahan yang mereka dapat dan siapa pengupahnya. selalu pakai songgkok tinggi, tapi kali ini kenapa penutup muka pula?

    BalasPadam
  12. Anak muda ke? perangai cam budak baru baik berkhatan je....

    BalasPadam
  13. Tujuan hanya satu iaitu turun untuk bantah GST, mereka mereka yang buat perangai ini dengan tutup muka adalah orang upahan yang ingin merosak rancangan bantahan untuk memakmurkan rakyaat. Blogger PR cuba siasat dari mana datangnya mereka mereka ini. Miungkin upahan dari macai macai UMNO, jika tak kenapa tutup muka....bangsat, setan, jahanam.

    BalasPadam
  14. biasanya yang menutupi identitas adalah provokator

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.