17 Mei 2014

Perbuatan Seorang Waiter Yang Mengkagumkan & Menyentuh Perasaan


Sangat tersentuh.. sangat2 tersentuh.

Tinggi sungguh markah waiter ni. Waktu saya lunch dgn wife di Nasi Ayam Penyet Ria plaza angsana jb, ada sorang OKU masuk ke restoran. (kelihatan seperti) lelaki tua cina yang cacat anggota dan akal.

Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.

Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++. -fb ghadaffi.othman


SUSULAN KISAH PAKCIK OKU DAN WAITER YANG BERHATI MULIA


JOHOR BAHRU – Seorang warga emas yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Pakcik Aqim sudah dianggap seperti bapa sendiri oleh pekerja Restoran Nasi Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana, di sini.

Isnin lalu, status seorang pemilik laman sosial Facebook menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya melihat seorang pelayan restoran yang dianggap berhati mulia kerana sanggup melayan dan menyuap makanan ke mulut seorang warga emas OKU.

Sinar Harian ke restoran berkenaan untuk mendapatkan reaksi pelayan yang dimaksudkan, namun hampa apabila Alif Fitri Radzuan, 19, bercuti kerana menghadiri kenduri.

Bagaimanapun Penyelianya, Nor Azna Kadir berkata, semua anak buahnya sudah sedia maklum mengenai kehadiran Pakcik Aqim dan menjadi rutin kepada pelayan restoran yang berkelapangan ketika itu untuk melayannya.

Menurutnya, pemilik dan pekerja di restoran itu tidak pernah merasakan kehadiran Pakcik Aqim sebagai satu perkara yang menyusahkan kerana tidak pernah menimbulkan gangguan atau ketidakselesaan kepada pelanggan lain.

“Kami dah biasa dengan kehadiran Pakcik Aqim sejak restoran ini dibuka empat tahun lalu. Dia bukan datang hari-hari, tapi kalau dia datang memang kami akan beri dia makan walaupun dia tak minta.

“Walaupun ramai pelanggan, memang salah seorang pelayan akan ambil makanan yang dicarik-carik ayamnya untuk disuapkan kepada Pakcik Aqim kerana dia tak boleh makan sendiri,” katanya, semalam.

Nor Azna berkata, semua pekerjanya tidak pernah mengeluh terpaksa melakukan tugas itu, malah lebih istimewa apabila masing-masing sudah menganggap Pakcik Aqim seperti bapa sendiri.

“Lepas makan memang dia (Pakcik Aqim) akan tunjukkan sakunya supaya pelayan mengambil wang untuk dibayar, tapi memang kami tak pernah mengenakan bayaran kepadanya.Malah ada pelanggan yang melihat keadaan Pakcik Aqim turut menghulurkan wang untuk membayar makanan yang dimakannya.

“Kami tolong bukan kerana simpati, tapi Pakcik Aqim sudah kami anggap seperti bapa sendiri, begitu juga saya pesan kepada pekerja yang baharu masuk supaya memberi layanan sama seperti yang kami lakukan,” katanya.
- SH






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


9 ulasan:

  1. Perangai beginilah baru layak kita gelar sebagai umat islam.

    Perangai orang luar yg mcm syaitan (apatah lagi syaitan yg dikenali) di luar sana, kalau gelar org islam, please ambil cermin dan tanya dlm cermin i ni layak tak digelar umat islam. Kalau tak jawap, i tlg jawapkan jadi umat melayu mr. Bean blhlah. Jadi umat islam jangan haraplah.

    BalasPadam
  2. Saya doakan semuga Allah SAW memberkati dan memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada restoran ini

    BalasPadam
  3. Tahniah Tuan, semoga berterusan usaha & sadaqah tuan & anak buah tuan. Saya doakan rahmat Ilahi melimpah ruah atas keikhlasan tuan. Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.

    Barakah Muslim

    BalasPadam
  4. Sebarkan. Ini dakwah yang kita mahu. Anak-anak muda melayu Islam semesti nya di didik bersikap menyayangi ummah. Muda menghormati yang tua, guru dan sesiapa sahaja menegur nasihat memberi kebaikan.

    Gereja boleh lakukan, kenapa Islam tidak ? Malah ia syarat penting dalam agama kita. Semoga mereka semua di limpahi rahmat.

    Hal siasah hal yang boleh di asingkan. Namun kebenaran mesti lebih nyata dari meragukan. Keutamaan kepada rapatkan saf. Menang-menang !

    BalasPadam
  5. Gua salute sama loe

    BalasPadam
  6. Semoga restoran ini terus maju dan diberkati Allah.. Aminnn...

    BalasPadam
  7. pakcik ni sebatang kara ke??

    ini lah salah satu amal jariah dan kebaikan dan berkat nya di kongsi ramai ramai .

    BalasPadam
  8. Inilah akhlak Islam.

    BalasPadam
  9. Syukur alhamdulillah semoga allah mmurahkn rezeki restoran nie.. dan semoga allah mberi keluatan pd ku untk mlakukan pkara yg sama kpd org yg kurang upaya..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.