UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis - Apakah Bezanya?
Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka.
Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan tidak hadir sidang DUN bagi menyataksn rasa protes dan mahunya menarik balik ungkapan yang dianggap menghina itu. Perlakuan ala samseng itu bukan saja terlihat melalui tindakan merempuh dan menceroboh tempat persidangan DUN yang seharusnya dihormati dan dimuliakan tetapi juga sehingga memanjat meja yang dikhaskan untuk Speaker.
Di Teluk Intan pula, kempen calon DAP, Dyana Sofya di sebuah kawasan perumahan cuba diganggu oleh perlakuan samseng yang menghalangnya memasuki kawasan itu sambil menjerit-jerit dan membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Ekzos yang dibunyikan dengan bingit juga cuba dihalakan kepada rombongan calon DAP itu sambil menjerit perkataan "keluar, keluar" dan "ini kawasan Melayu".
Dalam kedua-dua kejadian bercirikan samseng ini, ia nyata melibatkan Pemuda UMNO. Walaupun Khairy Jamaluddin sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menceroboh tempat sidang DUN itu adalah salah dan demo bantahan seharusnya dibuat di luar bangunan saja serta siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ganggguan kempen di Teluk Intan itu betul-betul dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO dan bukan mereka yang menyamar, imej Pemuda UMNO dan anak-anak muda yang bersama BN jelas telah tercemar.
Di ketika pihak DAP meletakkan seorang calon muda sebagai simbol mengangkat martabat golongan muda, perlakuan golongan muda yang dikaitkan Pemuda UMNO, sama ada di Pulau Pinang mahupun di Teluk Intan, adalah bertentangan sama-sekali serta memalukan.
Perlakuan itu hanya memungkinkan calon BN menerima kekalahan lebih buruk berikutan perlakuan samseng dan tidak beradab yang ditonjolkan tidak mungkin melekat positif di hati pengundi. Sebagaimana KJ selalu menyebut, pertarungan politik haruslah dibentangkan dengan kekuatan hujah dan akal fikiran, nampaknya masih ramai di peringkat bawah dalam Pemuda UMNO yang gagal memahami serta keliru bagaimana untuk menawan hati pengundi.
Perlakuan kasar, biadap dan samseng tidak akan diterima oleh tamadun mana sekali pun. Kalau pun ada gelaran UMNO celaka yang dilemparkan, serangan balas dalam bentuk yang sama harus dilakukan. Selain protes di luar bangunan, ADUN UMNO di DUN Pulau Pinang juga sepatutnya memainkan peranan lebih aktif dan berkesan berhujah atau mendesak Rayer menarik balik perkataan yang diucapkannya itu.
Soalnya kenapa pula ADUN UMNO di Pulau Pinang bagaikan membisu?
Merempuh pagar, menceroboh bangunan dan memanjat meja Speakar, walau betapa tinggi sekali pun tahap kemarahan,ia tetap perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.
Seharusnya ada tindakan lain yang lebih praktikal, munasabah dan bertamadun dilakukan.
Lagi pula, pemimpin muda UMNO tidak harus sensitif dengan ungkapan UMNO celaka atau seumpama dengannya. Terimalah dengan lapang dada atau balas balik dengan panggilan yang serupa juga. Kita juga jangan lupa, pemimpin UMNO sendiri pernah menggelar Pas sesat dan DAP komunis. Malah kadangkala lebih menghina seperti DAPig, PAS parti syaitan dan sebagainya. Pemimpin kedua-dua parti itu juga pernah digelar dengan berbagai-bagai gelaran yang lebih mengaibkan dan menghina.
Malah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam ucapan terbuka pernah menyebut Pas sebagai parti sesat. Jadi kalau sekadar UMNO dipanggil celaka, relaks bro...
Antara Pas sesat, DAP komunis dan UMNO celaka tidak jauh beza daripada segi maksud mahu mengaib, memberi malu dan memberi gangguan kepada mereka ditujukan ungkapan itu. Ia sama saja antara dua kali lima dengan lima kali dua.
Begitu juga gangguan kempen, menghalang calon berjumpa pengundi dan berbangga "ini kawasan Melayu" sama-sekali tidak menggambarkan keterbukaan dan amalan demokrasi yang diamalkan. Setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah negara lebih 50 tahun, masih ada perlakuan seumpama ini tidak lebih menggambarkan kegagalan UMNO menterjemah kematangan dan ketinggian akal budi kepada ahli-ahlinya.
Pilihanraya adalah sebahagian proses demokrasi dan ia seharusnya diraikan dengan semangat keterbukaan dan persaingan yang sihat. Mencemarkan proses demokrasi dengan amalan bercirikan samseng dan seolah-olah masih dibelenggu dengan pemikiran zaman batu bahawa kekuatan tenaga dan tubuh yang besar boleh menakluki dunia, hanya menggambarkan kemunduran yang mengaibkan.
Dalam hal ini, oleh kerana yang paling terkesan adalah Pemuda UMNO kerana anak-anak muda yang melakukannya, tidak harus pergerakan itu sekadar mengeluarkan kenyataan tidak setuju, membantah atau akan menyiasat saja, sebaliknya haruslah memastikan insiden yang memalukan dan tidak bertamadun ini tidak berulang lagi.
Perlakuan ala samseng ini tidak mungkin menambah undi dan kalau pun calon dihalang memasuki sesuatu kawasan, bukankah langit sudah lama terbuka? -shahbuudindotcom
'Mereka panggil paria, saya tak kisah pun'
Wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menjadi sasaran kemarahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelmarin berkata beliau juga dimaki dengan kata-kata kesat tetapi tidak menghiraukannya.
“Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini,” kata Rayer ketika ditemui di DUN semalam.
Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan individu yang menceroboh DUN untuk mencarinya, antaranya kerana menggelar pemimpin Umno celaka.
Kumpulan itu sebelum itu menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar beliau sebagai bangsat, paria dan rasis sambil membawa telur ayam untuk dibaling pada Rayer.
Rayer bagaimanapun menjelaskan, beliau menggunakan perkataan celaka terhadap tiga pemimpin Umno kerana parti itu sering menguar-uarkan konsep 1Malaysia tetapi memainkan politik perkauman.
Pemimpin Umno itu adalah dua anggota Parlimen – Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) – dan timbalan pengerusi Umno negeri Musa Sheikh Fadzir.
Ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Umno di Seberang Jaya pada Januari yang kontroversi apabila kain rentang mengaitkan DAP dengan tragedi 13 Mei dipamerkan. -mk
Najib maki ‘haram jadah’ kepada peneroka
SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima ‘durian runtuh’ selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.
“Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil ‘durian runtuh’ RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.
“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” katanya.
Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima ‘durian runtuh’ itu tetap terletak di tangan mereka.
Beliau turut mendakwa pemberian ‘durian runtuh’ itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu ‘pembubaran parlimen’.
Punca tindakan zalim
Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’.
Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara. “Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional,” katanya.
Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.
Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.
“Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan,” katanya. -FMT | May 10, 2012
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Akibat banyak makan DNA daripada Cadbury.....gitulah kelaku Babi Negara (pinjam kata bang mat)
BalasPadamMelayu Umno rasa malaysia nya BAPAK dia orang punya negara ....sifat pemuda2 umno bagai kan syaiton yg di kenali
BalasPadamApa sal polis x bertindak bila menceroboh sidang dun....
BalasPadampolis takut ker dgn samseng celaka nie....
singa tua yg berumur 68thn kuku sedang cedera parah akan melakukan apa2 saja demi utk trus hidup sdgkan singa tua tahun kematiannya semakin hampir.
BalasPadamUMNO memang celaka pun. Bela samseng dan penyamun. Mulut celupar. Mereka mengejek parri PAS;PKR dan DAP dengan berbagai bagai gelaran tapi PR rilek je bila kata UMNO celaka melenting bagai nak rak. Bagi aku UMNO MEMANG CELAKA DAN HARAMJADAH. Pemimpin2 atasan UMNO patut beri nasihat kepada anak buah tapi mereka lah yg galakan macai2 ini bekelakuan samseng dan celaka siap bagi dana supaya buat kecoh. Puak2 ini kalau tak ada seponser nereka pun tak akan bertindak lebih baik mereka tidor. Kebanyakan samseng UNNO yg kecoh kat Tk Intan tu semua geng PAKIDA tajaan Zahid dengan Tajuddin. Aku berani cap jari. Hentikan perilaku buruk seperti ini memalukan orang Melayu je. Orang cina tak buat pun. Yg tanding di Tk Intan wakil BN orang cina bukan Melayu tapi melayu pula lebih2nya. Bagi aku baik bagi Dyana dah sah dia melayu dan islam.
BalasPadamUmno parti suci tak boleh dikata tapi boleh mengata...negara lebih aman damai harmoni tanpa parti hipokrit ini. Deserving to be so called celaka.
BalasPadam