11 Mei 2014

[GAMBAR & VIDEO] Kota Mekah Dilanda Banjir, Dua Maut


Hujan lebat landa Makkah

RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.

Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam.

Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan seorang daripada maut akibat lepas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.

“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.

“Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya.

Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

  1. Allahuakbar.. Selamatkanlah mereka Ya Allah

    BalasPadam
  2. Apakah tanda2 di sebalik kejadian ini....
    hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui..

    BalasPadam
  3. APA 2 pun puak Arab ni kena bersatu la . mungkin amaran drp Allah.

    BalasPadam
  4. Apabila pemerintah munafikun arab tidak diredhai oleh allah swt bahkan makhluk lain. Maka berlaku bencana kerana makhluk lain memdoakan kpd pemimpin arab, "celakalah engkau, wahai pemimpin arab".

    BalasPadam
  5. Satu iktibar kpd Keluarga Ibnu Saud.

    BalasPadam
  6. Pelajaran buat saudi arabia yg tdk meyakini keutamaan wasilah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.