17 Apr 2014

Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh -updated


Kuala Lumpur: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu.

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”

Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.




Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.


Hormati jenazah, tunjukkan akhlak Islam - Dr Maza

DALAM hadis disebut:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.

Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.

Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam.

Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya.

Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.

Islam ini kebaikannya untuk semua.
-drmaza





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 ulasan:

  1. Walaupun saya bukan penyokong KJ, tapi dalam hal Zulkifli vs mendiang Karpal ini respon KJ memang patut dipuji. Ini menunjukkan nilai moral peribadinya masih ada, terutamanya bila timbul perkara yg dilihatnya mencemar Islam. Hanya dlm isu ini shj, ok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini ler peguam terhebat yg menyatakan hukum meliwat isteri termasuk dalam hukum hudud.Incik Zul.....sekarang anda tahu dimana standard anda sebagai seorang Islam.

      Padam
  2. Zulkifli Nordin patut jangan kopiah lagi. Akhlak Islam hancur.Inilah perangai buruk pengikut Mahathir.

    BalasPadam
  3. As Salam

    Orang macam ZN ini lah yang mencemarkan imej Islam di mata orang bukan Islam..langsung tidak menunjukkan akhlak yang baik walaupun kepada" musuhnya" yang telah mati..Jangan salahkan Karpal jika dia menolak Islam, sebaliknya cermin lah diri umat Islam itu sendiri yang berakhlak buruk..

    BalasPadam
  4. Spesis Umno buang cam Tu la no just kenyataan ingat PM nk beri dia jawatan. Tunggu pasni mcm2 dia ckp tpi Pm tau sapa no pilih sampai kesudah la dia menyalak no jawatan. Salak dia tu no jwt je. Agak la hehe

    BalasPadam
  5. Zul Tu tarikh lahir dia tau tarikh mati dia tau ke menyalak2 tu psal x dpt jawatan la Tu. PM pun tau sapa leh pakai nmpak x cerdek bila ckp cmna nk beri jawatan. Kesian

    BalasPadam
  6. Salute to KJ who stood up in the case of bomoh vip and this case..

    BalasPadam
  7. Mr. Zulkifli lu tak payah nak berlakon beb. We all dah tahu lu punya perangai dari a sampai z. Mr .kj lu begitu benci dgn hududkah beb? Tak apa nanti lu ada anak kena musibah nanti lu fikiklah nanti undang -undang ciptaan british blh beri keadilankah atau hukum hudud yg boleh berikan keadilan? Tunggu sahajalah.

    BalasPadam
  8. Zulkifli Noordin ini org islam ker??????

    apasal ahklak mcm sial....

    bikin malu islam aje.....

    org munafik lagi azab dari org kafir bro.....

    Nauzubillahiminzalik jadi perangai buruk mcm zul nordin,,,,,

    BalasPadam
  9. Tak payah lah kita mengutuk mengata atau menghina orang yang telah meninggal dunia, baik ke jahat atau apa sekali pun orang itu kita tak patut menceritakan tentang keburukan orang itu, yang dah tiada kita tutup cerita tentang dia ok!!!

    BalasPadam
  10. Begitulah kerja pencacai UMNO

    BalasPadam
  11. Mungkin die terlalu geram dgn karpal la tu ...
    karpal pon dah mati ...
    so, biarlah benda dah berlalu ..
    Allah kan ade, walaupun die penentang ... Tp Allah tu lagi tahu ape yang dirancang ..
    Allah sebaik perancang ..
    yang lalu biarkan berlalu ..Peach..

    BalasPadam
  12. Zul kulum ni tak tau la dari spesis mana.....
    teruk drpd brahim dan hasan anak ali tu..
    sifat melompatnya sama..... sifat nak cari popular pun sama...
    Sifat cakap berbolak balik dan berbelit pun sama... sifat nak menunjuk2 pandai pun
    sama....
    Yg lebih dia sikit ilah lekat kopiah bangla di kepala jika bnding dng yg lain tu...jadi eloklah buang la kopiah tu... buat malu ..berkopiah tapi prangai cam pe....aq....
    Nak cakap tntang islam tapi perangai tak mcm org islam...

    BalasPadam
  13. Zulkifli Noordin ni dilahirkan manusia atau haiwan? Takde pun nampak ada pe'el kemanusiaan.

    BalasPadam
  14. si zul ni dia ingat dia pakai kopiah sana sini dah confirm masuk syurga la tu, pirahhhh!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.