13 Apr 2014

Selepas Hina Kaum Cina, Kini Macai UMNO Hina Bangsa India Pula....


MMasyarakat India marah FB 1 juta sokong Shabery Cheek

Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen “Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!”.

Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 ‘Like’.

Salah seorang pengguna Facebook, Mazlan Harun membantah posting yang dikeluarkan oleh pengendali halaman ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ dengan menulis komen “apa la!!!! admin ni ! tidak baik kutuk-kutuk agama orang! Nanti diri sendiri yangg dapat musibah!”

Bagi pengguna Facebook Munirah Murad pula, beliau membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali halaman tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut cuba memainkan sentimen menghina kaum lain dengan membalas kenyataan “Kau kenapa admin? itu agama masing-masing, ikut diaorang lah.. kau ni agama apa ya?? Atau saja nak memecah belahkan kaum ni?”

Malah, Dineshwary Dinesh yang juga merupakan pengguna Facebook berbangsa India turut tidak bersetuju, “Kau orang boleh sembahyang, kita orang tidak boleh sembayang ikut adat kita ke? siapa keling bodoh kalau berani cakap depan kaum kita, tengok diri sendiri dulu, ini nak sebuk pasal orang lain pulak…”

Manakala bagi pengguna Facebook Raj Kumar Subramanian, beliau membantah perkara tersebut dengan menulis komen, “ Deyyyy…. bila masa laa Malaysia boleh satu hati….. biar kerajaan berpecah belah.. janganlah kita….. kalau ada lagi orang macam lu…. habis laaa Malaysia…”

Bagi Prem Prabha, beliau menyifatkan admin page tersebut sebagai individu yang tidak bijak dan seorang yang rasis.

“Bodoh punya pengendali halaman 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek, jangan malukan Islam! sebab orang bodoh macam kau orang lain pandang rendah pada agama Islam, ‘sorry to say my Malay friends’, saya hairan ada lagi orang rasis macam ini dalam dunia moden ini dan saya ada ramai kawan-kawan melayu dan kawan kawan-kawan Islam dari Yemen dan Somalia, saya memang respect kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya semua yang selalu sembayang lima waktu dan yang betul-betul mwngikut ajaran Islam. Memang jauh berbeza admin ‘page’ ini dengan kawan-kawan saya. Kepada admin page ini, ‘you are fail as a muslim’. Your god is watching you. Tuhan itu adil, kamu pasti akan terima balasan daripada tuhan kamu,”


Zabidi nafi terlibat dalam Facebook Shabery Cheek

KEMAMAN: Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Zabidi Saidi menafikan beliau terlibat dalam Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ yang menimbulkan kemarahan masyarakat India semalam,

Katanya, beliau tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

“Hari ini baru saya buka Facebook tersebut apabila saya dihebohkan cuba mensabotaj Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya kepada FMT.

Katanya, semalam saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa saya yang membuka Facebook itu dan sengaja meletakkan gambar yang menimbulkan kemarahan kepada masyarakat India di negara ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta ahli parlimen Kemaman itu membuat laporan polis dan biar polis dan SKMM menyiasat siapa di belakang Facebook tersebut.

“Saya buat penafian ini kerana saya dituduh cuba mensabotaj ahli parlimen saya,” katanya lagi. Sementara itu Bernama melaporkan dari Alor Gajah, Melaka bahawa akaun Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut.

“Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM.

Akaun Facebook dengan nama ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia.

Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama ‘Amran Pekida’ itu telah memperoleh 2,328 likes.


Ahmad Shabery berkata perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat.

“Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

“Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita,” katanya.
-FMT




ULASAN GB

Kalau ditinjau dari segi ayat-ayat yang digunakan, ia tak ubah dari ayat-ayat yang pernah digunakan oleh macai-macai UMNO yang terdiri daripda mereka yang menganggotai NGO ultra Melayu, PEKIDA & PERKASA untuk menghina bangsa dan agama lain. Dulu (malah sehingga sekarang pun) mereka menghina kaum Cina terutama pemimpin DAP.

Kita kerap kali meminta SKMM mengambil tindakan kepada kumpulan melampau ini. Tetapi permintaan kita tidak diindahkan lansung. Sekarang macai UMNO dah lakukan (kalau boleh disebut sebagai) fitnah keatas Menteri Komunikasi dan Multieedia sendiri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dah terkena batang hidung. Barulah melompat buat laporan polis.

Tak tahulah samada selepas ini masih lagi nak diamkan diri terhadap kumpulan perosak keamanan dan kehormonian rakyat dan negara inidi atas nama "nak bela Melayu".

1 ulasan:

  1. Umat melayu mr. Bean, umat melayu mr. Bean, apa lu jealous yg skg ni kaum india lebih terbuka pemikirannya daripada umat mr. Bean ni sampai nak hina agama lain? Kalau jealous gunakan otak lu iaitu kurniaan allah swt yg paling hebat sekali utk berfikir bukannya gunakan lutut beb. Kalau tidak selamanya lu jadi mr. Bean

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.