Fitnah semacam sudah menjadi satu budaya bagi UMNO dan sekalian macainya. Mereka mengada-adakan yang tiada seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dimana dicetakkanmereka menerbitkan gambar ahli parlimen PR dan kemudian diberikan kapsyen yang tidak pernah pun diungkapkan oleh ahli parlimen berkenaan seperti yang berlaku ke atas Teresa Kok dan Tian Chua tempohari.
Terbaru, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa dimana golongan macai UMNO telah mengedit plakad yang dipegang oleh Nurul Izzah dan dituliskan "SAYA DAH SINGLE".
Kemudian mereka menghebahkannya pula melalui media sosial seperti facebook dan twitter bagi memburuk-burukkan kredibiliti ahli parlimen berkenaan. Anehnya, ada juga golongan yang termakan dengan fitnah berkenaan.
Sekalipun GB tidak menemui gambar asal, namun selepas smeakan dan tinjauan, apa yang GB ketemui memang Nurul Izzah ada memegang plakad berlatarbelakang hitam tetapi perkataan yang tertulis itu adalah "Tolak GST" dan bukan seperti yang diedarkan di laman sosial berkenaan.
Plakad tersebut telah diangkat dan dipamerkan oleh sebilangan besar ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu.
Demikianlah betapa kotornya dan kejinya permainan macai-macai UMNO. Usaha mereka menabur fitnah menunjukkan betapa terdesaknya mereka sekarang ini di dalam menghadapi gelombang perubahan yang diinginkan oleh rakyat dan "fitnah" menjadi talian hayat terakhir mereka untuk terus survive di dalam arena politik negara. Mereka menyangka dengan fitnah-fitnah yang mereka taburkan itu boleh menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat mereka, tanpa menyedari dengan fitnah itulah mereka bakal dihukum dengan hukum kebenaran dan keadilan, yang akan menghantar mereka ke lembah kehinaan dan kemusnahan.
Jauhi UMNO kerana anda bisa terpalit dengan dosa-dosa fitnah yang mereka taburkan.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
nampak sgt menipu.. lepaih ni apa saja yg org umno buwat, rakyat yg berakal x akan percaya lg. gdbye umno...
BalasPadamapa nk dherankn, inilah cara UMNO yg suka mengaibkn orng trutama sesama islam.tanpa mgmbil kira dosa pahala yg dlaungkn olh umno memperjuangkan agama islam. Kita malu kpd org kafir apabila melihat perangai org melyu mengaku bragama islam.
BalasPadamApahal lu ni bodoh sangat pencacai UMNO, Lu ingat mata i mata umat melayu mr. Beankah beb tak boleh cam lu buat kerja photoshop? Lu jangan silap beb.
BalasPadamsemuga pemfitnah itu akan jadi single lepas ni kalau dh berkahwin.
BalasPadamjika belum kahwin, maka akan terus single hingga masuk kubur .
amiin Ya Allah.
umno bolh buat apa dia suka ddunia ini. Tapi umno gagal mendpt tempt sokgn dhti org melyu yg ad prinsip.Buatlh wahai org-org umno yg kamu fikir mendtgkn faedh dn pahala srta mgku kmu org islam.
BalasPadamBiarkan lah gb dgn budak hingusan umno tu....
BalasPadamdia org dah x ada isu nak cakap...
org dah nak mati cakapnya merapu.....
tunggu masa je nak kebumikan umno nie....kat laut china selatan ataupon lautan hindi mudah nak kasi bluefin -21 cari buat gantI mh 370 yg dia org hilangkan
lwn tetap lwn