19 Apr 2014

Nawawee U-Turn Semula Selepas U-Turn, Kini Tuduh Karpal Sebagai Abu Jahal


Ahli Parlimen Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".

Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya. ‎

"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.

“Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah,” kata Shamsul.

Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.

"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.

Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.

Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.

"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.

Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.

"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.

Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.

Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.



"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya. -TMI



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


17 ulasan:

  1. Beliau antara ribuan umat amno yg gila glamor.Di belakang beliau ribuan lagi sokong Pernyataan Haram Jadah MP ini.Cuma tak berani tulis di FB,mungkin ada di media sosial lain.Kerana Mulut Islam Binasa.Islam difitnah oleh kaum kafir kerana atas perbuatan dan tingkah laku Penganut Islam itu sendiri.MCA tak faham Islam kerana amnoo bermulut celupar.Beliau jadi MP hasil daripada undi sumbangan puak2 yg bermentaliti seperti dirinya.Pengikut Firaun tak sedar bahawa dirinya lebih jahat dari Firaun itu sendiri.

    BalasPadam
  2. spesis papagomo dan zulkulim

    BalasPadam
  3. spesis papagomo dan zulkulim

    BalasPadam
  4. KO NI BENGONG KE APA..DIA TU ORANG BUKAN ISLAM..YANG KO NI SAH2 ISLAM..AGAK2 LA NAK MENGATA ORANG..ORANG ISLAM YANG CUKUP SEMPURNA SIFATNYA TIDAK AKAN BERKELAKUAN SEBEGINI...MALU AAA.. DAPAT WAKIL RAKYAT MACAM KO NI..KALAU AKU JADI SEDARA MARA KO PUN AKU MALU..MALU NAK MENGAKU..SEDAR LA OOI...MACAM MANE ORANG BUKAN ISLAM NAK TERIMA ISLAM,KALAU ADA ORANG YANG BERFIKIRAN SEMPIT MACAM KO NI..BAK KATA P.RAMLEE " BAHLUL..KELABU ASAP.."..

    BalasPadam
  5. Kalau ini terjadi kpd pemimpin bani melayu umngok,, sudah pasti ngo2 da report dan polis pun pantas mgambil tindakan.

    BalasPadam
  6. WAHAI RAKYAT MALAYSIA, tuan tuan NILIALAH SENDIRI AHLI PARLEMEN BN ..mungkin boleh jadi MENTERI YG Nak urus negara masa depan....

    BalasPadam
  7. gang otak burung unta yg merosakan nama islam esok2 org hina islam kita nak marah..kat mana dia beli ir tu?

    BalasPadam
  8. Harapkan belajar pandai sampai dpt IR.. Akal letak kat lutut !!

    BalasPadam
  9. Hoi mangkuk sepatutnya hang jd jantan berdepan dgn mendiang bla hayat beliau bkn dok perli pemergian beliau dgn mengumpamakan beliau sebagai ini dan itu. Jasa beliau mengunung la kepada negara. Hang buat apa utk negara selain buat anak...? I xtink u hv dne gud to the nation even the size of YB KARPAL 'shuttle COCK HAIR.

    BalasPadam
  10. Ahli Parlimen ini akhlaknya rendah.

    BalasPadam
  11. kalau mencuri hukumannya kena potong tangan, kalau kali ketiga mencuri nak potong apa? lawak la, ia bukan isu potong tangan sebenarnya, ia isu seseorang yang dilahirkan sebagai seorang manusia pencuri.ianya seperti Sebelum rakyat memotong tangan pemimpin pencuri harta rakyat, pemimpin tidak amanah telah mengudungkan tangan2 rakyat yang hendak menghukum mereka.

    BalasPadam
  12. Sama samalah kita berdoa semoga Allah membuka hati hati mereka ini (MP Langkawi,papagomo dan zul nordin).Usahlah diungkit isu orang yang sudah tiada.Bahagian kita yang masih hidup ni belum tentu lagi.

    BalasPadam
  13. Cahaya iman seseorang tergambar pada wajah. Cuba lihat mukanya, keruh atau bercahaya. Itu secebis yg boleh dijadikan nilaian awal.

    BalasPadam
  14. Tuduh Karpal Abu Jahal, musuh nabi.Tapi yang umno tolak bulat2 Hukum Hudud macamana? Bukan Abu Jahal dan Abu Lahab plus Firaun combained ke?

    BalasPadam
  15. Kekalkan la sifat buruk ni...3/4 hari lagi...hari ke 5.... Tunggu saman berjuta2 dari keluarga mendiang.....

    BalasPadam
  16. "kerana facebook kita kena"..ya la yang ko mencarut kat facebook tu buat apa? kalau ko tulis yang baik2 tak ada orang nak kutuk ko, bodoh!

    BalasPadam
  17. ini kenyataan tidak serius dan tidak rasmi saya pula.. si nawawee ni memang bodoh, bahlul, b**i, muka pun macam sial!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.