Negara beli aset pertahanan hanya untuk perhiasan?
KUALA LUMPUR, 2 APR: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membeli aset pertahanan yang akhirnya tidak diguna apabila keadaan memerlukan.
Antara contoh yang beliau bangkitkan ialah tindakan kerajaan tidak menggunakan kapal selam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 walaupun membelanjakan berbilion ringgit.
Perbelanjaan pertahanan kerajaan meningkat setiap tahun, RM13.82 bilion pada 2011, RM13.71 bilion (2012), RM15.2 bilion (2013) dan RM16.1 bilion dalam belanjawan tahun ini.
“Mengapa kerajaan tidak menghantar kapal selam yang dibina Target Resources Sdn Bhd? Apa guna membayar RM6 juta sebulan kepada mereka tapi tidak menghantar kapal itu untuk operasi SAR?
“Ini membuktikan pasukan penyelamat kita tidak mempunyai kemampuan atau tidak terlatih. Jika benar, untuk apa membelanjakan berjuta ringgit?”
Apabila sesetengah pihak kemudiannya memberi respon bahawa kapal selam negara adalah berfungsi untuk ‘search and destroy’ (mencari dan memusnah), “Kita katakan kita hanya mahu fungsi mencari sahaja” ujar bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu.
“Ini masanya untuk menggunakan kapal selam kerana pesawat itu dikatakan berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam proses mencari kerana pesawat itu milik Malaysia.
Namun, sebaliknya berlaku, negara luar dilihat lebih serius menghantar bantuan keselamatan dan pasukan mencari berbanding Malaysia sendiri.
Menurut laporan BBC, kapal selam Britain HMS Tireless turut serta dalam usaha mencari pesawat MH370. Kementerian pertahanan negara itu memberitahu kapal selam kelas Trafalgar itu tiba di Selatan Lautan Hindi untuk memban mencari kotak hitam pesawat terbabit.
Terhempas atau tidak?
Mohd Ariff Sabri turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencetuskan percanggahan.
“Kapten Kirk (Najib) kita tanpa ragu membuat kesimpulan ia berakhir di Lautan Hindi. Apa maksud ‘berakhir’ itu? Terhempas?
“Kemudian Hishammuddin pula menyatakan bahawa Najib tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas.
“Jadi kenapa Najib dalam sidang media 24 Mac lalu dilihat dalam ‘mood’ muram? Mengapa tidak perjelas dengan terperinci maksud ‘berakhir’ itu? Adakah ia terhempas dan tidak ada seorang pun terselamat,” ujarnya.
ini menunjukkan bahawa kjn bn sangat bijak membeli kerana ia merupakan keajaiban dunia yg ke-8 kerana kapal selam yg tak bolih menyelam..kita perlu ingat dari segi strategi ekonomi yg akan naik kerana ramai pelancung akan dtg membelanjakan wang semata-mata hendak keajaiban yg ke-8 dunia..
BalasPadamkalau x terhempas kenapa susah2 cari dalam laut, carilah di daratan..
BalasPadamHg mgkn murah kot, yg billion2 tu masuk poket!
BalasPadamaku pelik...byk rumors kata disembunyikan kat diego garcia....kenapa x siaasat??...
BalasPadamDalam kes kehilangan MH370 menyebabkan rakyay Malaysia buka mata dan berfikir. Kebiasaannya rakyat terima bulat2 apa yg diwar warkan oleh Kerajaan tapi tidak dlm trajidi MH370 rakyat Malaysia telah membuat banyak adaian. Daripada andaian2 ini lebih memudahkan pihak Polis menjalankan siasatan. Tapi saya tak pastilah dengan rakyat 47% apa kah mereka menerima berita kehilangan MH370 tanpa berfikir dan menerima sehaja apa yg dicakapkan oleh Menteri berkaitan. Kalau rope itu lah bermakna rakyat 47% masih lagi belum teebuka minda bahasa mudah mereka masih jadi Pak turut dan Lembu UMNO/BN.
BalasPadamAgaknya kos pembaik-pulih kapal selam Scopen tu dah lebih dari kos pembeliannya.Satu stretegy yg canggih untuk memperkayakan kroni.Ini bukan cerita baru tapi sudah jadi amalan kerajaan UMNO/BN sejak zaman Mahathir Kutty lagi.Buat bangunan,roboh,buat stadium,roboh,buat jembatan,retak dan roboh,beli kereta kebal,tak boleh pakai,beli jet pejuang,tak ada spare-part - macam-macam punya cetita - semua bermatlamat kayakan menteri dan kroni.
BalasPadamElok juga kerajaan tak hantar kapal selam kita untuk SAR!Kerajaan tahu kalau dihantar juga akan jadi masaalah. Pesawat MH 370 tak jumpa di tambah SAR untuk kapal selam kita yang pasti hilang entah ke mana.
BalasPadamMemang kerajaan BN amat bijak dalam memenuhi kantung sendiri.. Duit rakyat tu guna macam duit sendiri. Inilah ertikata sebenar rakyat didahulukan. Duit lu gua punya.. Peruntukkan berbillion negara untuk pertahanan abis begitu sahaja. Tahun ini 16 billion dirembat mangkuk-mangkuk hayun ni.. beli submarine paling mahal didunia tak tahu nak guna dan paling tak berguna. Kontrak kapal search and rescue submarine bayaran bulanan 6 juta tak tahu apa kapal tu buat. Bila MH370 hilang tak leh cari.. jadi beli utk apa? Untuk cari harta karun kut.. Kaslau takleh cari kapalterbang macam mana nak cari submarine? Kapal yg pergi SAR 6 biji 5 balik setelah menghabiskan duit minyak berlabuh dan bersukaria di Tg Periok Indonesia. Sambutan balik mengalahkan balik perang.. siap banner beb dan sambutan bersama keluarga.. tapi tak dihebuhkan pulak dalam media tempatan.. masa pi belayar hari tu heboh satu dunia malaysia hantar 6 aset bila balik masuk pelabuhan senyap2.. puihhhh.... Salah satu kapal KD KASTURI baru sahaja selesai menghabiskan duit rakyat berbillion ringgit kononnya dibaikpulih dan dipertingkatkan kemampuan di limbungan. Baru pergi separuh jalan dah sakit perut.. menurut anak kapal gear box problem. Nak kena repair pulak.. duit lagi.. berbillion abis utk upgrading weapon sistem yg tak pernah diuji sepenuhnya.. Thales dah rembat billion rgt.. sistem kapal masih haprak..Kawan PTL Capt Bersara di Thales tu dah kaya raya dan turut kayakan PTL.. patutlah perairan negara kita bolos dan diceroboh lagi. PTL sebuk dgn sukannya.. minggu lepas baru habis mini olimpik TLDM. Skrg dah sibuk nak sambut hari TLDM ke 80. Kes MH370 langsung tak nampak muka PTL.. sibuk dgn kopi, golf, mini olimpik dan hari TLDM. Bilalah SPRM nak siasat perbelanjaan dan pembaziran duit rakyat ni.. tolonglah.. tolonglah.. risau jika berperang kita terkencing dalam seluar takde satu aset pun boleh pakai. Menteri Pertahanan eloklah buat audit ke atas kesiagaan ATM lepas selesai kes MH370 nanti. PAT, PTU, PTD, PTL patut letak jawatan beramai-ramai atas kegalan melaksanakan tugas dgn tanggung jawab dan amanah.. maruah negara kian tercabar... keyakinan makin terhakis.. sesuatu perlu dilakukan.. jgn lagi menganggap mereka yg membongkar semua kebrantakkan ini sebagai penderhaka sebaliknya anggaplah mereka pejuang demi menyelamatkan negara yg tercinta ini. Pengkhianat utama dan sebenar negara ialah mereka yang berada dipuncak kepimpinan yg mengadai kesesalamatan negara demi memenuhkan poket sendiri. Cilakalah mereka ini dunia dan akhirat.. Mahluk perosak yg tak patut dimaafkan.. Lakukan sesuatu sebelum negara tergadai.. ATM perlu dirombakpulih sepenuhnya..
BalasPadamKapalselam tu sebenarnya reserve utk emergency klu berlaku gempa tsunami hatta kiamat...satu reserve khas utk najib hishammuddin dan kaum keluarga, satu lg utk jemaah menteri dan segala kroni hulubalang...mesti ada contingency plan utk selamatkan diri dulu...rakyat jelata sendiri mau tau laa huhu
BalasPadamTajuk yang betul
BalasPadamMalaysia Beli Kapalselam
Tidak Dapat Digunakan
Semasa Diperlukan
Tetapi Untuk Dimuziumkan
Kah... kah... kah...
Bagus juga tak hantar kapal selam M'sia dlm SAR nie..bukan apa takut nanti kejutan berlaku kapal selam pulak hilang dan alih2 PM umum kapal selam M'sia ended at the moon...hihi
BalasPadam