24 Apr 2014

Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370


Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


17 ulasan:

  1. Lambat laun Barisan Nasional akan menerima kesannya

    BalasPadam
  2. Hati saya meruntun sayu membaca apa yang ditulis Intan. Mudah2an Allah memakbulkan doa kalian. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah.

    BalasPadam
  3. emmm..baguslah jika puan ada kesedaran mengenai perkara ini..ramai juga yang saya perhatikan sudah muak dengan lakonan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan bercanggah..dulu setiap kali keluar berita mengenai mh370,kami semua cepat2 tengok berita di tv...untuk mengetahui cerita dan perkembangan selanjutnya..xcukup dengan itu,berita mengenai mh370 juga saya baca kenyataan di akhbar..sekarang rakyat sudah muak dengan pelbagai cerita2 yang xmasuk akal oleh kerajaan..untuk mengeluarkan sijil kematian pun mesti ada bukti yang sah..mana mayat-mayat tu dijumpai..ini langsung xda...aku rasa pesawat ni xterhempas..tapi dilencongkan ketempat lain..dan aku yakin mereka semua diculik..apa peranan kerajaan untuk menyelesaikan kes ini..betul kata puan intan,aku rase pihak kerajaan ini sedang merancang drama2 terbaru mengenai mh370..sedarlah wahai rakyat malaysia......tapi aku xtau la samada mereka sedar ataupun tidak...aku cakap ni bukan sebab aku xsuka kerajaan..tapi aku lihat kerajaan sekarang ni dah jadi makin huru hara...dengan pm nyer yang penakut..malu aku dapat pm macam kau wahai HANG NAJIB...HISHAMMUDIN....JANGAN KAU INGAT KAU HERO DISINI...RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN CERITA YANG XABIS2 NI...memang betul pun negara kite ni takut dengan kuasa besar..takut dengan amerika....dajal....itu pun ada juga rakyat malaysia yang xsedar2 lagi..ni xabis2 nak salahkan anwar...ooo xdapat aku bayangkan begitu banyak saham akhirat yang dia dapat.orang menfitnah dia..segala yang berlaku huru hara di malaysia ni semua nak salahkan anwar ibrahim...betul la..aku ada dengar ceramah ustaz fawwaz..dia ada mengatakan bahawa ulama yaman ada bermimpi..bahawa dajal sudah keluar..tapi xtahu dimana

    BalasPadam
  4. menanti sinar kebenaran, banyakanlah bersabar serta bermunajat kepada Allah, agar Allah membalaskan kerja2 zalim mereka.

    kebenaran akan terserlah bilamana umno/bn dikuburkan. sama2lah kita tunggu agar mereka yang memenangkan kerjaan zalim ini diberi hidayah atau dimusnahkan dari muka bumi ini.

    BalasPadam
  5. Rakyat sendiri nak masuk Sarawak dihalang, Passport palsu boleh masuk malaysia dan MH370, negara diperintah siapa?

    BalasPadam
  6. Selepas 5.5.2013...47% mengundi korupsi dan rasis punya pasal..minyak dari Rm1.90 naik sampai RM2.10...Gula dari RM1.50 naik sampai RM2.50..Gas masak dah dekat RM30 setong.. jangan lupa 6% GST nak dilaksanakan...cukupkah duit selepas AES RM300 dan tambang segala bas, teksi, van dinaikkan..? Setakat ini hanya BRIM RM650 dan bantuan sekolah RM100 secara one off sahaja dapat... Masih boleh tampungkah kenaikan tarif elektrik yang baru? Sekarang sejak 8.3.2014..MH370 hilang dari radar...radar beli billion2 tak guna sesen... 4 tan manggis..pesawat tak patah balik 360..Scorpene 500j komisen takde boat-saver..bateri ion lithium 200kg...239 nyawa jadi mainan..BN hanya membilang hari untuk dikuburkan...

    BalasPadam
  7. Kpd puan intan maizura & semua waris penumpang mh370 terutama yg Msian - bersabar kerna Allah tahu apa sebenarnya telah berlaku - namun Allah jg telah beri kita akal utk berfikir & menilai..jgn berdiam diri & menerima saja segala percaturan yg dibuat oleh pihak2 yg tdk bertanggungjawab - Ambil tindakan undang2 ke atas MAS & jg kerajaan elit yg ternyata cuai, tdk konsisten, berdolak dalik, tdk berkemampuan, tdk bertanggungjawab menangani isu insiden. Apapun sebabnya, mereka tahu. Cuma mrk tunduk. Akibatnya rakyat biasa jadi mangsa. Jgn takut ambil tindakan krn ia HAK kalian. Klu saya pun. Bkn kerna wang rggit, tetapi kerna KEADILAN & HAK yg teraniaya. Jgn biarkan mrk terlepas drpd bertanggungjawab. Nyawa menjadi taruhan di sini. Sudah2lah dgn segala perkara pelik yg elit ini lakukan. Mrk tdk pernah mohon maaf pun. Harga diri mrk terlalu tinggi. Ubah lah wahai puan intan, sahabat2ku sekalian. Kita mampu mengubahnya klu kita sedar hak kita & terjemahkannya dgn suara & tindakan kita. Insya Allah Tuhan ada bersama kita.

    BalasPadam
  8. Bukan Sarawak saja tapi Sabah jg, org2 tertentu dihalang drpd masuk...imigresen & polis dimanipulasi utk tujuan politik...Mmg puak kuku besi ini sanggup buat apa saja, sehggakan mampu memenangkan diri mrk dlm apa jua situasi, termasuk mengambil nyawa org. Insiden LD sblm Pru13, brpa ramai polis tentera kita yg terpaksa 'dikorbankan' demi nafsu politik puak ini, termasuklah kambing hitam kiram yg sdh pun 'ditamatkan' riwayatnya bbrpa bulan kmdn...Kini mh370 pula, selepas ini tak tahu apa lg...Fikir2kan lah, bukan utk selamat beramal spt kata prof izzi, tapi utk selamat bertindak. Mudah2an kita dan keluarga kita semua dilindungi Allah drpd menjadi mangsa seterusnya. Nauzubillahiminzalik.

    BalasPadam
  9. Kerajaan BN skrg dibebani hutang yg semakin teruk, mana dgn MAS berdepan saman, kos mencari mh370, tabur duit lg kat rakyat melalui BR1M & duit bantuan sekolah... Ingat siapa yg sebenarnya akan tanggung semua ini? Rakyat. Pemimpin umno bn, pak menteri najib hishammuddin rosmah - ingat diorang ni nak ke gaji & elaun diorang dipotong utk bayar hutang negara? Bil letrik air duit petrol kereta pun diorang dpt free tau, tak payah bayar, sbb semua kerajaan tanggung. Sebab diorang lah kerajaan. Belum sebut lg holiday, kos amah & kadam, hatta shopping emas berlian & beli harta kat luar negara. Rakyat yg bayar dari duit cukai itu ini, tol naik, harga barang naik, tambang bas sekolah pun naik. Tp rakyat hanya dpt rumah murah pprt. Najib ros sambut thn baru berparty sakan kat amerika. Rakyat yg belanja.

    BalasPadam
  10. BN penipu bekal susu tiada kualiti, buat iklan TV minta pelajar hati- hati minum susu yang dibekalkan, memang kerajaan UMNO penipu

    BalasPadam
  11. bak kata bush.semua mangsa adalah 'collateral death'
    ..tak dapat dielakkan

    BalasPadam
  12. Cerita2 kat ostolia tu tipu je. Jangan percaya pada sandiwara.

    BalasPadam
  13. Mgkn kecuali China, krn China tak sebulu dgn Amerika. Tp yg lain2 Australia, UK, Perancis, Spore, mrk semua sekutu Amerika. Malaysia - najib hisham dan kadam2 semua kowtow tunduk. Mmg ada rahsia yg disembunyikan oleh mrk. Malaysia ni skrg bak ditelan mati emak diluah mati bapak. Cara berhemah MAS tutup saja kedai, BN kini pun hanya nyawa2 ikan, umno tggal berpaut pd ranting rapuh, teman seperjuangan dari mca mic semua dah undur belakang tabir je. Tggal Sabah Sarawak...itu pun asyik kena tipu...

    BalasPadam
  14. Kepada puan Intan

    Ingatlah..Allah itu tidak akan menduga hambanya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya itu sendiri..

    Banyakkan bersabar dan berdoa semoga segalanya akan berakhir dengan rahmatNya, Insyaalah

    BalasPadam
  15. Pengurusan MAS mengikut sejarah lampau ada macam2 masalah..... kerugian juta2.. apa ni...
    Nak buat apa pun kena amanah... klau tidak amanah ha... bala turun dari Allah...
    akhirnya bertambah rugi..
    Kpd kluarga mangsa marilah kita bnyak bersabar dan berdoa kpd Allah smuga mendapat kesudahan yg baik.. insya Allah..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.