Kolumnis terkenal Bloomberg semalam menulis bantahan global atas kehilangan pesawat MH370 menekankan kelemahan paling ketara ke atas Putrajaya, dan terlalu sedikit tentang kekuatannya.
Padahal, kata William Pešek enam bulan lalu Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama memuji Malaysia sebagai "satu contoh ekonomi yang dinamik" dan disebut-sebut kerana kepelbagaian budayanya sebagai model kepada orang lain, namun pujian itu kini menjadi naif ekoran kejadian tragis ini.
Merujuk kepada kritikan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan usaha Putrajaya dalam menangani krisis, Pešek berkata: "Wajar atau tidak, sejak 8 Mac apabila pesawat MH370 hilang dalam perjalanan ke Beijing, Malaysia kehilangan banyak kedudukannya di rantau ini dan juga di seluruh dunia."
Beliau juga mengecam pendekatan Putrajaya dalam mengendalikan perselisihan dalaman dan toleransi antara agama – antara lain, sabitan pemimpin DAP, Karpal Singh atas tuduhan menghasut dan terbaliknya keputusan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diam kepada usaha konservatif Islam untuk mengehadkan penggunaan kalimah Allah – dan berkata pentadbiran yang diterajui Najib memerlukan lebih daripada sekadar perhubungan awam untuk meningkatkan imejnya.
"Negara itu memerlukan lebih kepada revolusi politik," kata Pešek.
"Krisis penerbangan MH370 mendedahkan sepenuhnya bahaya membenarkan satu parti sahaja memerintah negara selama enam dekad.
Sejak memegang jawatan tertinggi pada 2009, Najib terpaksa mengalihkan perhatiannya daripada pemuliharaan ekonomi Malaysia kepada mengekalkan Umno ditampuk kuasa."
Pešek menambah pengendalian buruk Putrajaya terhadap MH370 bukan suatu penipuan.
"Kejadian ini mendedahkan elit politik yang tidak pernah menghadapi soalan daripada rakyatnya, apatah lagi dari dunia luar.
"Budaya politik yang sama dicipta dalam menguruskan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS). Tidak menghairankan, sebelum ini, syarikat penerbangan itu jauh terkebelakang dalam persaingan global yang semakin meningkat," katanya.
Pandangan Pešek bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh wartawan New York Times Thomas Fuller beberapa hari selepas penerbangan MH370 hilang.
Pakar hal ehwal Asia Tenggara itu berkata kekurangan koordinasi dari jabatan-jabatan di Malaysia dan maklumat yang bercanggah antara satu sama lain dalam pencarian MH370 hanya menunjukkan bagaimana teruknya cara pemimpin negara mengendalikan krisis.
"Tetapi keraguan di seluruh dunia tentang kehilangan penerbangan MH370 mencabar budaya politik negara dan mendedahkan kelemahan pemimpinnya dalam menghadapi pengkritik dari seluruh dunia," katanya.
Fuller juga merujuk kepada dua kes besar mahkamah yang melibatkan Anwar dan Karpal dalam kritikannya yang disifatkannya sebagai usaha menyekat perbezaan pendapat politik di Malaysia.
Reuters hari ini melaporkan misteri penerbangan MH370, yang hilang lebih daripada sebulan lalu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat paling mahal dalam sejarah penerbangan, tetapi maklumat konkrit membuktikan ia sesuatu yang mengecewakan.
Sehingga kini, 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal dijangka terlibat dengan usaha pencarian besar-besaran yang sehingga kini terbukti sia-sia dalam mengenal pasti apa-apa bukti fizikal dari bangkai pesawat itu.
Pencarian hari ini datang dengan satu keyakinan, selepas pegawai Australia berkata mereka mengesan dua isyarat baru "ping" yang mungkin datang daripada perakam kotak hitam pesawat. -TMI
PM Najib tidak lemah dalam pimpinannya ,dalam hal MH370 ini, semua negara yang ada kapalterbang komersial pasti akan menghadapinya cepat n lambat berlaku itu kehendakNya.Bukan kemahuan Malaysia.Jika diukur dari segi pencariannya semua negara yang teknologi yang updating itu pun lemah teknologinya kerana xmenemui kapalterbang MH370 itu.Malah Malaysia mendapat sokongan yang tinggi dari negara maju.Ini KPI PM bahawa beliau memang kuat pengaruhnya dalam politik dan pasti memakmurkan malaysia seperti yang kita kecapi sekarang,syabas Datuk Sri PM.we support u all the time.
BalasPadamDiharap peristiwa MH370 dapat membuka mata rakyat ...Jom cipta income pasif dengan melayari:-
BalasPadamhttp://projekpendapatanpasif.com/r/289834/interview.html
Sebab tiada kawalan dan tindakan yg baik terhadap harta negara maka berlakulah hal ini. Seluruh dunia mempersoalkan aspek keselamatan di malaysia. Nampak gah tapi bocor sana sini. Radar thailand yg lebih jauh diutara itu dapat mengesan tapi radar masia tak boleh. Rm 140 juta lebih harga radar tapi tak berfungsi. Hanya boleh guna setahun lebih jah.china mengencam masia. Australia juga mencemuh. Amerika kata pertahanan masia tidak setabil. Vitenam menark diri dan berkata bhw pentadbiran msia fokus. India tak mahu masuk campur malah tak mengizinkan untuk mencari di kepulauan maldive dan diego garcia. Iran nasihat kpd masia berhati2 dgn permainan amerika begitu juga Rusia. Jepun dan filipina tak bersetuju masia mencari di laut andaman dan menarik diri drp group. ANON 9.41. MANA YG KATA MLAYSIA DAN NAJIB HEBAT? MALAH BANYAK HAL DISEMBUNYIKAN NAJIB DAN AMERIKA. SEKARANG NAMA MSIA JADI BUSOK MACAM BANGKAI BABI. SIAPA YG BUAT JADI BUSOK TU? TAK LAIN IALAH NAJIB DAN SEPUPUNYA. NAJIB TAK PANDAI TAKBIR NEGARA. NAJIB PEMIKIRAN SINGKAT MALAH TAK PUNYA WAWASAN.
BalasPadamKalau suruh mr. Najib yg muka seiras dgn mr. Bean buat kerja, maka inilah hasilnya. Sekarang satu dunia tahu malaysia adalah penipu. So umat melayu disana, lu masih lagi nak percaya dgn badut ni mrmerintah? Well kalau masih lagi maka seumur hidup akn mt. Bean selama - lamanya.
BalasPadamAnonnymous 9.41 am, kamu silaplah, bukan Najib kuat pengaruh dalam politik kerana dapat sokongan dari Negara maju tetapi diperbodohkan oleh Negara maju kerana beliau seorang PM dan Minister of Finance yang BA.....
BalasPadamEloklah kamu sambong sendiri sebab kamu pun dari spesis yang sama.