Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?
SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. -SH
MH370; Najib kami tahu kamu terhimpit, bercakap benarlah dengan rakyat
Kenyataan Umum
4 April 2014
MH370; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.
Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.
Pasport palsu
sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .
Kapal Selam tidak berkemampuan
Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.
Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.
sistem radar lemah
sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.
Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.
Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing
dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.
Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.
Apa sebenarnya berlaku ?
Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.
telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ?
Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?
Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.
Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.
Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?
Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".
Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.
Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Hagel: Malaysia Jet Search Shows Need for US in Asia
U.S. Defense Secretary Chuck Hagel said the missing Malaysian jetliner will be a focus of this week's talks with Southeast Asian defense ministers in Hawaii.
Speaking Wednesday aboard a plane on his way to the summit, Hagel stopped short of criticizing Malaysia's handling of the incident, but said there are "always lessons to be learned."
"We're going to go back, the Malaysians will go back, all the ASEAN nations will go back and walk through this. What could have been done? Maybe what should have been done? Maybe what needs to be done better?" said Hagel.
The Boeing 777 mysteriously disappeared March 8 with 239 people on board. More than two dozen countries have participated in the search for the plane's wreckage in the Indian Ocean.
Geopolitics have complicated the search, with many analysts saying the the effort has exposed rivalries between Asian powers competing for military influence.
Hagel said the disaster highlights the importance of expanded regional defense cooperation and greater U.S. military involvement in Asia.
"I want those defense ministers after they leave Hawaii to feel even more clarity about U.S. commitment to the area, our coordination, our communication, the areas we can cooperate more and more and more and certainly humanitarian assistance, disaster relief is one [area]," said Hagel.
The U.S.-ASEAN Defense Forum is an informal meeting of defense chiefs from the 10 countries that make up the Association of Southeast Asian Nations. Following the summit, Hagel will visit Japan, China and Mongolia.
Hagel, who is making his fourth trip to Asia since becoming Pentagon chief, is tasked with helping carry out the Obama administration's economic and military "pivot" toward the Asia-Pacific.
In an opinion piece Wednesday on the Defense One website, Hagel said Washington remains committed to realizing the Asia rebalance. He promised the U.S. will continue to defend its allies and uphold international laws. -VOANews
kalau dah macam ni dah betul gawat
BalasPadamumno sudah mahu menjual malaysia kpd kuasa besar...
BalasPadamingat mamak sikandar kutti sampai berjuta perabis wang negara hanya lobi untuk jumpa wakil amerika ? ABU !
BalasPadamInilah ujian bagi kerajaan bn yg selama ini berlindung di sebalik rakyat. Ternyata sungguh lemah pimpinan sekarang. Semua system keselamatan yg ada di negara tercinta ini punah dimalukan trajedi mh370. Seng dicingcang lumat oleh musuh. Ingatlah peristiwa kerajaan melaka dulu begitu lemah sehingga pertugis sng jajah. Negara maju lain gunakan duit rakyat dgn betul seperti jepun,korea.
BalasPadamKena ugut dengan gambarr dari negara jiran.
BalasPadamMacai2 umno langsung tidak faham percaturan politik dunia dan keterlibatan Malaysia dlm kes MH370. Yang ada dlm kepala otak mereka cerita lucah & fitnah liwat.
BalasPadamrusia dan iran dari awal lagi dah beritau bhw ini kerja cia. knp rusia tak hantar kapal perang mereka padahal ada penumpang rakyat rusia?
BalasPadamTiba masanya utk BN/UMNO letak jawatan. Dh tak relevan lg dh, dh expired.. jgn nak jahanamkan lg kerosakan yg dh rosak.Jgn jd tikus membaiki labu. Berilah laluan pd yg lebih layak.
BalasPadamsemoga yang dengki khianat kepada negara Malaysia akan mampus akhirnya. memang ini perancangan mereka dengan mengkambinghitamkan malaysia. kita tidak punya kekuatan tentera untuk berperang dengan mereka justeru itu terhimpitlah pemimpin2 untuk bertindak berkata benar.
BalasPadamWahai Rakyat Malaysia Ayuh Mari Bersama Kita Melihat ...
BalasPadamKetika ini seluruh dunia ... ya, seluruh dunia menghina, mencaci, memfitnah dan menghentam kita. Media dan laman sosial di serata dunia sibuk membawa berita tentang keburukan negara kita. Mereka tahu dengan usikan emosi perniagaan mereka akan lebih untung serta dengan bermain dengan emosi juga mereka dapat melepaskan agenda mereka.
Rakyat dari negara lain termasuk orang-orang terkenal mereka turut sama menumpang untuk mendapatkan populariti dengan menghentam dan menyebarkan berita yang buruk dan sensasi tentang negara kita.
Soalnya sekarang ... apakah reaksi anda?
Mahu turut serta menghentam negara sendiri ... atau sebaliknya.
Sila baca lampiran, like, & share banyak-banyak. Saya tahu, anda sayangkan negara ini. Datang pilihanraya anda semua bebas memilih.
http://emjay-freedom.blogspot.com/2014/04/wahai-rakyat-malaysia-mh-370-cc-ds.html
skrg br dh sedar negara ini cuma negara kerdil. bukankah lebih baik kerajaan telus kpd rakyat dr dulu lg. jgn lah lg nk menipu dan memperbodohkan rakyat, membazir x tentu hala. I luv m'sia.
BalasPadamTo ...emjay redha
BalasPadamMasalahnya SPR ni terlebih barua dari kuasa besar......
Dah 13 kali ditipu dan akan terus ditipu oleh rejim BN si jaguh kampung...
S.A.R
.saya anak rasuah.
Kalau dah tahap menyerah mengikut telunjuk Yahudi dan tersangat parah melibatkan nyawa rakyat sendiri,menginaya keluarga mangsa dah terserlah pengkhianatan tahap mega kalau di biarkan lagi apa lagi bala di timpakan kepada rakyat dan negara?
BalasPadamKalau di tukar tanah keretapi tanah melayu dengan Pulau B.Putih,Pulau Pisang,harga semasa bekalan air kan lebih bermanfaat tetapi sebab tiada sifat patriotik tetapi kuatnya penyakit cinta dunia takut mati maka jadilah apa yang terjadi- tanggung sendiri kat padang mahsyar termasuk pengundi/penyokongnya.
Pedoman dan Teladan untuk penyokong2 tegar AmnoBn bahawa negara ini sedikit demi sedikit telah terjual di atas keceluparan pimpinan Amno sebagai Peneraju Negara.
BalasPadamTerdedah segala pekung yg selama ini disembunyikan dalam bab aspek kecuaian menjaga keselamatan negara,Peralatan yg dibeli mungkin dibeli dari kategori barangan terpakai sehingga ciri ciri keselamatan aset tersebut sdh tidak terjamin lagi.Pembelian secara runding terus menjadikan segala keselamatan aset tersebut tercuai dan menjanjikan keuntungan dpt dikecapi bersama antara pembeli,perunding,pembekal,orang tengah dan transport.Teguran dari Audit Negara terbukti bahawa Pemborosan Perbelanjaan oleh Kerajaan BN banyak berlaku.Kualiti aset tidak diutamakan apabila Sistem Pembelian secara Runding Terus berlaku.Sedarlah wahai orang2 melayu amno bahawa kerajaan yg kamu sokong sdh tidak layak lagi memerintah.Tarikh Guna Sebelum sdh melepasi tarikh luput.Berpindahlah sokongan kamu itu kepada bukan AmnoBn Kerana sejarah sdh tercatat bahawa tidak selamanya sesebuah parti pemerintah itu sentiasa cemerlang utk selama lamanya.
Kifarah - yg jahat kena yg baik pun kena. Kesombongan pemimpin yg memegang tampuk kuasa, boleh melakukan apa saja ke atas siapa saja yg menggugat kesenangan mereka. Mengaib memfitnah mendusta membolot apa yg sepatutnya dikongsi samarata oleh semua rakyat Malaysia. Nah sekarang ternyata riak dan takabur pemimpin elit memakan diri - kamu tdk dapat melawan ada kuasa yg lebih besar lg drpd kamu - kini kamu terpaksa tunduk dan ikut telunjuk asing kerna sdh terhutang budi dgn 'pertolongan' mrk yg sememangnya mahu berkuasa di sini - harap kamu jg sedar bhwa Allah jg lebih berkuasa drpd kamu.
BalasPadamkepada emjay redha...Salam..ketepikan fahaman politik???? Muka 4 kerat tu je yg ko nampak?? Mai aku ajaq hang...Bab cinta dan syg negara aku setuju sebab semua rakyat sayang akan malaysia..mana lagi nak lari kalau kita x mempertahankan negara kita jika diceroboh?aku rasa kalau muka 4 kerat tu berbincang dan bermuafakat dengan pembangkang (PR)sama2 memikul dugaan ini, mungkin nampak jalan penyelesaianya...tapi adakah muka 4 kerat ni ajak pr berbincang???Kalau konspirasi sekalipun..kerajaan perlu bertegas,perlu jujur dlm mengeluarkan kenyataan..Kenapa takut dengan kuasa besar?Pada pendapat aku..jika kerajaan berani mengatakan ianya satu konspirasi jahat yahudi,banyak negara2 islam lain menyokong pendirian malaysia ini...tapi..aku rasa kerajaan pimpinan barisan nasional xkan berani sebab....jeng..jeng...jeng..(dah bayar dan upah APCO).Pada aku..sepatutnya kerajaan kembali ke ajaran islam yang sebenar..laksanakan hukum islam sebenar.....insyaallah dijauhkan bala ke atas negara kita.....dan yang penting..PRU 14 UBAH KERAJAAN.....Setuju kengkawan semua.......
BalasPadamin response to umno sudah mahu menjual malaysia kpd kuasa besar..
BalasPadamSetuju dgn kenyataan kamu
Berita hari ni(6.4.14) kapal pencari dari negara Cina ada harapan jumpa Black Box.Ini membuktikan kesungguhan Cina mencari MH 370 walau pun yg konon punya kapal-kapal dan peralatan tercanggih tu Amerika Syarikat.Dari sini sudah boleh baca siapa itu Ametika Syarikat yg dikuasai oleh zionis.
BalasPadamin response to kepada emjay redha...Salam..ketepikan fahaman politik???? Muka 4 kerat tu je yg ko nampak?? Mai aku ajaq hang...Bab cinta dan syg negara aku setuju sebab semua rakyat sayang akan malaysia..mana lagi nak lari kalau kita x mempertahankan negara kita jika diceroboh?aku rasa kalau muka 4 kerat tu berbincang dan bermuafakat dengan pembangkang (PR)sama2 memikul dugaan ini, mungkin nampak jalan penyelesaianya...tapi adakah muka 4 kerat ni ajak pr berbincang???Kalau konspirasi sekalipun..kerajaan perlu bertegas,perlu jujur dlm mengeluarkan kenyataan..Kenapa takut dengan kuasa besar?Pada pendapat aku..jika kerajaan berani mengatakan ianya satu konspirasi jahat yahudi,banyak negara2 islam lain menyokong pendirian malaysia ini...tapi..aku rasa kerajaan pimpinan barisan nasional xkan berani sebab....jeng..jeng...jeng..(dah bayar dan upah APCO).Pada aku..sepatutnya kerajaan kembali ke ajaran islam yang sebenar..laksanakan hukum islam sebenar.....insyaallah dijauhkan bala ke atas negara kita.....,
BalasPadam100% setuju dgn lu.....aku tuju lagu bon jovi tajuk wanted dead or live...khas utk ko...Asal Bukan Umno! Org KB
Ingatkah saudaraku semua pada doa dan kata kata allahyarham ustaz fadzil nor kpd mahathir kutty. Semoga mahathir pnjang umur dan lihatlah nanti balasan dan kesan di apa yg kamu telah lakukan. Mungkin apa yg belaku sekarang. Mungkin Itulah maksudnya.
BalasPadam