3 Apr 2014

[BONGKAR] Peranan Israel & Soros Terdedah Dengan Pesawat Kembar MH370 Di Tel Aviv


Ia bukan semata-mata satu kebetulan, apabila rahsia mengenai peranan Mossad dalam rampasan MH370 sudah mula meletup, apabila kedutaan dan konsulat Israel tiba-tiba ditutup disebabkan oleh kononnya "satu mogok oleh kakitangan diplomatik". Alibi ini diwujudkan bertujuan untuk menghalang agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh Asia dan dunia Barat untuk menyoal ejen perisikan Israel dan tenteranya mengenai keberadaan dan nasib beratus-ratus penumpang MH370.

Kor diplomatik negara Yahudi itu seperti menyembunyikan kepalanya ke dalam cangkerang kura-kura, mungkin kerana terkena hentakan kuat daripada seorang wartawan penyiasatan, Christopher Bolly, yang sebelum ini telah mendedahkan tentang penglibatan tangan Israel di belakang serangan 11 September. Berdasarkan laporan saksi dari rangkaian pemerhati kapal terbang di Eropah dan Israel, Bollyn juga tekah melaporkan bahawa wujud model pengeluaran yang serupa dengan Malaysia Airlines Boeing 777 sekarang tersimpan di dalam bengkel lapangan terbang Tel Aviv.

Syarikat Boeing yang berpangkalan di Seattle sentiasa memasang pesawat secara berpasangan sebagai satu amalan standardnya, tetapi persoalannya ialah bagaimana sebuah jet telah disewabeli oleh syarikat Penerbangan Malaysia manakala sebuah lagi yang hampir sama diserahkan secara rahsia kepada kerajaan Israel tanpa sebarang pesanan-belian daripada syarikat penerbangan El Al yang dikendalikan oleh negara tersebut.

Bollyn telah membongkar fakta bahawa kedua-dua jet itu telah dihantar ke sebuah syarikat pihak ketiga, yang pengurus atasannya mempunyai hubungan akrab yang cukup lama dengan George Soros.

Dari garis masa peristiwa, ia adalah jelas bahawa pemindahan pesawat dan rampasan pesawat berikutnya adalah sebahagian daripada satu strategi yang lebih besar, bertujuan untuk :

pertama, satu serangan dengan bendera palsu (false-flag) yang dirancang melibatkan pembunuhan beberapa orang rakyat Amerika (di atas pesawat) dan yang akan dipersalahkan nanti ialah kedua-dua rakyat Iran yang turut berada di dalam pesawat MH370 tersebut, bagi meminta Rumah Putih meluluskan ketetapan supaya serangan udara terhadap kemudahan nuklear dan pertahan udara Iran dapat dilakukan

kedua, kecurian terang-terangan terhadap teknologi utama yang berkaitan dengan mikrocip Kinesis Freehold Semiconductor, pengawalmikro paling kecil di dunia, untuk digunakan dalam sistem persenjataan yang akan memastikan tentera Israel sentiasa unggul selama beberapa dekad akan datang.

Umpan dan Pementik

Mengapa Israel perlu melakukan serangan bendera-palsu dengan merampas pesawat-kembar Malaysia, sedangkan satu pesawat sudah memadai untuk muslihat ini? Pesawat yang masih baik di Tel Aviv akan dipasang semula dengan pemasangan secara rahsia, avionik terkini (elektronik penerbangan, peluru DU dan bahan letupan bersuhu tinggi), namun bukti rekaan yang berasal dari Malaysia amat diperlukan bagi menyempurnakan muslihat ini. Oleh itu, tag logam dan bahagian-bahagian lain yang dikenalpasti perlu dikeluarkan daripada MH370, bersama-sama pembalut tempat duduknya, pakaian seragam anak kapalnya dan mayat kedua-dua rakyat Iran, yang dibekukan di rumah mayat. Penipuan ini akan menjadi lengkap apabila jenama pesawat Malaysia digantikan dengan pelekat El Al.

Rencana kulit majalah TIME dan New York Times akan terbang semudah pesawat jet yang ditawan, menerbitkan tajuk seperti "Perampas Iran menawan kru pesawat dan menerbangkan jet ke lapangan tentera di Iran. Kemudian Pengawal Revolusi memuatkan pesawat dengan tong-tong minyak untuk satu misi bunuh diri terhadap orang awam yang tidak bersalah dan ahli Kongres kita di Washington DC. Kita meratapi kehilangan Capitol dan Rumah Putih dengan api yang marak menyala yang memusnahkan separuh daripada ibukota yang kita cintai ini, tetapi kita akan menghadapi masa depan dengan penuh keberanian dan akan memberi keadilan terhadap yang negara pengganas tersebut. Paksi Jahat itu akan berkongsi nasib bersama rakannya . Sekarang, daripada Superdome, mari kita dengar dendangan Lady Gaga menyanyikan Star-Spangled Banner."

Itulah diantara kata-kata semangat yang mampu memukau purata rakyat Amerika untuk keluar daripada sikap anti-perang mereka. Ya, propaganda direka bagi santapan si tolol.

Boeing Melangkah: Kita Tahu Mengapa Kita Di sini

Moto Boeing begitu secocok dengan MH370. Tiada pengeluar pesawat lain (jika dibandngkan dengan McDonnel Douglas sebagai contoh atau Hughes yang telah lama menghilang) lebih dekat dengan perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat. Lebih daripada sekadar sebuah syarikat perniagaan, Boeing sebenarnya adalah sebuah entiti dengan rangkaian kemudahan yang luas di sekitar Seattle dan di setiap lapangan terbang utama di seluruh dunia. Yang kurang diketahui ialah adalah hubungannya dengan syarikat penerbangan tak ternama yang beroperasi di pulau-pulau terpencil, di mana menjadi rutin bagi mencari anggota badan manusia yang terpotong terapung di dalam Puget Sound. Syarikat itu melayan semua kehendak pelanggan-pelanggannyya, keinginan dan fantasi paling liar, seperti yang dinyatakan dalam ungkapannya yang terdahulu: Sempadan Baru Selamanya (Forever New Frontiers)

Salah satu rekaan barunya adalah pemanduan tanpa juruterbang (remote piloting) untuk pesawat awam, ia berdasarkan kepada teknologi peperangan "drone", yang dibangunkan Boeing dari prototaip yang direka di Israel. Pasangan kembar 777 Malaysia dan Israel adalah dari edisi baru, dan oleh itu ia mampu terbang tanpa wayar.

Boeing menyerahkan jet berkembar ini kepada orang tengah pada bulan Oktober 2013 , yang kemudian menyerahkan salah satunya kepada Malaysia Airlines pada bulan November. Masa tersebut berkebetulan sama dengan pelantikan Joanne Magruire, seorang eksekutif veteran Bahagian Angkasa Lockheed Martin, menjadi ahli lembaga pengarah Freescale Semikonductors, yang kakitangannya di Kuala Lumpur terlibat di dalam merekabentuk mikrocip Kinesis KL02, berada di pesawat kapal MH370 . Pelan ini berjalan lancar.

di tulis oleh Yoichi Shimatsu,bekas editor kumpulan Japan Times di Tokyo, seorang penulis sains berpangkalan di Hong Kong. - diterjemahakan secara bebas oleh Greenboc.

bersambung...

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



15 ulasan:

  1. Patut la Barack Obama tak banyak komen tentang pesawat hilang ni. Najib takkan tak tahu? Apakah daya sebuah negara yg ternyata masih terkebelakang dari segi pertahanan seperti kita berbanding kuasa besar dunia, apabila kita menjadi mangsa tangan tangan ghaib? Adakah Najib akan biarkan sahaja orang orang tak berdosa dlm mh370 mati katak, sementara operasi sar terus dipalsukan memperbodohkan bukan sahaja keluarga mangsa, rakyat Malaysia, tapi juga satu dunia.

    BalasPadam
  2. Tanya najib, apa yg dia tahu ..semua tak tahu , main cedok info luar je...

    BalasPadam
  3. APCO berasal dari negara mana????

    BN yg lantikkan....

    BalasPadam
  4. Lawan tetap lawan

    BalasPadam
  5. sapa pernah kata yang soros tu kqawan baik dia..jeng2..aku dah kata simulut longkang kandang babi paya mengkuang manusia yg paling bahaya sekali w/pon kubor kata mari rumah kata pegi, beliau dianggap seolah-olah untouchable hinggakan ulama2 pon lebih takut pada beliau drpd allah swt.segala perbuatan ini seolah2 apa yg hadis 2nabi ttg dajjal nmpk kebenaran..nauzubillahminzalik

    BalasPadam
  6. Ingat tanda-tanda akhir zaman dan kemunculan Dajjal ... setiap selasa dan rabu Ustaz Badlishah ada mengupas di TV Alhijrah...

    BalasPadam
  7. Selain teknologi terkini yg hendak dimonopoli dan tidak berkongsi dgn China, mereka juga ingin supaya China menjaiuhi pakatan bersama Rusia yg semakin mengancam kepentingan mereka..Permainan licik US dan sekutunya..menekan China supaya tidak menyokong Rusia..agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro mmg mengusarkan US dan sekutunya..peritiwa di sekitar Laut China selatan menunjukan kebangkitan China dan di Ukrane kebangkitan Rusia..Iran dan Turki juga telah mula mahu bangkit sendiri..musuh perlu dihapuskan secara terang atau terselindung..cepat atau lambat..‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’..kerjasama US dan sekutu dan China dlm operasi SAR tak pernah berlaku begitu besar sekali seperti sekarang..pemimpin M'sia je yg PERASAN dunia bersama mereka hakikatnya mereka dipergunakan..sbb mereka pada tahap yg paling lemah sekarang!!!

    BalasPadam
  8. Klu ini hanya satu pementasan maka sar tdk akan menemui apa2 pun apa lg kotak hitam...sy bimbang je klu negara yg dicintai bakal muflis akibat terhutang budi dan body kpd sebegitu banyak negara yg terlibat dlm usaha sar yg nampaknya mgkn akan berpanjangan. Pementasan di LDatu Sabah sebelum PRU13 thn lalu masih terasa kehangatannya...pementasan 'budak nakal' merosakkan 30 premis perniagaan sekitar Kota Kinabalu Sabah pd Jan thn ini dgn menggunakan peluru guli, pun senyap mcm tu aje. Bodoh sgtkah kita ni sehingga asyik dibuli dgn drama? Jgn nanti drama dipentas bertukar bala.

    BalasPadam
  9. Yahudi musuh allah dan musuh kita orang orang beriman, APCO pula.......

    BalasPadam
  10. agak mustahil apa yg dipaparkan ianya melibatkan kepentingan dan maruah negara Malaysia.Amat mustahil Israel boleh masuk jarum dalam kehilangan MH370.Sudah tersurat bahawa kejadian sebegini malang menimpa negara Malaysia.Ramalan dan Andaian yang sebegini meletakkan Malaysia dalam bahaya.
    PM dan Sepupunya tidak akan percaya ini semua boleh berlaku kepada Malaysia sebab tanggapan mereka bahawa kita tiada musuh untuk menyerang kita.Memang dari segi mata kasar kita tidak pernah bermusuh dgn sesiapa TAPI mesti diingat bahawa Pelanduk mengena kerana ia cuai akan jerat yang menanti dia.FBI,CIA dan Mossad adalah pelanduk dua serupa dan tidak mustahil kejadian ini sdh dirancang dgn amat licik agar Zalimnya israel terhadap Palestin,Kejamnya Pemerintah Mesir kpd rakyatnya dipesongkan drpd tumpuan dunia untuk memperkatakannya.Hingga saat ini Kprihatinan drpd negara2 Islam tidak kedengaran jauh sekali nak hulurkan bantuan Kecuali Indonesia dan Brunei.Amat malang Malaysia diperlakukan demikian disebabkan negara kita pernah diiktiraf sebagai Negara Islam Contoh yg terbaik di dunia yg membuatkan Agen2 Yahudi Israel menaruh hasad dengki yg mendalam kepada Malaysia.USA mencurigai kebanyakan negara2 Islam dan negara2 anti Amerika dgn melakukan Pengintipan Telekomunikasi yg diakuinya melakukannya.Israel adalah anak emas amerika dan apa yg dilakukan israel mendapat perlindungan total dari amerika.Tanpa bantuan Israel amat payah seseorang calun Presiden USA hendak menang sebagai Presiden,Antara keduanya amat bantu membantu dalam segala gerakkerja menakluki dunia dalam semua bidang kehidupan.Israel dan Amerika adalah Anjing2 dua serupa yg sentiasa mencari tempat untuk melakukan ujian demi ujian ke atas apa2 peralatan yg baru diciptanya.

    BalasPadam
  11. Yang gambar kapal B777 tu rasanya tak betul, tu kapal MAS yang registration dia 9M-MRI,yang mas dah jual balik (leased out). boleh search untuk kepastian . Kapal MAS yang hilang tu 9M-MRO. kapal yang dah lease out dari MAS memang dia akan buang cat logo dengan logo Malaysia dekat fuselage.

    BalasPadam
  12. apa nasib org yang tak bersalah dalam kapal tu.. terbuka minda bila baca,,
    http://bbbamshopbizz.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Adakah episod mh370 ini bermula dr sebuah rencana seseorang utk mengaitkan musuh politiknya ayas nasihat zionis apco itu?
    Buktinya ialah capt zahari (ahli pkr) dipanggil betugas walau dlm cuti.
    Tetapi si zionis ada agenda.leboh dr itu dan membuat rencana diatas rencana(triple plan)sehingga pesawat itu benar2 ghaib.sedang si pembuat rencana asal terpinga pinga.
    Zionis telah ambil kesempatan serampang tiga empat mata diatas rencana asal.
    Kelam kabut lah orang yg nak jatuhkan musuh politiknya dgn brbagai jawapan bercelaru hgga diketawakan dunia.
    Silap silap musuh yg selalu difitnahnya tak jatuh.dia yg akan jatuh.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.