Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen
Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.
Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.
Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.
Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.
Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.
Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.
Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.
Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.
Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.
Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan. Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.
Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza. Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.
Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?
Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.
Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.
Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. -shahbuddindotcom
ULASAN GBbr>br> Kegagalan Najib dan kerajaan UMNO BN untuk menghormati parlimen cuma membawa satu petanda besar: UMNO BN sudah tidak layak untuk berada di parlimen!
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
Jika kita lihat tingkah laku beberapa ahli parlimen sama ada PR atau pun BN semasa berhujah di parlimen, ianya amat mendukacitakan. Ada kalanya susah dikawal olih yang dipertua. Tiada disiplin. Memotong kata ahli parlimen lain yang sedang memberi penerangan.Terjerit jerit tak tentu hala. Yang dipertua pun tidak tegas mengawal tingkah laku ahli parlimen. Macam pergaduhan dipasar. Semua rakyat mengharapkan semua ahli parlimen termasuk yang dipertua tahu tanggung jawab masing-masing dan laksanakan dengan jujur dan berhemah. Semua ahli parlimen dipilih rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan serius. Bukan di permainkan dan dijadikan bahan gurauan di parlimen. Amat mendukacitakan.Pegaduhan dipasar pun tidak se teruk macam di parlimen. Di harap Yang Di Pertua dapat menjadi adil (tidak menyebelahi mana mana pihak) dan mengawal persidangan diparlimen dengan lebih tegas lagi. Begitu juga dengan ahli parlimen, tahulah tanggung jawab masing masing dan perbaikilah tingkah laku semasa berhujah di parlimen.
BalasPadamsetuju 110% dengan Tuan GB ! ABU !
BalasPadamAda beza nya antara pemimpin bahalol dengan pemimpin bijak.
BalasPadamRaut air muka mereka pun berbeda.
Mana nak sama pemimpin dengan sokongan 52% dan si bahalol dengan 47% bangla nya.
Setuju 100%...menteri2 kangkung x layak berada di parlimen
PadamWalau bukan islam tp sangat professional. ..integriti , moral dan etika yg ditunjukkan sangat tinggi
BalasPadamITULAH BEZANYA POLITIK MATANG DENGAN POLITIK BANGANG.....
BalasPadamDI AUSTRALIA WALAUPUN BUKAN SYARIKAT MEREKA TANGGUNG JAWAB DIAMBIL PEMIMPIN MEREKA, PM memberi taklimat.......
DI malaysia PM SHOPPING..... BERITUGAS PADA MENTERI KONFIUS.... BURUNG KAKAK TUA MEMBACA TEKS TANPA IDEA DANPENGETAHUAN SENDIRI......
INILAH CARA ALLAH MEMALUKAN DAN MENGAIBKAN KITA KERANA KEMUNFIKAN PEMIMPIN NEGARA.
INILAH KEPIMPINAN DAN KERAJAAN YANG MUDAH MENGHARAMJADAHKAN ORANG..... AKHIRNYA MEREKALAH YANG PALING PALING PALING HARAM JADAH.
Inikah dikatakan Malaysia Boleh?
BalasPadam