Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.
Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.
Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.
Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.
Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.
Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar
Adakah radar tunjuk MH370 ke Andaman?
Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.
Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.
Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.
Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.
Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.
Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.
Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.
Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.
Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.
Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.
Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand. – mk
Berita jam 11.00mlm sebentar tadi memperihalkan Ukraine & Russia...dimana Russia memaklumkan di PBB bahawa dia TIDAK MINAT BERPERANG.....bermakna Russia akan mengundurkan tenteranya..
BalasPadamBERMAKNA perang TAK BERLAKU .,,
& MH pun seakan-akan hampir di TEMUI di Andaman di mana ada kawasan NAVY USA
Baca Artikal dalam Cipan & Tenuk ni pula...
BalasPadam..dia hanya minta kita fikirkan
...kalaula ni caranya...satu hari Malaysia akan ...fikirkan ..
walaupun kelihatan Malaysia dapat mempersatukan Kuasa Besar...tapi apa perasaan orang yang kena.. Kong
China minta Malaysia jangan sembunyi maklumat...
http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2014/03/mh370-apa-ada-di-lokasi-itu.html
dengan mematikan semua system detector samada auto atau manual termasuk yang dipasang pada engine memandu pesawat merentasi segenting kra dan melintasi andaman cukup membuktikan bukan sebarangan orang boleh buat semua ini
BalasPadamsiapa ? kenapa ? dan dimana MH370 sekarang ?
Bagaimana kalau saya katakan ianya telah dikawal secara elektronik tanpa pilot mampu berbuat apa2. Cuba baca disini - http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/case-closed-hijacked-by-awacs-2916516.html
BalasPadamYg pasti 'game' sebegini hanya mengundang 1001 kemungkinan kembali ke zaman penjajahan.
BalasPadamPengajaran yang diperolehi dari kes MH370 ialah sistem teknologi perisikan Amerika Syarikat adalah temberang, hanya propaganda yang berlaku di dalam filem dan drama tv sahaja. Di dalam perkara ini membuktikan jika teknologi pengintipan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar lain berada di dalam keadaan yang terbaik sekalipun, hakikatnya analisis terhadap maklumat yang diperolehi adalah lambat, lebih-lebih lagi jika mereka tidak tidak menerima sebarang 'clue' dari perkara yang berlaku.
BalasPadamSesungguhnya Allah hendak menunjukkan kepada umat Islam yang gentar kepada kekuasaan kuasa besar Amerika Syarikat dan dunia bahawa musuh-musuhNya adalah amat lemah.
MH370 | Antara Intipati Kuliah Tn. Gr. Syeikh Nuruddin, 12 Mac 2014.
BalasPadam1. Kebanyakan daripada jenis ibadah yang kita lakukan akan disertakan dengan kalimah takbir Allahuakbar yang bermksud Allah Maha Besar. Dengan solatnya, ibadah umrah dan hajinya, korban dan sembelihannya, azan dan iqamatnya, takbir hari lebarannya dan macam-macam lagi. Tujuannya agar kit sebagai hamba sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan tidak merasa ego, sombong, angkuh, bongkak dan takabbur.
2. Namun, manusia tetap juga sombong dengan ilmu dan kepakarannya.
3. Maka kali ini Allah tunjukkan sedikit daripada kekuasanNYA yang Maha Luas. Allah tarik nikmat hujan, Allah berikan kemarau dan Allah selindungkan Boeing 777.
4. Nah, di mana kepakarannya? Di mana teknologinya? Di mana kemodenannya? Hinggakan kita tidak mampu untuk menurunkan hujan walau setitik! Hinggakan kita tidak mampu menjernihkan udara yang kita hirup walau sedikit!
5. Kalau di Indonesia sekarang ini beritanya adalah tentang banjir besar dan hujan yang tidak berhenti-henti. Di Malaysia pula lain beritanya. Kemarau dan panas yang sudah berpanjangan. Sedangkan dua negara ini hanya sebelah menyebelah.
6. Beristighfar dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amatlah menerima taubat hamba-hambaNYA yang benar-benar bertaubat.
Dah berpuluh tahun BN dan medianya menipu rakyat, sekarang BN nak tipu dunia
BalasPadamAllah timpakan bala kepada kerajaan UMNO yang putar alam
BalasPadamNajib sembunyikan perkara sebenar untuk tujuan politiknya, berlakonlah najib sehingga dijemput malaikat maut menghadap allah
BalasPadam