19 Mac 2014

Satu Lagi Konsert Maksiat, Tak Serik-Serik Lagi Dengan 6 Kematian!


Konsert: Selepas 6 remaja mati nak anjur lagi

KUALA LUMPUR: PAS mengecam penganjuran satu lagi konsert di saat negara baru dikejutkan dengan insiden kematian enam remaja di konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, 13 dan 14 Mac lalu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.

"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.

"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.

Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.

Konsert anjuran Future Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.

Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.


Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.

Sekaligus, ke

nyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.

Ekoran itu, Siti Zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama. -HD







IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


2 ulasan:

  1. Allah Maha Agung...Allah Maha Adil...Allah Segala-galanys...usahlah berbohong kerana didunia Allah sudah dedahkan...Usahlah zalimi rakyat Kelantan kerana doa orang dizalimi itu lagi cepat Allah makbulkan...moga musibah MH370 menyedarkan pemimpin negara berubah menjadi pemimpin yg lebih baik

    BalasPadam
  2. Bala daripada Allah sudah datang akibat kegiatan maksiat yang banyak dan kezaliman sesama manusia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.