Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail
Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370.
Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.
Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.
Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.
Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.
Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.
Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.
Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.
Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media.
Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui, tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.
Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewah itu tidak mempunyai masalah kewangan.
MH370: ‘CANTIK FITNAH KAMU’ - Aishah
“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.
Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.
Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.
Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.
Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.
Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.
Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.
Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu. -hm
ULASAN GB
Semacam ada satu perancangan licik untuk mengkambinghitamkan juruterbang MH370 di dalam tragedi yang berlaku.
Daily Mail terus-terusan cuba untuk menunjukkan bahawa tragedi itu adalah akibat dari juruterbang yang satu ketika dituduhnya sebagai "penyokong fanatik Anwar", yang kemudiannya disambut oleh Najib semasa membuat pengumuman bahawa kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan kearah barat.
Semacam ada agenda yang tersembunyi.
Marilah kita terus berdoa
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
salam....
BalasPadamsaya berpendapat masalah peribadi beliau tidak boleh dijadikan ukuran kecenderungan beliau bertindak menjangkaui akal....yang saya musykilkan mengapa satu2 badan agensi FBI sahaja yg terlibat??manakah agensi yg lain seperti CIA atau yg seangkatan dgnya tidak terlibat sama???hairan seperti macam sesuatu di sembunyikan......
SAMAN........
BalasPadamdaily mail ni tentu belajar dari tv3suku atau utusan meloya ,atau berita hairan kah kah kah ! ABU !
BalasPadamApa lagi ... kalau Tak betul Saman Ajer Laaa....
BalasPadamThis Is What People Really Want !!
http://perfectmaster88.blogspot.com
Hey Daily Mail reporter i think u were borned by Ur mother who was a HOOKER.so u, Daily Mai reporter u are SON OF THE BITCH
BalasPadamDaily tu sepupu sepipit utusex.....tak ada moral etika kewartawanan....main belasah merekacipta citer.....pembaca2nya pun selalu belasah tabloid ni........pada keluarga Captain Zaharie- saman je paper ni ..biar mereka rasa...
BalasPadamYahudi yang alami gangguan mental hingga bunuh nabi, nauzubillah, siapa l
BalasPadampula APCO?
Bila orang islam macam-macam nak tuduh, israel bunuh umat islam macam binatang, boleh pejam mata
BalasPadamSejahat israel tak jatuhkan hukuman mati 529 serentak, macam sisi buat...tak bom seluruh kampung halaman macam assad buat
BalasPadamtapi budak2 suruhan israel di mesir dan syria boleh buat...
ini la mentaliti yg di mainkan oleh zionis israel....mmg hakikat tentera dan suku sakat al sisi yg kejam menjatuh kan hukuman tetapi yg belakang al sisi tu siapa klu tak bkn rejim israel.....jgn kita lihat israel tu sesuatu yg baik....ada tersirat dan rencana jahat rejim hendak menjatuhkan dan menghancurkan umat islam di muka bumi ini.....mmg patut di gelar kan rejim zionis ni lakbatullah....
BalasPadamDulu bangsa laknat ni mengacau membunuh di sebelah negeri arab dan afrika....
BalasPadamSekarang yahudi laknat ni dah sampai kat negeri kita dan mula berani hingga mengancam nyawa negara kita pula. Itulah kalau berkawan dng pembunuh penyamun lama2 dia bunuh rogol keluarga kita. Tak terkejut nanti dia jajah kita pula macam di Plastin tu..
Najib perduli apa nasib generasi akn datang yg penting pertahankan kuasa.
BalasPadamAku hairan kenapa nak kaitkan kehilangan kapal terbang ini dengan sikap kapten? Kalau kemalangan tu kan takdir Allah swt. Yang paling aku khuatir ialah cubaan mengaitkannya dengan pembangkang Malaysia.
BalasPadamKita harus bersyukur dengan berlakunya kejadian ini. Ianya menyedarkan kita bahawa MalaysiaKu yang kita dok bangga dengan pelbagai "Title" Dunia tu, rupa-rupanya banyak kelemahan dalam sistem maklumat, sistem imigrisen, sistem kastam, sistem radar, sistem keselamatan negara, .... kebanyakannya indah khabar dari rupa. "Taraf dunia" yang ada pada kita hanya bertaraf juara kampong sahaja. Syok sendiri saja.
Ini menonjolkan lagi betapa hipokrit pemimpin kita. Inilah akibatnya kuat mohong. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia sedar dari mimpi siang hari. Jangan dibuai mimpi indah oleh mangkuk-mangkuk ini sebab di hujung harinya, kitalah lebar malang yang terpaksa tanggung semua akibatnya.
sue je..let them know that we cannot be treat like that..melampau2 je dey'ol nih
BalasPadamdgn menuduh pilot, maka jadilah beliau kambing hitam. semua pihak yg sebenar terlibat akan berlepas tgn. kesannya maka malaysia akan terpaksa menanggung akibatnya. imej penerbangan negara akan jatuh.
BalasPadamkewibawaan pilot malaysia akan dipertikai. jika pilot dituduh terorist, maka malaysia akan dianggap sarang terorist yg bahaya kerana terorist malaysia mampu kendali pesawat komersial.
maka ketakutan terhadap kes WTC akan dipalit ke wajah malaysia.
CARI MH370 SAMPAI DAPAT DAN BUKTIKAN PUNCA SEBENAR YG SEKALI GUS MENAFIKAN TUDUHAN BERAT TERHADAP PILOT/MALAYSIA !