2 Mac 2014

Kassim Ahmad Jatuh Sakit Sebelum Debat Bermula!

Kulim: Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas.

Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad.

"Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka..

Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus.

Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu.

Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006.

MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang.

Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya.

"Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan.

Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat.

Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari.

Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut. -mysuara.net

ULASAN GB

Debat belum pun bermula, Kassim Ahmad dah jatuh sakit.

Kita tidak tahu samada Kassim Ahmad sebelum yang dikatakan menolak hadith "mempelajari" apa yang menimpa ke atasnya. Sakit - kemudian kena berjumpa doktor. Kita tidak duduk di rumah dengan semata-mata berdoa. Kenapa kena pergi hospital dan bertemu doktor. Kerana dengan ilmu dan kepakaran yang ada doktor itu, penyakit boleh diubati sekalipun yang menyembuhkan tetap Allah swt jua. Ada hadith Nabi juga yang mefhumnya, jika kamu sakit bertemulah tabib (donktor). Bukankah Kassim Ahmad kini juga tanpa disedari terpaksa mengikut anjuran hadith berkenaan sekalipun beliau mengisytiharkan beliau anti-hadith?

Begitu juga dalam hal agama. Memang Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia. Tetapi Al-Quran itu ialah garis panduan kasar yang kemudiannya diperincikan oleh Rasulullah saw melalui hadith-hadithnya. Sebagai contoh Al-Quran memerintah manuisa "aqimussolah" - dirikan solat - tetapi bagaimana rupa solat yang hendak didirikan? Iktidalnya bagaimana, rukuknya bagaimana, sujudnya bagaimana malah kiblatnya ke mana? Penjelasan dan perinciannya itu tiada di dalam Al-Quran. Itu sebab mengapa Rasulullah diturunkan sebagai contoh tauladan untuk manusia, bukan sahaja menunjukkan bagaimana untuk mendirikan solat tetapi juga penjelasan untuk bermacam hal dari aspek tauhid, ibadah, muamalat, munakahat, siyasah dan lain-lain.

Begitulah hal-hal yang lain selain dari doktor, iaitu jika kereta anda rosak, pergilah cari foreman kereta, jika anda ingin menempah baju, carilah tukang jahit, jika anda kebingungan dalam hal agama, carilah ustaz/ulamak yang mahir - bukan mentafsir ikut kefahaman sendiri-sendiri. Maka tidak wajar untuk menyatakan ulamak sebagai kasta paderi.

Jika hadith di tolak dan masing-masing hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata, seribu orang membaca Al-Quran maka akan wujud seribu pentafsiran... apakah akan jadi kepada umat Islam? Seribu kiblatlah jawapannya!

Semuga "sakit" yang dialami itu membuka mata kumpulan anti-hadith ini.

11 ulasan:

  1. Petunjuk dari allah, kalau tak sedar lagi nauzubillah

    BalasPadam
  2. Tak ikut hadis, tak ikut ulama', mcm mana nak solat ? Ikut kepala otak sendiri je la. Itu lah yg sebenarnya puak puak ni, tak nak ikut org konon, jatuh martabatnya, so ikut suka sendiri je la. Itulah pengikut hawa nafsu.

    BalasPadam
  3. Semoga dia bertaubat sebelum terlambat...

    BalasPadam
  4. Dr kassim ni ikut Dr mahathir ke Dr mahathir yg ikut Dr kassim... dua-dua anti hadis kot...

    BalasPadam
  5. TKasih GB atas tazkirah.

    Muga2 ada hamba2 Allah yg beri tazkirah begini senang pada Kasim Ahmad.

    BalasPadam
  6. taktik lapok madey al-kutty digunakan olih kassim utk elak berdebat.

    BalasPadam
  7. Tak yah lah kita guna ulamak lain kita guna pakai tazkirah GB aku rasa Kasim Ahmad dah boleh cair. Kasim ini banyak duduk dlm bilik dan buat penafsiran sendiri. Dia berguru dgb buku sebelah dia syaitan yg dikenali lah. Yg ini boleh rosak akidah. Elok lah rasanya GB selalu mentazkirahkan Si Kassim ini bagi dia sedar diri lepaa itu hantar betul2 ulamak tazkirah si Kasim ni. Muga2 dia mendapat hidayah sebelum menemui ajalnya. Udah 80th kubur kata mari rumah dah kata pergi

    BalasPadam
  8. Tanya Dr. Kassim siapa dan bagaimana menguruskanya kalau dia meninggal dunia kelak serta cara untuk menguburkanya samada duduk atau berdiri

    BalasPadam
  9. Sakit itu tandanya masa utk dipanggil sudah tiba. Pleaselah bertaubat sebelum dipaggil kerana apabia sudah dipanggil, masa itu sudah terlambat dan lu kena bersiap sedia untuk diinterview bukan lagi diinterview oleh wartawan tetapi malaikat yang for sure akan beri soalan killer. So bertaubatlah sebelum diinterview oleh malaikat.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat sembuh ,I pray for your fast recovery

    BalasPadam
  11. mengikut pengalaman saya, kalau dah sampai hospital selayang memang dah tak lama lah tu... bertaubatlah sementara adas masa ni...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.