7 Mac 2014

Imam Muda Tegur Hanez Suraya Bercuti Dengan Bukan Mahram Ke Luarnegara


Hanez Suraya 'ditegur' Imam?

BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan.

Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang.

Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi 'mangsa' dalam kemelut rumah tangga orang.

Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.

Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.

Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.

Walaupun tulisannya itu tidak 'bernama', namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini.

Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.

"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!

"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.

"Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram,"
katanya.

Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

"Jangan cuba menghalalkan yang haram!,"
tegasnya lagi. -SH

16 ulasan:

  1. Macam dah tak ada jantan lain ke?

    BalasPadam
  2. Wahai Imam Muda, tlg juga tegurkan Nora Danish yg banyak kali menyiarkan berita bercuti dgn pasangannya anak seorg menteri. Perbuatan Suraya Hazez ni pun memang sy tak setuju dan memang patut ditegur tapi jgnlah pilih bulu ya, seolah2 sesiapa yg bercuti dgn anak menteri yg bukan mahram dibolehkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello anon 12.10pm, imam muda tu bukan tuju spesifik pd hanez suraya sorang saja, dia cakap umum, so sapa2 yg buat perkara mcm tak kira siapa, nora danish ke, anak menteri ke, termasuk dlm teguran tuh! Cuba faham betul2 apa yg dia tulis. Jgn senang2 nk kata org pilih bulu.. kamu ni, org tak tegur salah, org tegur masih jgk tak puas hati.. cuba la bukak minda skit, jgn asyik nk membangkang saja

      Padam
  3. Nama pun artis. Pada aku 99% artis bukan faham agama.....

    BalasPadam
  4. Dia ni dah mcm pl...r murahan. Mana amek kisah haram halal! Biasanya klu mcmni lagaknye dah org kata porong....nasib la masih ade lg lalat hijau dan langau masih pilih org macam ni...silap2 pmbawa pnyakit std tu...nauzubillah...buat malu karyawan dan senimam aje...

    BalasPadam
  5. aku sokong cun99 200%

    BalasPadam
  6. Aku jg sokong cun99 1000% artis2 ckp tak serupa pribadi..alasan2 mereka klu da buat salah buat org macam nak muntah jeee...

    BalasPadam
  7. woi sibingai Anon2.30, dah betullah Anon12.10 mempertikai teguran ustaz tu. Cuba kau fikir masa Nora Danish bangga keluar berita bercuti kePhuket dan beberapa tempat lagi ngan anak menteri muka jantannya tak tutup lagi berlaku pada tahun lepas dan tak sorang pun ustaz berani menegur mungkin kerana pergi ngan anak menteri. Nape baru skrg bila berita Hanez pergi bercuti ngan jantan bukan mahram baru sibuk2 menegur. Bukan ke anak menteri tu pun jantan yg bukan mahram Nora. Disini Anon12.10 bukan mempertikaikan teguran yg baik keatas sesapa yg melakukan mungkar tapi cara menegur walaupun umum pada bila ketika melibatkan org biasa menapakkan ustaz memilih bulu. Senyap ketika berita anak menteri pegi bercuti dgn bukan mahram tapi baru berani tunjuk kewajipan sebagai ustaz kpd org biasa. Lain kali beranilah melakukan kewajipan menegur kerana Allah bukan kerana anak menteri atau sesiapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu ke kita melenting tak tentu pasal? Ada yg dah membuat teguran kita patut bersyukur. Tak usahlah diremehkan,kerana teguran itu untuk semua. Tanya diri sendiri, apa sumbangan kita utk kebaikan sejagat.

      Padam
  8. Tentang artis2 ni, kalau mereka dah berzina pun, aku tak akan hairan dan terkejut

    BalasPadam
  9. Elok sngt la bila ada yg nak menegur sokong sngt2!

    BalasPadam
  10. takpa dlm umno ini halal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, tak elok ckp gitu. Lain lah kita dengar sendiri ape yg dorang kata.sekali2 kena tengok jgk cela yg ada pada diri kita. Wak sabar..

      Padam
  11. Berlakon tak popular pun tapi kecoh yang lebih. Nak publisiti murah. Penyanyi/pelakon generasi kini tidak hebat dalam kerjaya mereka tapi nak cari pablisiti murah macam barang tenggelam banjir yang dilelong.

    BalasPadam
  12. SALAM..KAN DA ADA DALAM HADIS GOLONGAN ORANG MUSLIM YG PANDAI BERCAKAP TENTANG AGAMA TAPI SEBENAR NYE TIN KOSONG...CAKAP BERBELIT2 MCM ULAR...KALU DAH BERSALAH MENGAKU AJE LERR..KAN SENANG..LAGI BANYAK ALASAN ..LAGI ORNG MELUAT..

    BalasPadam
  13. Semoga semuanya settle segera dan yang berhak mendapat haknya.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.