6 Mac 2014

[IKTIBAR] Ayat Kursi Pendinding Seorang Jururawat Dari Dirogol Lelaki Bangla


Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

ULASAN GB

Ambil kisah di atas sebagai iktibar, dan sentiasa yakin dengan bantuan Allah swt.

Untuk mengelakkan diri dari dirogol dan terjerumus ke lembah kehinaan, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak tiga kali sebelum tidur. InsyaAllah berkesan. Akan lebih tajam jika dibaca dengan memahami maknanya.






6 ulasan:

  1. Salam. Saya selalu amalkan baca ayat kursi sebelum mula memandu. Alhamdulillah setakat ni belum pernah kereta breakdown tengah jalan atau di tempat yg myusahkan pemandu lain. Pengalaman saya clutch pump pernah bocor 2x berkat ayat kursi bila saya da parking keta kat ofis barulah tak bole masuk gear.

    BalasPadam
  2. sebaik-baik tempat untuk bergantung adalah Allah SWT.

    apa cerita proton ni .. lagi nak dana kerajaan?
    PROTON minta duit kerajan rakyat lagi ..?

    BalasPadam
  3. selain berikhtiar kita kena berdoa untuk mendapat keberkatan.

    BalasPadam
  4. Allahhuakhbar..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah berkat kbesaran ayat kursi...tiap kli sblum drive mmg sye amalkn ayt kursi ni...

    Pernah 1ketika break keta ade problem dlm
    minggu tu selamat je prgi blik kje pucnhg-kjg...bile mmber husbnd nk pinjm keta, trus break tu mmg xmkn..seb baik still kt area umh lg...

    Lg 1 kjadian...clushpump pun cmtu gak...start enjin je trus putus clushpump...sye pikirkn cmne nasib sye klu tba2 putus tgh jln..,

    Ade 1 hari tu sye lupe nk bce ayat kursi, odw g rye, 1 kjadian xdiingini tjadi...accident.Alhamdullilah nsib baik xserius......subhanaAllah...

    BalasPadam
  6. pendatang terlalu ramai di malaysia? cuma satu persoalan saya? pihak berkuasa x nak ambik pedulikah? dan sapa-sapa bolehbantu, apa hak kita dan adakah ki1tame1mpuanyai hak untuk mengusir mereka keluar dari Malaysia. kerana saya rasa cukup terganggu. bila melintas kawasan perumahan yang disewakan kepada mereka rasa terancam. adakah undang2 yang dibuat supaya orang malaysia tidak menyewakan rumah kepada pendatang ini?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.