28 Mac 2014

[VIDEO] Apakah Yang Tersirat Disebalik Pendedahan Tun Musa Hitam? -updated


Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – TMI


ULASAN GB

GB tertarik dengan pendedahan Tun Musa Hitam di atas.

Ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan oleh Tun Musa di sebalik pendedahan bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku pada tahun 1985 itu.

Pendedahan tersebut dilakukan tatkala seluruh negara sedang berbicara mengenai tragedi MH370.

Dan patutlah beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir menyatakan beliau akan tapis internet jika menjadi PM semula.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.


Tiba-tiba Tun Mahathir mengeluarkan perkataan "Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula".

Tumpuan saya bukan di perkataan tapis internet, tapi perkataan "kalau jadi PM semula".

Adakah beliau masih bercita-cita untuk jadi PM atau ada proksinya menjadi PM?

Penapisan internet juga dicadangkan Tun Mahathir tatkala ketika dunia sedang berbicara mengenai tragedi MH370. Tun Mahathir seperti resah gelisah dengan perbincangan di dunia internet susulan tragedi ini, apatah lagi pendedahan Rafizi mengenai rancangan Tun Mahathir untuk menggulingkan Najib sempena Kajang Move tempohari..

Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan pendedahan Tun Musa? Ya, hanya Tun Musa dan Allah mengetahuinya... our God!


Memali: Pendedahan Musa Hitam tunjuk wajah sebenar Dr Mahathir, kata Pakatan

Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.

"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.


Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

“Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

“Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya,”
katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Katanya, dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

“BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

“Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya,” katanya.

Naib presiden PKR itu turut tidak melihat tindakan mahkamah sebagai jalan terbaik bagi mendakwa Dr Mahathir selaku perdana menteri memerintah pada ketika itu.

“Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

“Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Dr Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini,” katanya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.
-TMI


17 ulasan:

  1. syaitan tua yg meracau2 di penghujung hayatnya

    BalasPadam
  2. Ada agendanya si mahathir kutey ni..
    Insha Allah akan terbuka kebenaran..

    hikmah insiden mh370 membuka lembaran baru dlm proses pemikiran org muda, yg menguasai fenomena berfikir di luar kotak, bukan hanya menelan bulat2 berita yg disajikan media berautoriti.. rahsia demi rahsia terbongkar selepas insiden tsb.. saya menunggu kalau2 ada pihak berkaitan yg nak dedahkan tentang episod duka peristiwa double 6 .. atau mungkin kematian misteri tun razak.. budak sekolah pun boleh fikir, knp dia kecut perut sgt dgn ledakan maklumat di hujung jari. bkn sebab kecenderungan golongan muda beralih sokongan kpd pembangkang semata-mata...

    BalasPadam
  3. jeng..jeng...jeng.. apa hal takut {gelisah} semacam aje ni....ada makna apa-apa kah..?

    BalasPadam
  4. hikmah insiden mh370 membuka lembaran baru dlm proses pemikiran org muda, yg menguasai fenomena berfikir di luar kotak, bukan hanya menelan bulat2 berita yg disajikan media berautoriti.. rahsia demi rahsia terbongkar selepas insiden tsb.. saya menunggu kalau2 ada pihak berkaitan yg nak dedahkan tentang episod duka peristiwa double 6 .. atau mungkin kematian misteri tun razak.. budak sekolah pun boleh fikir, knp dia kecut perut sgt dgn ledakan maklumat di hujung jari. bkn sebab kecenderungan golongan muda beralih sokongan kpd pembangkang semata-mata...

    BalasPadam
  5. Allah nak beri peluang bertaubat .

    Sebab di padang mahsyar lagi hebat siksaan batin menanggung beban kesalahan di dunia.

    TS Musa Hitam menanggung siksaan batin sekian lama kerna menyimpan rahsia ni.

    Kembalilah pada ALLAH, kita semua ada kesalahn masa muda2 & jahil, tapi kesalahn pada rakyat , agama, negara sangat2 meruntun jiwa tak tentu arah, kalau tak bertaubat.

    Ingat senang ke jadi pemimpin? Nabi saw dah cakap. Tak tau le, kot jenis2 tak percaya pada Nabi saw & quran.

    BalasPadam
  6. Sejarah Melaka jatuh kerana mamak bendahara putar alam? Al kutty

    BalasPadam
  7. Pak tua tak reti nak insaf lagi ko.. payah doh kalu tebal sgt karat umno jahil..padahal ramai gu2 mampus katok..Dia tak ambil iktibar ko ...arielsharon..kamalartatuk mapus hodoh belaka..beghat mu kodin...blh jadi tuhan dah tutup pintu hati dia.gelapgelamat ..teraba-raba hidup ibarat make taik sokmo...takpe pakat tgok lagu mana keadaan dia bila nyawa dok di kerongkong..kalu jatuh mana2 masa tu takdo org ,aku ambik kayu katok....geram org jahat gitu..mek semah lama tk dgr berita...kiut doh kot..

    BalasPadam
  8. bagaimana pula dengan 'rahsia' lahad datu??...apa yang berlaku sebenarnya?...mengapa hishamuddin tidak menganggap 'pengganas' pada mulanya pengganas yang terlibat tersebut???????..malah sanggup untuk berunding???...yang akhirnya menyebabkan kematian anggota keselamatan kita???,,,,,mgkn kah akibat pemimpin lambat @ salah membuat keputusan menyebabkan anggota kita gugur???...

    BalasPadam
  9. " Orang beriman tidak berdusta "

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, allah semakin membuka pekung di dada mahathir

    BalasPadam
  11. Mohon perlindungan allah dari syaitan yang dikenali atau syaitan tidak dikenali atau syaitan disebalik peristiwa memali

    BalasPadam
  12. Dari awal lagi aku tak pernah mempercayai Che Det ni.
    Tahukah saudaraku? Orang "Melayu"lah yang ada paling ramai anak "HARAM"? Salah satu contoh ialah Che Det ni. Ini belum termasuk Noh Mohamed, Kadir Sheikh Fadzil, Sharizat Abd Jalil, Rizal Merizan, .... and the gen. Dalam UMNOlah yang paling ramai anak "Haram" ni.
    Kalaulah keturunan dia pun, dia sanggup berbohong, apa lagi yang dia tak sanggup buat? La ni MB Kedah juga bukan Melayu tulin, hasil kacukan "India/Melayu".
    Maafkan aku kalau kata-kata aku ni bunyinya kasar dan mungkin tersinggung perasaan saudara-saudaraku. Yang penting, maklumat sebenar tersebar.
    Che Det takut dan khuatir dia akan menghuni di Kajang dan sebaliknya Anwar pulak yang duduk di PUTRAJAYA. La ni dia dok ketaq lutut tau.
    Ya, Allah swt, ya Tuhanku, Kau bongkarkanlah semua tipu muslihat dan kezaliman yang dilakukan dek pemimpin "haram" UMNO @ munafikun ni selama ini agar buka mata orang Melayu. Kalau tidak orang Melayu masih dok lena akibat buaian Melayu "haram" tu.
    Ini baru Che Det and the geng, belum masuk puak Indon lagi. Zahid and the geng .....

    BalasPadam
  13. Pendedahan musa hitam tu sebenarnya perbalahan di antara najib dgn medey, kita tengok sudahlah.

    BalasPadam
  14. You are late Musa!
    why allow this to happen?
    Just to cover your ass?
    remember your son and his family died over Highland Tower in Dec 1993?
    Why cant you be more sincere and help build this nation back from disaster?
    Get rid of all foreign workers like in Sime Darby plantations for the very least and Singaporean who own over 80% percent of properties in Nusa Jaya.

    BalasPadam
  15. Assalam tuan,
    Pada 1985 saya menjadi wartawan di akhbar Watan dan antara orang yang mengikuti laporan lawatan Mahathir ke China menerusi berita-berita Reuters, AP dan sebagainya untuk dirujuk dan dijadikan bahan rencana. Saya masih simpan keratan Mahathir dirai oleh PM China pada 20 November 1985 dalam satu jamuan.
    Saya tidak membela Mahathir tapi saya rasa Tun Musa berbohong. Waktu tragedi Memali dia buat statement berapi-api menghentam penentang-penentang kerajaan. Garang sungguh dia ketika itu.
    Saya rasa Tun Musa hendak melepaskan diri daripada rasa bersalah walaupun sebenarnya dia juga turut bertanggungjawab. Mungkin sekarang dia tidak macam dulu lagi yang kehidupannya ketika itu sangat ala Barat. Sesiapa yang dekat dengan dunia politik pada tahun 1980-an cukup tahu perangai dia. Hubungannya dengan Hotel Merlin (kini Concorde) dan Hotel Federal cukup 'luar biasa'. Kerana perangai buruknya juga Almarhum Tuanku Sultan Iskandar pernah murka Tun Musa di hadapan khalayak di Masjid Negara pada hari raya Aidilfitri. Generasi yang berumur 45 tahun ke atas tentu ingat peristiwa itu.

    BalasPadam
  16. tun musa,

    sila bawa kes memali ke perbicaraan biar kita semua tau kebenaran dan kezaliman terhadap waris mangsa terbela.

    tun musa dan mahdey dua2 kena jadi saksi di mahkamah.

    BalasPadam
  17. Mahathir Di KL atau d mana. Tetap dia juga bertanggung jawab. What took s long for Musa to reveal this. Dua dua sama juga. Pesongkan rakyaat. Dan lihat juga cara dan gaya Musa. Sama seperti mahathir. Suka sindir . Ta ada menyesal lansung. Ta timbang rasa. Ta bersimpati. Nak tunjuk bertapa cerdik dia . Itu yang depa suka buat. Mana maruah mereka. Kesian orang melayu. Percaya pada orang seperti ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.