16 Feb 2014

Sepatutnya SPR Yang Perlu Disiasat, Bukan Mejar Zaidi - PAHLAWAN

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

“Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya,” tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.

“Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik,” katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 50 (2) 1972 – tidak patuh kepada Pegawai Atasan dan Seksyen 51 akta yang sama kerana tidak patuh kepada arahan tetap.

Menurut Ahli Parlimen (MP) Lumut Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, ATM tidak mempunyai akta khusus mengenai pengundian awal dalam pilihan raya yang boleh menyabitkan Zaidi dengan kesalahan.

“ATM tiada akta mengenai pengundian awal jadi tak ada kesalahan yang boleh disabitkan dengan Mejar Zaidi.

“Kita pun tak tahu mana seksyen yang digunakan untuk dakwa,”
katanya.

Tambah Imran, perkara ini sudah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini oleh MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar namun tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pahlawan Muhamad Mustafa Ghazanfar berkata dakwaan keatas Zaidi ini seperti cubaan untuk menakut-nakutkan anggota ATM dari melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

“Ini seperti ugutan untuk takut-takutkan anggota dari melakukan perbuatan berprinsip,”
tegasnya.

Pahlawan turut mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada Zaidi untuk menampung kos guaman yang diperlukannya.

6 ulasan:

  1. apa guna ada angkatan tentera kalau ahli politik boleh menjual negara? apa yg tentera buat bila singapura diberi kpd lky? apa yg tentera buat bila pulau batu putih ditawan oleh singapura? kini sbhgn johor akan dijual kpd org asing...

    BalasPadam
  2. Mejar ni kalau nak kerja dengan Emirates ataupun Etihad bila-bila.

    BalasPadam
  3. Inilah contoh pejuang negara, bukan penjual Tanjung pagar dan Batu puteh?

    BalasPadam
  4. Barkata apakah yang paling aula selain daripada berkata benar. Dan memang yang didakwanya adalah benar sbb Datuk Harun Din pun mengalami episod yg sama dan juga buat laporan polis.

    Kepada mereka2 yg terlibat menginaya Mejar ni, korang mestilah bertaubat dan minta ampun kerana mustajabnya doa org yang dizalimi.

    BalasPadam
  5. Yg perlu disiasat ialah SPR bukan Mejor ni.Kalau ada angota PDRM rasuah dan ada orang awam yg nampak buat aduan, siapa yg disiasat? yg dituduh atau yg buat laporan? Jangan jadikan undang-undang negara permainan politik.

    BalasPadam
  6. Malaysia ni pelik....dulu seorang budak bawah umor di rogol oleh seorang pemimpin UMNO...budak itu yang di siasat...konon nya nak memburukkan nama pemimpin UMNO tersebut lah...dan budah itu di sorok kan dari media hingga ke Tg Leman Mersing demi untuk menyelamaqtkan pemimpin UMNO tersebut...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.