2 Feb 2014

[MENGEJUTKAN] Fenomena Melayu Paling Ramai Minta Sedekah / Angpow Di Tokong


pelik, rumah ibadat penuh ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.


“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja. -SH

ULASAN GB

Pendedahan di atas memang mengejutkan. Langkah tokong berkenaan mengagihkan bantuan kepada golongan daif memang terpuji, dan tiada pula niat untuk mengeji dan menghina umat Islam yang beratur sebagai peminta sedekah kerana ada kemungkinan benar bahawa mereka adalah dari golongan yang amat memerlukan bantuan.

Namun satu perkara yang bermain di benak iaitu apakah dan dimanakah peranan MAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama ini?

Ia juga menimbulkan satu persoalan, masjid-masjid pun tidak pernah melakukan untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dilakukan oleh tokong berkenaan.

Dimana silapnya?

17 ulasan:

  1. Beb ke mana pergi wang zakat yang every years kita wajib bayar tu beb? So i tertanya mana perginya beb takkan lu UMNO pun nak pau duit zakat beb untuk big mama belanja???

    Tulah since tempat kejadian berlaku di kedah. Bagus - bagus PR memerintah sana, lu tetap nak pilih perompak memerintah di sana. Walaupun PR memang ada lambat sikit nak bantu golongan susah (apakan daya kerajaan persekutuan UMNO menganak tiri kerajaan yang diperintah PR) tapi at least diaorang akan tunai janji diaorang.

    Kalau UMNO Forever - ever diaorang biar lu all melarat. Tapi dah pilih UMNO untuk memerintah negeri kedah lu all terimalah tahinya yang bakal UMNO berikan nanti.

    BalasPadam
  2. Di manakah letak nya peranan zakat? Jelas sekali, kita hanya Islam pd nama, bukan sebenar2 nya Muslim.

    BalasPadam
  3. KAMU YANG BERCAKAP BERAPI DIATAS TU ADA BAGI SUMBANGAN KE. KLAU TIDAK TAK PAYAH LAH CAKAP, TIAP TIAP BULAN BERAPA BAGI DUIT POKET MAK BAPAK..ENTHAKAN TAK DA..PANDAI BRCAKAP JE LE..

    BalasPadam
  4. MAIK sedang sibuk dengan Program2 oumno..takde masa nak menjenguk rakyat marhaean yang Daif..Rasanya begitulah kot.

    BalasPadam
  5. Nasib melayu di bawah pemerintahan ketuanan melayu.

    Melayu2 jakun masih tak sedar?

    BalasPadam
  6. Sudah berbuih mulut mulut mereka yang "PEKA" memberi tahu bahawa UMNO merupakan satu satu nya pertubuhan yang suka kenghianati bangsa Melayu. Malang nya masih ramai orang Melayu di luar sana seolah olah suka mereka di "PERBODOH" kan.
    Berbalik kepada wang "ZAKAT". Bukan kah wang tersebut di khas kan kepada beberapa asnaf. Salah satu daripada nya adalah untuk membantu mereka yang benar benar memerlukan bantuan. Adakah ia nya di laksana kan? Jawapan nya sudah pasti tidak. Saya berani menyatakan demikian kerana saya punyai bukti, malang nya tidak dapat di hurai kan di ruang yang sempit ini.
    Buat orang orang Melayu sekelian, cari lah jalan untuk keluar dari kemelut yang tidak berkesudahan ini. Contoh mudah ada lah manefisto UMNO/BN pada PRU ke 13 dahulu. Adakah janji itu di "TEPATI", jawapan nya tidak. Kalau tidak mana mungkin harga barang keperluan naik mengila hinzir. Mengapa mesti bersekongkol dengan puak puak yang tidak menapati janji yang telah di buat. Tau kah apa gelaran untuk mereka dan status mereka yang mendokong serta menyokong puak puak ini?
    Terima kasih kepada pehak tokong yang perhatin.

    BalasPadam
  7. Adakah kita xmerasa malu..melayu melarat dinegeri sdri..pusat zakat hy bermefah dgn kutipan dan bukan jumlah yg tlh dibantu hingga klr dr kemelaratan..tidak rase berdosakah pihak yg tlh diberi amanah hy duduk dibangunan selesa ..sdgkan org islam meminta simpati dr belas ehsan agama lain

    BalasPadam
  8. kena ada orang susah baru pemimpin suka, sbb mereka boleh jadi hero. Kalsu semua senang dn jadi orang berjaya nnt jadi negeti Selangor laaaa....semua nk sokong PR.

    BalasPadam
  9. Tahniah !!!!

    Peminta Sedekah ini bangsa Melayu ada mana mana , sedih juga guna budak kechik minta duit dari bangsa Melayu yang sendiri rata rata takde duit tambah pulak kuat sikap kedekut nya.

    Pernah nampak bebudak Melayu belanja makan kengkawan bangsa bukan melayu tak ????

    Bila kedekut inilah jadi nya sebab Allah SWT sendiri tak suka manusia kedekut.....bila Melayu jaga duit Zakat , sama lah kedekut.

    Orang Melayu betul betul jalan hidupnya ada kaya ke ?????

    Jangan tanya bebudak MAIK ke , Zakat ke sebab semua sebul main FB lah..... Cari Janda nak di dating nya.... Apa lagi lah orang Melayu boleh buat , terutama bebudak kat Kampong tu.

    Sedih tetapi itulah akibat semulajadi malas dan benggap.

    BalasPadam
  10. siasat betul2 bro. kadang2 yg minta sedekah ni org2 myanmar. muka mmg mcm melayu. yg dok minta sedekah kat masjid2 sekitar kedah, majoriti org myanmar. harap maklum

    BalasPadam
  11. itu ler masalah nya dgn pihak yg berkuasa.pemimpin mengajak rakyat berzakat tapi mana pergi nya duit zakat.begitu juga duit kutipan masjid setiap Jumaat.khusus nya kutipan yg mingguan nyer beribu ribu.kemana dibelanjakan.boleh kata tiada peruntukan utk golongan susah.budget utk mengindahkan masjid ader plak.tanam bunga bungaan dan pokok teduhan.tu yg pelik nyer dengan fungsi pusat zakat dan masjid.duit zakat dan kutipan jumaat terlalu berkira untuk kerja amal

    BalasPadam
  12. PENGALAMAN SAYA MINGGU LEPAS MINTA ZAKAT UNTUK ADIK ANGKAT YATIM PIATU UMUR 14 TAHUN. TINGGAL BESAMA NENEK UMUR 80.

    KAKITANGAN PEJABAT ZAKAT ALOR SETAR JAWAB BUKAN ASNAF. TAK LAYAK.

    DEPA STAFF PUSAT ZAKAT ASNAF KA?

    PAKAI BAJU KOT, TIE KERETA PAJERO GUNA DUIT ZAKAT.

    LAIN KITA JANGAN BAYAR ZAKAT KAT PUSAT ZAKAT TETAPI BAYAR TERUS PADA PENERIMA ZAKAT

    BalasPadam
  13. Rakyat susah tak perlu sentimen agama dan apa yang mereka perlukan ialah bantuan.Jangan sampai tokong ni pun kena serbu..

    BalasPadam
  14. Kepada yg sudi tolong bagi pencerahan kpada sy yg mualaf ni.. nak tanya boleh tak kalau tak bayar zakat ke pusat pungutan zakat tapi bayar terus kepada fakir miskin? Niat bayar zakat lah. Boleh ke macam tu? Sedekah dan niat bayar zakat. So tak perlu lah bayar ke MUIS lagi nanti kan? Susah la pejabat tu..sy mualaf pun tak pernah terima zakat lagi, alasanya sy ni pendidik so sy tak dapat zakat tapi sbg mualaf sy ada hak kan. Tak apalah, di akhirat nanti sy tuntut hak sy. Tolong beri pcerahan pada sy yg baru belajar agama ni. Thanks.

    BalasPadam
  15. Sebentar tadi 03/02/14 sebelun lunch tpm TS MY melawat memancing undi di sekitar kedai makan Syeksyen 16, Bandar Baru Bangi.......
    So dalam mesra rakyat in TS MY belanja pengunjung di sebuah kedai makan brunch (breakfat and lunch).... Semua pengunjung disitu..... Kosnya RM700++,

    ALANGKAH BAIK TS MY bagi kat orang miskin dalam gambar di atas atau kampung miskin Tembiuh, Semangar, sg telur, Teluk Sengat, Kg Simpang, Sedili Kecil dan banyak lagai di Johor tu, DARIPADA BELANJA ORANG MAMPU DI BBB.....

    KAN KAT TV KATA SECAWAN KOPI & NASI LEMAK, RASUAH NAMANYA..........

    TS MY ni lebih teruk dari KATUN dalam TV tu.....

    BalasPadam
  16. Itu yg depa kata prk membazir duit rakyat. Siapa yg bazirkan?

    BalasPadam
  17. Inilah dikatakan gajah depan mata tak nampak tetapi kuman di seberang laut nampak jelas.

    Kita dok sibuk membantu masyarakat luar negara dengan jumlah berjuta-juta tetapi dalam negara sendiri ramai lagi orang miskin tegar. Masih ada tanpa rumah dan pekerjaan tetap.

    Maklumlah dalam negara tak ada glamour dan nama. Kalau derma keluar negara ada glamour dan nama siap dapat melancong percuma.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.