Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Islam
Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.
Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu.
"Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya.
Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli parlimen itu.
"Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli parlimen maka dilepaskan," katanya. -TMI
ULASAN GB
Polis berdiam sajakah walaupun dicabar di depan mata?
Adegan di atas jelas menunjukkan kumpulan tersebut meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, senang-senang nak tampar orang lain, senang-senang mahu melakukan jenayah tanpa sebarang tindakan.
Sedangkan video Teresa Kok yang berupa sindiran jenaka yang belum terbukti ada unsur jenayah telah dibuka kertas siasatan oleh pihak polis.
Namanya "pertubuhan Islam" tetapi perangainya lebih teruk dari kafir yang dikutuknya itu.
Sekali lagi integriti dan kredibiliti polis dipersoalkan dan tercabar. Jika selama ini, perhimpunan aman melibatkan Pakatan Rakyat terus saja dikenakan tindakan siap dengan menghantar FRU tetapi jika perhimpunan-perhimpunan yang melibatkan UMNO BN sekalipun ternyata berbaur hasutan dan menyemarakkan api perkauman, polis berdiam diri.
Jika senario hodoh ini berterusan, Menteri KDN dan Ketua Polis Negara perlu letak jawatan atau hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Yang bersalah pasti menerima hukuman daripada"Nya".
Jangan buat malu Islam.
BalasPadamIni bukan islam bai, ini agama melayu hehehe
BalasPadamnama ngo islam, orang islam akhlaknya mulia, bukan macam kamu semua, akhlak macam syaitan. Inilah manusia yang ditarbiah oleh umno selama lebih 60 tahun. akidah longgar, akhlak hudoh, ilmu cetek, amal tak setaramana, tapi nak tunjuk hebat, konon nak bela melayu, nak bela negara, nak bela agama. Inilah aset umno, yang bodoh dan sanggup diperlembukan pooooodaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh.
BalasPadamKita jgn jadi bodoh macam umngok tu..... jgn dok offer hadiah unt sesiapa yg boleh tampar shahrizat kerana NFCnya..... atau sesiapa yg boleh ludah kat najib kerna seksa rakyat dgn kenaikan harga minyak...... jgn jadi bodoh macam pencacai
BalasPadamJangan mengaku NGO Islam. Lebeh baik mengaku NGO Yahudi. Jangan mencemarkan nama Islam
BalasPadamSalah guna agama,salah guna syariat kerna sembelihn utk apa? jawab depn Allah swt nnti,salahguna usia tua tunjuk contoh x baik pd anak2,cabar undang2 n polis,salahguna nama DYMM Agong,nak cetuskn peristiwa brdarah dan lain2 lgi salahguna n salah......."cerdik x boleh diikut,bodoh x boleh ditegur".
BalasPadamini lah melayu tanpa Islam...melayu yg membawa rebah...
BalasPadamBangsaku yg kurang ilmu..muga Allah beri hidayah kpd mrk semua.
BalasPadamoffer sama kasi tampar yg pengang poster itu....kasi rm 5000 yg bole tampar mamat ni
BalasPadamIni ajaran agama pagan main sembelih2 ayam dan taroh darah la pulak. Jahil dan jauh dari akhlak islam.
BalasPadamini barua barua ngok yang memalukan Islam ! ABU !
BalasPadamMemang benar kata Tok Ketua Kerling depa, Mahathir. "Melayu" mudah lupa.
BalasPadamSejarah telah menunjukkan Melayu mana yang mengkhianati Hak Istimewa Melayu (mengambil tanah rezab Melayu dan dijual kepada orang bukan Melayu, lepas tu salahkan bukan Melayu pulak), mengurangkan Kuasa Raja-raja Melayu dan biadap terhadap Raja Melayu sehingga raja digelar binatang, Membunuh umat Melayu semada fizikal (memali) atau rohaniah (merobohkan masjid/surau), ....
Tidak menghormati Melayu???? Melayu mana???? Melayu UMNO kot sebab memang depa tu keturunan paria (kan keturunan eeeeeeeeeeeeeeee). Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Inilah parasit yang bukan sahaja tidak membawa kebaikan kepada agama Islam tetapi menambahrosakkan nama baik dan integriti Islam.
Penyalahgunaan samada kuasa, agama, ketuanan Melayu, ... perkara biasa bagi Melayu UMNO tapi dituduh orang lain yang berbuat sedemikian. Dasar munafikun.
Polis????? Dimana kau Polis???? Khalid kat mana???? Dah banyak kali dah Polis tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab. Lepas ni, jangan dok sembang besar. Ada rupa dan semangat eeee nampaknya polis hari ini. Jangan-jangan keturunan eeeeeeeeeeeeeUMNO juga atau memang pun ......
tuan igp....bole ker berhimpun ramai ramai macam tu.ader permit ker tuan igp.he.he.he.malaysia boleland.
BalasPadambarua2 apco yahudi laknatullah ni patut dikuarantin di pusat pemulihan akidah seumur hidup.....selagi barua2 ni berlindung hanya pada umno,mereka akan terus sesat dari dulu, kini dan selamanya.
BalasPadamumno bukan parti islam dan bukan parti melayu dahhh....
BalasPadamBeb we all takkan bertolak ansur dengan semua kesalahan yg dibuat tak kira PR mahupun UMNO. Tapi kalau tegur sikit lu dah nak mengamuk, macam mana nak maju ke depan beb sebab org yg berjaya adalah org sangup terima teguran org dan perbaiki kelemahan yg ada diri sendiri.
BalasPadamTapi apakan daya, umat melayu katakan. TERBAIK DI DUNIA tapi di mata allah s.w.t lu adalah TERBURUK DI DUNIA dan dilaknat oleh semua makhluk di muka bumi ni. Stop it, kembalilah kpd pangkal jalan dan kembalilah kpd fitrah manusia bhw manusia ini adalah lemah dan yg perfect hanyalah dari allah s.w.t.
Limau Perut,
BalasPadamTiga Serangkai,
Buta Perut,
Tak Dak Akai...
Bg malu atas nama ISLAM...setuju nie bukan agama Islam...nie agama Melayu...podahhhhhhh..
ngo islam? perangai lebih hina dari kafir mengaku ngo islam...haprak...memalukan dan memualkan...muntah dengar mengaku sebagai ngo islam...yg comfirm ngo melayu haprak..
BalasPadamDunia akhir zaman, dah tak bolih nak beza, mengaku ISLAM tetapi bongok lebih dari kaldai, tidak ada unsur dakwah, provokasi yang keterlaluan, sebab tu org tak percaya kepada UMNO,. melampauuuuuuuuuuuuuuu.
BalasPadamIni lah meLAYU...dieorg tak sedar ke perbuatan dieorg nie mendatangkan Fitnah terhadap Islam! Kalau betul nak bangsa lain respect kepada meLAYU...tegakkan lah Islam diatas jalan kebenaran...jgnlah menybabkan Islam itu difitnah...!
BalasPadamBoNGOk punya meLAYU.....mengaku Islam pulak.... kan lebih baik kumpul di mesjid, solat berjemaah....berdoa untuk kesejhteraan umat...
BalasPadamKalau engkau betul betul berani engkaulah pergi tampar muka Teressa Kok tu, kenapa nak suruh orang pulak...kerja bodoh dan sia sia jer, disebabkan nak dapat rm 1200. Lepas tu kena saman berpuluh ribu kena penjara susahkan anak bini dan keluarga jer. Hanya orang bodoh dan binggung jer yang nak buat kerja bodoh ni. Daripada bagi orang rm 1200 tu lebih baik kau dermakan dekat umat melayu fakir yang merempat dikaki kaki lima yang takde agensi kerajaan nak bela tu. Dapat juga pahala akhirat untuk bekalan kau menghadap Allah nanti.
BalasPadambodoh sangat sampai nak bagi upah menampar orang.Dahlah upah pun menaik macam kenaikkan kos sara hidup.
BalasPadamawat hangpa tak pi tampaq sendiri...dapat jugak duit..depa tau kalau tampaq depa nak kena naik mahkamah...hangpa ingat org bodoh mcm hangpa..piiirrraaahhhh
BalasPadamKORANG CUBA LER TAMPAR...
BalasPadamAKU NAK TENGOK...
AKU TAK BERANI BEB...
DAPATNYER RM 1200.00 JER...
TERESA KOK SAMAN AKU BALIK RM 1 JUTA MANA AKU NAK CEKAU...
DAH LER TU...KENA PENJARA SEBAB SENGAJA MENDATANGKAN KECEDERAAN...
LU ADA BERANI BEB....?????????