11 Feb 2014

[EDISI PELIK] Yang Tawar Buat Ancaman Tak Disiasat, Pelakon Video Pula Yang Dikejar

Polis belum lagi bertindak terhadap sekumpulan individu yang menggelar diri mereka 'Majlis NGO Islam', yang menawarkan ganjaran RM1,200 terhadap mereka yang berani menampar Kok.

Hanya di Malaysia, polis mengejar pelakon video, bukan samseng

Ada masanya polis sungguh cekap, seperti hari ini apabila mereka memanggil pelakon wanita untuk memberi keterangan tentang peranannya dalam video kontroversi Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ada masanya pula polis seakan-akan meleret untuk menyiasat jenayah seperti majlis NGO yang menyembelih dua ayam dan menumpahkan darah serta menawarkan ganjaran RM1,200 kepada orang pertama yang dapat menampar Kok.

Bagaimana pula dengan tugas polis yang sebenar, seperti memastikan kawasan awam aman dan selamat daripada samseng.

Tidak, sebaliknya, polis ingin menyoal Lim Ching Miau, 32, di ibu pejabat polis esok kerana klip video 11-minit yang memaparkan Kok sebagai pengacara feng shui menemu ramah tiga orang panel, membuat jenaka berhubung beberapa isu, termasuk sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan pengganas di Sabah tahun lepas.


Ahli Parlimen DAP itu sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan menggalakkan orang awam melakukan kerosakan awam, dan Seksyen 233 (1) (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Akta Multimedia bagi salahguna rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Yang peliknya, polis belum lagi memberi status laporan ke atas mereka yang menawarkan ganjaran untuk menampar beliau, sesuatu yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, katakan sebagai ancaman tidak serius.

Adakah beliau dan pihak polis sedang menunggu jenayah berlaku sebelum mengambil tindakan?


Atau ini disebabkan tiada lagi undang-undang pencegahan tahanan untuk digunakan daripada membuat penyiasatan sebenar seperti anggota polis di seluruh dunia sering lakukan?

Ataupun sebenarnya, berlakon dalam klip video, sudahlah tidak kelakar, adalah jenayah yang lebih serius daripada menghasut orang ramai untuk menampar seseorang?

Dalam negara mana-mana pun, memanggil pelakon tersebut untuk memberikan keterangan akan dilihat sebagai satu intimidasi.

Tetapi polis sepatutnya ingat satu perkara: rakyat Malaysia tidak lagi takut dengan ugutan atau intimidasi.

Parodi dan video satira politik akan terus dimuatkan di Internet, dan meletup - walaupun tidak disukai mereka yang dikritik secara terbuka dan mereka yang senang terasa dengan apa-apa yang mereka tidak persetujui.

Pihak polis sendiri patut melihat bagaimana tidak munasabahnya mereka menyoal orang yang terlibat dalam klip video atas dakwaan fitnah atau hasutan, daripada mencegah jenayah di luar sana.

Mereka juga akan melihat betapa ia tidak masuk akal bagaimana mereka belum lagi bertindak atas laporan polis terhadap ahli protes yang mengugut Kok, walaupun mereka sudahpun mengklasifikasi kes itu di bawah Seksyen 505 (c) untuk kerosakan awam dengan tujuan menghasut sesiapa untuk melakukan jenayah ke atas orang lain, serta Seksyen 506 untuk jenayah ugutan.

Rakyat Malaysia perlukan pihak polis yang tertumpu kepada pencegahan jenayah, bukannya lakonan yang teruk. -TMI

Pelakon video Teresa Kok beri keterangan polis esok

Pelakon dalam klip video Teresa Kok, 'Onederful Malaysia CNY 2014' adalah yang pertama dipanggil polis untuk memberikan keterangan ke atas penglibatan beliau dalam klip video yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Dipercayai pelakon tersebut, Lim Ching Mau akan berjumpa dengan polis esok di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) pada jam 2 petang untuk memberikan keterangan.

Kok melakonkan watak sebagai pengacara rancangan feng shui dan menemubual tiga ahli panel, termasuk Lim dalam klip video Tahun Baru Cina tersebut.

Tiga ahli panel itu mempersendakan pelbagai isu, termasuk isu keterangan sistem pendidikan Malaysia dan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah tahun lalu.

Kok sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kerosakan awam dan Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia.

Lim, 32 tahun, memberitahu portal berita Malaysiakini bahawa beliau memainkan watak Lydia Shum, pelakon daripada Hong Kong, dalam klip video tersebut.

"Saya rasa rupa saya seiras dengan Lydia... saya menonton beliau sejak kecil lagi," katanya.

Beliau menambah, beliau sudah kehilangan banyak kerja lakonan berikutan kontroversi klip video Kok.

"Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin, saya kehilangan dua kerja dan kerja lain pula ditangguhkan. Ini menyebabkan saya kehilangan beberapa ribu ringgit," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata polis akan menyiasat klip video tersebut dan memutuskan sama ada ia merupakan hasutan atau fitnah.

Beliau menambah, sekiranya didapati bersalah, tindakan relevan akan dikenakan terhadap Kok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa polis menerima sebanyak 300 aduan terhadap Kok tentang klip video tersebut.

"Kita sudah memulakan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara ini.

"Kita akan mengumpulkan dan meneliti semua laporan yang diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Klip video yang berunsurkan satira politik itu dimuat naik ke laman maya pada 27 Januari lalu.

Beberapa NGO Islam dan menteri Kabinet mengkritik video tersebut dan mendakwa video itu menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang masih belum menonton video tersebut, mengatakan bahawa Kok mempermainkan insiden pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Sulu yang mengorbankan 10 polis dan tentera Malaysia.

Bagaimanapun, polis belum bertindak terhadap sekumpulan individu yang menggelar diri mereka 'Majlis NGO Islam', yang menawarkan ganjaran RM1,200 terhadap mereka yang berani menampar Kok.

Ahli Parlimen Seputeh itu serta penyokong beliau membuat tujuh laporan polis, Jumaat lalu, kerana bimbang atas keselamatan dirinya.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain, dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata tiada siasatan lanjut diperlukan oleh polis, kerana tindakan NGO tersebut bukan satu ancaman.

"Tamparan bukan satu ugutan. Jika mereka mengugut untuk membunuh, maka ia satu ugutan," katanya.

NGO tersebut merancang untuk menganjurkan satu lagi protes jika ahli politik tersebut enggan mengubah sifat cauvinistik mereka.
TMI (10.2.2014)


Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon
Pelakon yang membawa watak Puan Kat dalam klip video kontroversi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak gentar walaupun telah diminta untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 2 petang, esok.

Artis tersebut, Lim Ching Miau berkata, dirinya tenang walaupun kali pertama dipanggil untuk membantu siasatan di balai polis.

"Saya sebelum ini hanya melaksanakan peranan sebagai seorang pelakon (dalam klip video), jadi tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan.

"Saya juga akan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan membantu siasatan polis," kata pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai Miau Miau.

Menurutnya, seorang polis berpakaian biasa pernah berkunjung ke rumah lama dia pada pukul 11 malam sebelum ini tetapi perkara itu hanya dimaklumkan kemudian oleh jirannya.

"Apabila dimaklumkan mengenainya, saya rasa kurang selamat kerana memikirkan kes-kes penyamaran polis yang pernah berlaku sebelum ini.

"Selepas mengenal pasti bahawa polis yang mencari, maka saya dapat menguruskan apa yang berlaku secara tenang," katanya.

Ditanya sama ada kesal kerana menerima tugas dalam klip video Teresa, Miau Miau berkata, apa yang dia lakukan hanyalah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelakon profesional.

Dalam pada itu, portal Malaysia Kini melaporkan Miau Miau menafikan dirinya membawa watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika melakonkan Puan Kat (Puan Ji dalam Mandarin) dalam klip video Teresa.

Miau Miau sebaliknya menyatakan dirinya sedang menyamar mendiang Lydia Shum iaitu seorang pengacara, penghibur dan pelakon Hong Kong yang terkenal dengan nama samaran Fei Fei (gemuk-gemuk).

"Saya tidak faham kenapa ia akan menjadi Rosmah, saya rasa diri amat menyerupai Lydia. Saya menonton rancangan Lydia sejak kecil lagi," katanya.
MG


8 ulasan:

  1. polis pun dah jadi biul dek makan taik umngok...

    BalasPadam
  2. Inilah kehebatan, kesyumulan Islam Melayu..islam baka, islam keturunan..

    BalasPadam
  3. Selagi sanggup mencacai sentimen bangsa agama modal umngok selagi itulah tak salah mengikut undang2 umngok.

    BalasPadam
  4. Pelakon pelakon yang buat fitnah bangkang dari longkang tak nak siasat kewwww? Pffftt

    BalasPadam
  5. Mapus..!! .polis pun pakat nak jadi gila habis..payah !!kalu dah tmasuk dlm tong taik umno..lazat maksn ulat taik..

    BalasPadam
  6. Polis oh polis, we all bayar lu untuk jaga keselamatan. Bukan jaga keselamatan UMNO beb. I nak ingat sikit pd PDRM sebab gaji lu dibayar dari hasil cukai yg dipungat dari rakyat. So, rakyat adalah bos bukan UMNO dan UMNO hanya kuli sahaja.

    BalasPadam
  7. Jabatan agama islam,mufti dan KDN hanya menjuarai undang2 yang dibuat manusia sahaja.Apakah sembelih ayam untuk tujuan sia-sia dan menawar upah untuk menampar perempuan itu halal disisi agama islam? kalau halal apa dalilnya dan kalau haram apa hukumnya?

    BalasPadam
  8. Lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah macam-macam sudah jadi.PDRM sudah jadi teruk jadi kuda pacuan UMNO, Mahkamah sudah jadi kangaroo court, jabatan pendaftaran sudah jadi pengkianat negara bagi ic kpd PATI, berbillion wang negara lesap keluar negara tanpa kawalan, mufti sudah jadi nyanyok dan menteri-mentri kabinet cakap merapu.Rakyat hidup sempit tahun demi tahun manakala anak-tiri PM beli kondo mewah diNew York dan Hollywood serta belanja besar buat film lucah.Kemana UMNO nak bawa Malaysiaku ini?


    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.