Melaka: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.
Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka. Gambar hiasan.
Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.
Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.
Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.
"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.
"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.
Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.
"Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.
"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal. -mstar
ULASAN GB
Nampaknya semakin ramai orang yang yang "longgar skru dalam kepala"nya menuntut hak kesultanan Melaka di zaman Idris Harom mengambil-alih kerajaan negeri Melaka.
Apakah ini juga memberi erti bahawa kerajaan negeri Melaka sekarang ini dipimpin oleh kalangan yang serupa keadaannya? Wallahu alam....

Dulu Sultan sekarang Permaisuri punya turn lagi. Haiz pening rakyat Melaka dibuat sebab benda ni muncul masa UMNO memerintah. Mungkin perlu yang PR memerintah baru benda non sense ini tidak muncul sebab PR mungkin akan ambil langkah pencengahan awal sebelum perkara ini terjadi bukan macam UMNO yang suka last minute baru bertindak.
BalasPadamwoi maisuri Sharifah Norlaini daun kesum...hang panggil angun hujan ribut pa benda. penuhkan stadium bukit jalil ngan duit la...hahahaha
BalasPadamDiversion tactic
BalasPadamSetuju beno dgn hais. Last minute action memberi ruang pada si longgar skru nie buat macam2 accusation. Hutan setebal-tebal kat malaysia nie taknak pulak dorang claim. ingat senang ke nak jadi sultan. Baginda sultan di malaysia nie pon bukan calang2 punya background. Nie SPM pon gagal, silap2 takde sekolah ada hati nak jadi raja. Buka kedai tomyam jer la.
BalasPadamkalau rajin layan je le, mane le tahu kot2 mereke memang betul2 drp keturunan raja Melaka.....hehe
BalasPadamskru kepala longgar.... hahahah nice term by GB
BalasPadamZaman meleset lani, masing masing nak cari duit. Kalau dapat jadi sultan kan dapat duit.
BalasPadammohon permaisuri kuasa alam maya ^$#$%#%$(& magi power kat team bola melaka smpi blh juara kat champion league..hehe
BalasPadamAgknya btl apa yg GB kata, skru dh longgar..xterpikir ke siapa sebenarnya yg menurunkan hujan semua tu...
BalasPadamkalau dh ada kuasa kasi ribut taufan knp masa zaman melaka diserang portugis dulu x di hantar ribut tu ?? kah kah kah.. sejarahnya raja melaka dan pembesar2 nya yg lalai dgn kuasa yg menyebabkan kesultanan melaka hancur.
BalasPadambole pangil ribut dll amacam la ni semua orang dok pening ngan kos sara hidup tolong panggilkan RM$ dan yg sewaktunya banyak2 stingggi dan sebesar gunong ledang boleh buat kebajikan tolong orang susah dak spt pemimpin yg ada lain janji lain cakap debu pon tarak
BalasPadamMacam storm dalam cite x men je.. Pengaruh komik nih..
BalasPadamGambar hiasan lagenda Ratu Pantai Laut Selatan. Artis Indonesia Jupe mengaku keturunan dari Rtu Pantai Laut Selatan. Kononnye!
BalasPadaminilah masalah kerana pemimpin diberi kemewahan dn kuasa utk buat apapun mengikut nafsu. maka semua ulat2 pun nk jadi pemerintah(raja dan pemerintah).
BalasPadamkalaulah pemerintah mesti berkorban utk rakyat dn mengikut kaedah pemerintahan Islam, sudah tentu semua tkmo jadi pemerintah.
adakah Nabi saw ugut minta ribut petir kerana dia tidak diikuti? bukankah Baginda saw mendoakan kebaikan utk org taif yg mencederakan Baginda saw?
maka bandingkanlah diri kamu wahai yg mengaku sultan melaka.. dn juga mereka yg sedang memerintah negara ini. jauh sungguh kamu dengan ajaran Nabi saw.
kan elok sumpah ribut petir kat Israel atau balakan bashar assad dan syiah yg sesat dn zalim itu?
agak2 sapa dalang mereka ni kan? kiram juga kot? elok siapkan replika balai rong di muzium melaka dan minta dia tu duduk sana setiap hari muzium dibuka utk orang ramai tengok.
kalau permaisuri boleh turunkan harga petrol dll. boleh turunkan umno dpd pemerintahan....... yes kita sokong dia jadi sultan.
BalasPadamkena berjasa kepada rakyat baru rakyat sokong dn sayang.