Parit Buntar - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini. Gambar: Liza menunjukkan buku rekod kesihatan bayi dan ibu mengandung serta salinan imej bayinya melalui pengimejan ultrasound kepada media di rumahnya di Parit Buntar.
Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.
“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.
“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.
“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.
“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.
Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.
Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.
“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.
“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.
Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.
“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya. -SH
ULASAN GB
Di dalam Ilmu Tauhid, itulah yang dinamakan sifat QUDRAT Allah Ta'ala - Sifat ini menunjukkan Allah s.w.t. berkuasa pada setiap sesuatu yang mumkin. Bahawa Dia berkuasa mengadakan dan meniadakan tiap-tiap suatu tanpa memerlukan sebarang alat dan bahan.

tak perlu pergi cari bomoh atau cara tradisional, dah doktor perubatan dah doktor perubatan sahkan janin hilang sebab mengecut, kena redha. Dari sudut perubatan mungkin ada keadaaan mcm tu dgn sebab2nya.
BalasPadamada hikmah di sebalik semua tu, macam jugak org gugur, ada sebab mungkin anak tu lahir nnti cacat atau badan siibu tidak dpt cukup sihat untuk kehamilan tersebut. Aada hikmah disebalik tiap ketentuan Allah. jgn sebab ujian sebegitu jadi syirik, pegi cari bomoh dan percaya org bunian curi anak pulak.
bukanlah tak bersimpati pd bakal ibu dan bapa tersebut tapi bila ditimpa musibah atau ujian, Islam suruh sabar dan redha. Allah akan bagi ganjaran yg besar. Suami tersebut kena bagi sokongan kpd isterinya yg agak emosional.
Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.
DONT WORRY JUST DO IT AGAIN.. I AM SURE U LIKE IT.
BalasPadampernah ada pendapat mengatakan yg dikatakan kandungan itu sebenarnya air atau apa saja la benda lain.
ade yg kata bayi dicuri bunian.
semua biasa berlaku.
Di Endau Johor bayi dah 8 bulan hilang dalam kandungan. Ini cerita 5 tahun lepas. Semua orang endau tahu. Hal ini biasa terjadi di mana2. Harap bersabar serahkan kpd Allah swt.
BalasPadam