Satu lagi laporan polis dibuat oleh Jingga13 terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta Himpunan TURUN sebagai ‘Penderhaka kepada kerajaan, dihalalkan darah dan bughah (pemberontak)’.
Laporan polis dibuat oleh sdr Mohd Nizam bin Che Mohamad Ali, Koordinator Jingga13 Kelantan bertempat di IPD Pasir Puteh, Kelantan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Sebelum ini pada hari kelmarin, Jingga13 telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa dalam laporannya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi waktu itu berkata, kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria itu berbaur hasutan untuk membunuh.
Beliau menggesa Harussani disiasat bawah Seksyen 503 dan 505(c) Kanun Keseksaan atas dakwaan menakutkan secara jenayah dan khianat awam dengan mengapi-apikan golongan tertentu.
"Mufti Perak seharusnya sedar perhimpunan itu adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan segala kos sara hidup yang bakal ditanggung rakyat dalam tahun 2014.
"Justeru, kenyataan beliau merupakan satu hasutan dan dorongan untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terutamanya terhadap mereka yang hadir pada di perhimpunan aman itu," katanya.
Beliau merujuk kepada berita "Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah" yang disiarkan Malaysiakini dengan memetik kenyataan asalnya dalam akhbar Berita Harian.
Berita Harian telah melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
Fariz turut menggesa Harussani agar meletakkan jawatan kerana kenyataannya itu mencemarkan nama baik institusi mufti.
"Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak kerana kini dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," katanya.
saya takut sekali di m'sia pak.. kok buat bantahan harga barang naik pun bisa jadi 'civil war' perang saudara gitu. baik pulang indon aje dong.. negaranya tegas lg pemimpinnya juga bermaruah hinggakan Australia pun tunduk pak.
BalasPadamkalau peserta DEMO dikatakan sebagai pemberontak (BUGHAH) dan kalau kerajaan yang menzalimi rakyat dikira macamana pulak yea? ingatan aku kepada semua MUFTI-MUFTI, awak semua diberi TANGGUNGJAWAB oleh rakyat untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan demi kebaikkan semua termasuklah PEMERINTAH, jadi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau FATWA, siasat dahulu, jangan bertindak membabi-buta sahaja. Nescaya ALLAH turunkan BALA kepada MUFTI-MUFTI sekalian kerana BERSEKONGKOL dengan SYAITAN yg dikenali. Tak guna jadi MUFTI dengan gaji dan elaun yg tinggi tapi MARUAH nya rendah lebih hina dari anjing dan khinzir.
BalasPadamDengan memanggil bughah kpd himpunan di Dataran Merdeka amat di kesali. Saya juga terus teruja dgn Harrussani yg berpolitik lebih kuah dari sudu. Jika rakyat yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam bolihlah di samakan dgn 'bughah'. Tapi jika kerajaan zalim dan khianat kpd rakyat harus ditentang. Itu pra syaratnya.
BalasPadam