Simbol 4 jari ala penunjuk perasaan di Mesir menular ke Arab Saudi. Namun simbol itu bukan menggambarkan sokongan kepada Muhammad Mursy dan Al-Ikhwan, melainkan mengajak untuk poligami.
Dilaporkan oleh Saudi Gazette (25/10/2013) dari laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, sejumlah mahasiswi perguruan tinggi di Arab Saudi melancarkan kempen di laman microblogging Twitter, mengajak para lelaki yang mampu secara fizikal dan kewangan agar memiliki isteri lebih dari satu.
Seperti biasa, kempen itu mendapat pujian, kritikan dan pastinya ejekan dari pengguna Twitter.
Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa berkahwin 4 isteri akan mengurangkan jumlah wanita tunggal di usia matang, di mana menurut sebuah laporan tahun 2012 angkanya sudah melebihi 1 juta di Arab Saudi.
Namun menurut pengguna Twitter bernama Sultan al-Subaie, lelaki yang sudah berkahwin satu isteri sebaiknya tidak menikahi wanita lain lagi, sebab hal itu akan menimbulkan banyak masalah dalam rumah tangga yang sebenarnya tidak perlu ada.
Selaras dengan pemikirannya, pengguna Twitter lain menambah, seorang lelaki hanya boleh menikahi isteri kedua jika dia yakin dapat memperlakukan keduanya secara adil.
Sami al-Dandashi melihatnya agak berbeza. Menurutnya, misalkan seorang lelaki beristeri 4 dan masing-masing punya dua anak sehingga total 8 anak, maka negara Saudi akan menghadapi masalah kelebihan jumlah penduduk.
"Perawan tua mungkin akan dapat diselesaikan, tetapi masalah kelebihan penduduk akan meningkat," ujarnya.
Sebuah kajian tahun 2011 oleh Kementerian Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi menunjukkan bahawa wanita usia di atas 30 tahun yang belum berkahwin jumlahnya mencapai 1,529,418. -diyatullah.com
Jangan sampai kangkung tahu....
BalasPadamApa - apa pun beb, jangan lupa beb perkhawinan sahajalah adalah satu - satu cara untuk mengatasi masalah maksiat di Malaysia yang meruncing beb.
BalasPadamTapi apakan daya Menteri Wanita dalam UMNO of course akan membantah sebab diaorang guna kitab agama melayu dalam menghuraikan masalah ini beb.