16 Jan 2014

Aiiiik, Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

ULASAN GB

Penyakit "kangkung" nampak sudah merebak luas. Bukan setakat kita ada PM Kangkung, menteri kangkung, parti kangkung, professor kangung, pegawai-pegawai kangkung, akhbar dan tv kangkung, blogger & fbookers kangkung, kini sudah ada Suruhanjaya Kangkung dan ISP Kangkung!

Jawapan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman terhadap kegagalan orangramai mengaksas #BBCTrending sejak malam tadi cukup meragukan. Katanya:

ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Jawapan kangkung dari seorang pegawai Suruhanjaya Kangkung!

Dia ingat pelayan komputer yang digunakan oleh BBC sama seperti pelayan-pelayan yang digunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia atau yang digunakan oleh SKMM dan TMNet. Cukup kelakar apabila orang yang buta IT cuba memberikan jawapan mengenai IT kepada rakyat yang kebanyakan sudah celik IT.

Sekarang mengapa pula sudah boleh diakses? Kerana dah kena hentam cukup-cukup di alam siber baru tengadah dan ternganga?

hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Lagi disekat lagi banyak penghebahan tentang kangkung disiarkan di alam siber. Hari ini akhbar online Indonesia yang terkenal, kompas.com turut menyarkan berita tentang PM Kangkung kita.


PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal Kangkung


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan ”Keep Calm and Eat Kangkung”.

Sebagian pengguna lain membuat akun ”Hari Kangkung Sedunia” di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

”Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil,” ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)
-kompas.com


11 ulasan:

  1. hanya di malaysia ada menteri kangkung,profesor kangkung,koporat kangkung & segala maknenek kangkung,dari atas sampai bawah kangkung sampai jadi akal penyokong 47% kangkung ! ABU !

    BalasPadam
  2. Kebenaran akan terzahir dan kebathilan akan kecundang...buat lah macamana sekalipun..kehenddak Allah tidak bolih kita halang.. ingat lah jika jadi pemimpin biar lah beradab dengan rakyat. naik nya pemimpin kerana rakyat...ingat tu...

    BalasPadam
  3. Sebentar lagi Pihak BBC akan bantai balik SKMM yg menuduhnya berbuat demikian.Lepas tu banyak lg Kangkung2 akan bela SKMM/NAJIB Kangkung.Nampaknya tersohor sungguh Kangkung diera 2014.
    Kat RTM/TV3 mereka yg ada Diploma/Ijazah sdh jadi bodoh.Tak guna 1 sen pun ilmu yg dipelajari bertahun2.Makan Kangkung lagi baik drpd jadi Pencacai Kangkung(Umnoo).

    BalasPadam
  4. Lepas ini Dewan Bahasa akan mengharamkan perkataan kangkung tu. mungkin ini satu pendapat yang kangkung.
    :-)

    BalasPadam
  5. macam mana nak menanam kangkung?

    BalasPadam
  6. Apa nak dihairankan beb. Sudah menjadi amalan kerajaan kasih jawatan alah backdoor lebih - lebih lagi anak anak menteri, suku sakat keluarga menteri dan kalau boleh kekosong di SPA diisi oleh keluarga dan suku sakat cucu cicit menteri beb.

    Maka lahirlah pekerja kangkung yg buat pekerja macam pelawak dan badut mengalahkan badut mcdonald dan peserta maharajalawak beb. If kerajaan jujur ambil pekerja ikut saluran betul perkara begini takkan berlaku. Tapi dah menteri kasih anak diaorg kerja alah backdoor tak payah interview atau kalau adapun sekadar lakonan shj, org bawah dalam kerajaan takpayah dicakap of course akn buat perkara sama mcm ketua diaorg.

    Dude macam ini lu nak atasi masalah pengangguran beb sedangkan lu utamakan pelajar yg berkelulusan kangkung utk dapat kerja sedangkan yg sah mempunyai kelulusan yg sesuai lu tak kasih diaorg kerja. Foreverlah jawatan penting kerjaan diisi oleh pekerja kangkung selagi pm kangkung yg memerintah.

    BalasPadam
  7. org2 yg bertanggungjawab ke atas it ni aku ingat pandai2 semua..rupa2 nya ijazah dari prof2 kangkung jugak yer...

    BalasPadam
  8. Kes Najib ini sudah tak boleh repair lagi. Kalau Kangkong sudah busok, buang aje dalam Tong Rosak !!!

    BalasPadam
  9. Teruskan berkangkong.

    BalasPadam
  10. Sapa nk jd popeye bolehlah mkn kangkung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa nak jadi Doraemon boleh tolong masak kangkong.

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.