6 Dis 2013

Dia Ingat Duit BR1M Mak Bapak Dia Punya!


Seorang lagi pemimpin “cap ayam” dalam Umno – Shahbudin Husin

Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung Umno petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.

Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.


Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung Umno atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, maka seharusnya mulai tahun depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang Umno atau wang daripada poket Najib.

Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong Umno dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.

Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong Umno dan BN saja.

Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong Umno dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu. Dengan masih ada pemimpin Umno yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam Umno sekarang ini. Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin Umno yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihan raya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin Umno yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.

Dengan Najib sendiri mengakui bahawa PRU14 makin sengit dan mencabar berbanding PRU13 lalu, terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam Umno, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihan raya nanti.

Jika tidak, kita akan terus mendengar kenyataan-kenyataan pelik, aneh, tidak masuk akal dan gila selepas ini. – shahbudindotcom

ULASAN GB

Apa yang sdra Shahbudin sampaikan itu sudah cukup jelas dan terang. Wang BR1M yang digunakan adalah wang seluruh rakyat Malaysia, bukan wang Najib, bukan wang UMNO/BN.

Perwakilan UMNI itu sangka wang itu mak bapak UMNO yang punya. Dr.Maza sudah ulas sebelum ini:-


Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama

Klik untuk lebih jelas

Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir. Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru. Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13".

Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan.

keji giler puak2 BN ni.. menipu x hengat... akhirnya kantoi jugak... kahh..kahh..kahh... konon nk tunjuk la .. pemimpin diaorang ni brjiwa rakyat trun ..padang masa bnjir.. rupa2nya .. diaorang tukar tarikh pada cerita lama ke tarih baru... adoii la guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

Tarikh asal article:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/

Tarikh yang ditukar:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/artikel

yng duk jaja cerita ni puak2 kat sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503426169771573&set=a.407263606054497.1073741825.407262292721295&type=1&theater



sumber: fb serambipolitik

Tayangan Video Itu Bukti Najib & UMNO Masih Fobia Dengan Anwar


Mula-mula video, lepas ini Anwar pula dibawa masuk Dewan Merdeka - Shahbudin Husin

Secara umumnya, ucapan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno di perasmian Perhimpunan Agung Umno tahun ini tiada apa-apa yang menarik dan baru.

Intipati ucapannya adalah ulangan kepada perkara yang telah dilakukannya dan sudah banyak kali diucapkannya sebelum ini.

Stail dan gayanya berucap juga masih seperti yang lama, bermadah dan banyak berperibahasa serta terlihat sedikit menjerit-jerit sehingga kadangkala nadanya seperti mengada-ngada.

Sudah banyak kali rungutan kedengaran bahawa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau tidak perlu menjerit dalam ucapannya tetapi nampaknya Najib mengulanginya lagi.

Sepertimana perhimpunan tahun-tahun sebelumnya di mana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi sebutan dan tidak lekang dari bibirnya, kali ini sekali lagi nama Ketua Pembangkang itu menjadi sebutan dan sasarannya.

Dan oleh kerana nama Anwar telah disebut oleh Najib, maka sudah tentunya perwakilan yang mula berucap petang ini turut juga menyebut dan mengulang-ulangnya sehingga hari terakhir perhimpunan nanti.

Sekali lagi, dalam sebuah perhimpunan Umno, nama Anwar yang menjadi Ketua Umum PKR disebut dan menjadi popular.


Bahkan tahun ini, nama Anwar bukan saja disebut oleh Najib yang dikaitkan dengan pembohongan berkenaan 40 ribu pengundi daripada Bangladesh, malahan sebuah tayangan video mengenai Anwar turut dipertontonkan kepada perwakilan Umno.

Walaupun tayangan video itu adalah bertujuan untuk menyerang dan mengkritik sikap dan tingkah laku Ketua Pembangkang itu serta ingin menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya terhadap apa yang pernah dikatakannya, hakikatnya Najib telah melakukan suatu pembaharuan dalam perhimpunan kali ini iaitu dengan membawa wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka.

Jika sepanjang lima tahun lalu, hanya nama Anwar saja yang disebut, kali ini suara dan gambarnya dalam bentuk video pula yang dibawa oleh Najib untuk ditonton oleh perwakilan Umno.

Semua ini boleh membawa pelbagai tafsiran. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib tidak boleh hidup dan bernafas tanpa menyebut nama Anwar. Walaupun mereka bermusuh dalam politik, tetapi Anwar nampaknya sentiasa dekat dihati Najib.


Dengan membawa video Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib juga seperti sedang memberi signal kepada perwakilan Umno bahawa jika keadaan terdesak, tidak mustahil selepas ini Anwar juga akan dibawa masuk ke dewan itu.

Bukankah politik itu seni yang serba mungkin?

Walaupun Najib menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno dan mungkin kekal lagi sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sehingga pilihanraya umum akan datang, tetapi kelemahannya juga semakin kerap diperkatakan sehingga dikatakan mempunyai hubungan yang tidak semesra dulu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden Umno yang dikaitkan kerana beliau bukan calon pilihan Perdana Menteri dan kecenderungan Najib untuk melihat penyandang jawatan itu terus kekal dan kemudian diikuti dengan keengganan Najib melantik Menteri Besar Kedah itu sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan, dikatakan mengguris hati Mahathir.

Dan apabila Mahathir menulis surat mahu meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas atas alasan kesihatan dan mahu berehat, ramai yang melihat ianya mungkin ada kaitan untuk memberi tekanan kepada Najib kerana dalam masa yang sama Mahathir bersedia pula terus kekal sebagai Penasihat Proton.

Alasan Mahathir bahawa beliau kekal sebagai Penasihat Proton kerana syarikat itu bukan dimiliki oleh kerajaan, sebaliknya dipunyai oleh DRB-Hicom, nyata menimbulkan lebih banyak tanda-tanya dan seolah-olah beliau tidak mahu lagi dikaitkan dengan kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib.

Spekulasi hubungan Najib dengan Mahathir terus menjadi perbualan ramai kerana Mahathir dikatakan tidak mungkin membiarkan Najib yang semakin lemah dan dikaitkan dengan banyak isu terus menerajui Umno kerana ia hanya berpotensi membawa kekalahan kepada Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Najib pula dilihat mahu terus berkuasa selama yang mungkin dan disebalik kelemahannya yang semakin diperkatakan serta kebencian rakyat yang makin meninggi berikutan satu demi satu kos hidup rakyat dinaikkan, dilihat seperti tidak peduli sama ada Barisan Nasional (BN) berkuasa lagi atau tidak selepas PRU14 nanti.

Meskipun beliau berulangkali menyatakan pilihanraya akan datang adalah kritikal dan lebih sengit daripada PRU13 tetapi banyak tindakannya kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-oleh hanya mahu BN berkuasa sehingga PRU14 sahaja.

Satu demi satu kelemahan dan kecurangan kerajaan serta kepimpinannya yang terdedah sejak akhir-akhir ini seperti Najib ingin menjadi Perdana Menteri yang terakhir bagi Umno sebelum ia tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Namun menjelang pilihanraya umum akan datang, cabaran yang boleh memendekkan tempoh hayat Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah Mahathir.

Apakah dengan menayangkan video dan membawakan wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa beliau juga boleh membawa masuk Anwar secara nyata dan rasmi ke dalam Umno jika keadaan memerlukannya berbuat demikian. Sebagaimana Mahathir boleh menjemput Tengku Razaleigh masuk semula ke dalam Umno suatu ketika dahulu, tentulah tidak mustahil jika Najib juga boleh menjemput Anwar kembali ke pangkuan Umno.

Bukankah politik itu seni yang serba mungkin, lebih-lebih jika sudah berkongsi musuh nanti. – shahbudindotcomm

ULASAN GB

Serangan berterusan ke atas Anwar menjelaskan bahawa sebenarnya Najib dan partinya UMNO masih fobia - bak mimpi ngeri - dengan keputusan PRU13 yang lalu.

Tetapi bodohnya Najib ialah: semakin Anwar diserang, kedudukan Anwar semakin kuat dan kukuh sementara kedudukan Najib yang semakin lemah dan goyah.

Ini kerana hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Apa yang dilakukan oleh Najib di dalam Perhimpunan Agong UMNO kali ini dengan menayangkan video Anwar (untuk memburukkannya) sebenarnya adalah luahan minda separa-sedar Najib yang tidak karuan terhadap manusia yang bernama Anwar. Anwar, selama ini benar-benar menghantui mindanya, dengan hampir saja Putrajaya terlepas dari UMNO BN pada PRU13 yang lalu.

Tetapi seperti GB ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Sebagai contoh, lihat saja perkembangan di Mesir. Kudeta Mesir yang terdiri dari golongan sekularis amat membenci Dr.Mursi dan berjaya menggulingkannya sebagai Presiden Mesir, tetapi apa akibatnya? Kudeta Mesir pimpinan As-Sisi yang serba ketakutan dan menerima kutukan bukan saja dari jutaan rakyat Mesir malah rakyat seantero dunia. Roh Mursi bertambah kuat sekalipun jasadnya berada dipenjara!

Dan ingatlah tatkala Anwar dipenjara satu ketika dulu, apa berlaku selepas itu? Anwar muncul semula dengan lebih gagah sehingga diberikan kepercayaan untuk memimpin Pakatan Rakyat. Dan sekarang Anwar diserang lagi untuk episod selanjutnya...

Tatkala Rakyat Pahang Bejuang Dengan Banjir, Najib Masih Sibuk Dengan Bangla Hentam Anwar


Umno Lebih Pentingkan Persidangan Daripada Banjir

Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail mendakwa Umno lebih mementingkan persidangan daripada menyelamatkan mangsa banjir di Pahang.

Katanya, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal.

“Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” kata beliau kepada FMT.

Beliau bertanya di mana pemuda dan Kelab Putra Umno di saat saat mereka memerlukan bantuan di musim banjir ini.

“Saya hairan Datuk Aziz Rahim bersusah payah menghantar sukarelawan menyelamatkan mangsa taufan Haiyan di Filipina tetapi saya tak nampak pula mereka hantar sukarelawan Putra ke Pahang,” katanya lagi.

Beliau juga menyentuh kritikan Khairy Jamaluddin terhadap TNB ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di persidangan pemuda Umno semalam.

“Saya hairan kabinet sudah bersetuju dengan cadangan menaikkan tarif elektrik kenapa pula Khairy bising di luar? Sepatutnya beliau membantah dalam mesyuarat kabinet,” katanya.

Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula kedudukan Khairy dalam kabinet kerana beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dibuat oleh kabinet.

“Sebelum TNB buat keputusan, sudah tentu TNB mohon persetujuan kabinet terlebih dahulu. TNB bukannya buat pengumuman tanpa merujuk kepada kabinet,” katanya.

Katanya lagi, adakah Khairy bermain sandiwara tidak bersetuju di luar sedangkan ia adalah keputusan kabinet.

“Kalau tak puas hati, pemuda Umno sepatutnya menghantar memorandum kepada TNB,” katanya.

Syed Rosli menambah dalam ucapan dasarnya juga Khairy menyentuh pemilihan PAS yang dikatakan kelam kabut.

“Bagi saya, pemilihan pemuda Umno pun kelam kabut. Keputusan pemilihan majlis tertinggi Umno, urusetia mengumumkan undi popular yang dipungut oleh calon-calon majlis tertinggi tetapi dalam pemilihan pemuda, semua calon ketua, naib ketua dan exco tidak tahu jumlah undi popular yang dipungut mereka,” dakwanya lagi.

Beliau sendiri tidak tahu berapa undi yang diperolehinya ketika menentang Khairy pada 12 Oktober lalu dalam pertandingan lima penjuru yang turut disertai Akramsyah Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak dan Karim Ali. -FMT


Selepas 48 jam, baru Najib terbang ke Kuantan


Selepas 48 jam bencana banjir terburuk melanda Kuantan dan beberapa daerah di negeri kelahirannya Pahang, baharulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu melakukan tinjauan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilapor meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung Umno 2013 untuk meninjau keadaan di sana.

Di dalam tweet terbaharunya beliau memberitahu akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk ‘menjenguk’ keadaan banjir di sana.

Najib dilapor berlepas dari Subang pada pukul 12 tengah hari dan akan menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan Jamali Jani yang dipercayai hilang dalam banjir di Kuantan malam tadi.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang sehingga pagi tadi mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.

Banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat.

Semalam di Dewan Rakyat usul tergempar berkaitan bencana banjir di Kuantan yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kekecohan berlaku apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kewajaran usul itu dan menggesa Fuziah pulang ke Kuantan untuk membantu mangsa banjir.

Fuziah mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.

"Saya mendapat panggilan bertalu-talu daripada rakyat di Kuantan meminta bantuan segera jam tiga pagi tadi. Saya telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hantar bantuan makanan dan keperluan tetapi ia tidak berhasil," katanya di dalam dewan.

Atas permintaan Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir yang terkepung di Kuantan.

Dalam sidang media selepas itu, Fuziah memaklumkan mangsa banjir di kawasannya sejak jam 3 pagi tadi tidak mendapat sebarang bantuan malahan ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.

"Mereka terputus hubungan, elektrik diputuskan. Keadaan semakin parah ada yang terpaksa harungi air paras leher mencari tempat perlindungan.

"Bot tidak ada pasukan penyelamat tidak sampai, ada yang tidak menjamah makanan sejak jam 4 petang semalam. Mereka yang menjadi mangsa ibu bersalin, orang tua uzur, kanak-kanak yang berkhatan, dan macam-macam lagi," katanya.

Fuziah juga kesal kerana kerajaan tidak bersedia sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan berdasarkan rekod sebelum ini Kuantan selalu ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.

"Tiap-tiap tahun di Kuantan ada rekod sepatutnya kerajaan bersedia dengan tilam, biskut, susu anak, air minuman dan pampers serta sanitary. Seharusnya benda-benda ini sudah ada," katanya.

Beliau juga kecewa apabila Majlis Keselamatan Negara tidak pernah menjemput beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung masalah banjir di kawasannya.

"Pegawai kerajaan yang terlibat tidak mahu berjumpa dengan kita. Dan saya percaya ini sebagai politik dendam bagi memberi gambaran rakyat bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak buat kerja," katanya.
-HD



Najib tunjuk video Anwar isu pengundi Bangladesh


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Umno hari ini menayangkan sedutan video yang didakwa menunjukkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong dalam isu pengundi hantu semasa pilihan raya umum Mei lalu.

Najib menampilkan video berkenaan untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung 40,000 warga Bangladesh yang didakwa mengundi dalam pilihan raya umum itu.

Kemunculan semula bekas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bentuk video di perhimpunan agung parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur disambut dengan sorakan oleh para perwakilan.

Sedutan video yang ditayangkan ke skrin besar di Dewan Merdeka, itu turut diselitkan dalam siaran langsung ucapan Najib melalui televisyen.

"Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihan raya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana sini kononnya kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi Umno dan BN.

"Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," katanya sejurus sebelum video tersebut dikeudara.

Klip video sepanjang kira-kira satu minit itu menampilkan beberapa ceramah, sidang media dan wawancara bersama Anwar berhubung isu pengundi asing.

Najib mendakwa, video berkenaan menunjukkan bahawa Anwar dan pengikutnya hanya pandai berbohong.

"Lantaran, semasa lawatan rasmi saya ke Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini, saya terpanggil untuk mengucapkan orang Bangladesh panggil, ‘Dhonnobad’ yakni terima kasih dalam bahasa Bengali kepada Perdana Menterinya Sheikh Hasina, kerana telah membantu menyedia sekian banyak rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan oleh pembangkang," katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung penayangan video klip tersebut, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas Anwar yang mendakwa tidak pernah menyebut perkara itu sebelum ini.

"Beliau sebut banyak kali. Sebut dengan jelas. Dalam perkara itu Anwar berbohong. Dia sebut 'Bangla'.

"Dia sebut dalam ceramahnya," katanya selepas mendengar ucapan dasar presiden di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.
-mk