Mula-mula video, lepas ini Anwar pula dibawa masuk Dewan Merdeka - Shahbudin Husin
Secara umumnya, ucapan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno di perasmian Perhimpunan Agung Umno tahun ini tiada apa-apa yang menarik dan baru.
Intipati ucapannya adalah ulangan kepada perkara yang telah dilakukannya dan sudah banyak kali diucapkannya sebelum ini.
Stail dan gayanya berucap juga masih seperti yang lama, bermadah dan banyak berperibahasa serta terlihat sedikit menjerit-jerit sehingga kadangkala nadanya seperti mengada-ngada.
Sudah banyak kali rungutan kedengaran bahawa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau tidak perlu menjerit dalam ucapannya tetapi nampaknya Najib mengulanginya lagi.
Sepertimana perhimpunan tahun-tahun sebelumnya di mana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi sebutan dan tidak lekang dari bibirnya, kali ini sekali lagi nama Ketua Pembangkang itu menjadi sebutan dan sasarannya.
Dan oleh kerana nama Anwar telah disebut oleh Najib, maka sudah tentunya perwakilan yang mula berucap petang ini turut juga menyebut dan mengulang-ulangnya sehingga hari terakhir perhimpunan nanti.
Sekali lagi, dalam sebuah perhimpunan Umno, nama Anwar yang menjadi Ketua Umum PKR disebut dan menjadi popular.
Bahkan tahun ini, nama Anwar bukan saja disebut oleh Najib yang dikaitkan dengan pembohongan berkenaan 40 ribu pengundi daripada Bangladesh, malahan sebuah tayangan video mengenai Anwar turut dipertontonkan kepada perwakilan Umno.
Walaupun tayangan video itu adalah bertujuan untuk menyerang dan mengkritik sikap dan tingkah laku Ketua Pembangkang itu serta ingin menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya terhadap apa yang pernah dikatakannya, hakikatnya Najib telah melakukan suatu pembaharuan dalam perhimpunan kali ini iaitu dengan membawa wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka.
Jika sepanjang lima tahun lalu, hanya nama Anwar saja yang disebut, kali ini suara dan gambarnya dalam bentuk video pula yang dibawa oleh Najib untuk ditonton oleh perwakilan Umno.
Semua ini boleh membawa pelbagai tafsiran. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib tidak boleh hidup dan bernafas tanpa menyebut nama Anwar. Walaupun mereka bermusuh dalam politik, tetapi Anwar nampaknya sentiasa dekat dihati Najib.
Dengan membawa video Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib juga seperti sedang memberi signal kepada perwakilan Umno bahawa jika keadaan terdesak, tidak mustahil selepas ini Anwar juga akan dibawa masuk ke dewan itu.
Bukankah politik itu seni yang serba mungkin?
Walaupun Najib menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno dan mungkin kekal lagi sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sehingga pilihanraya umum akan datang, tetapi kelemahannya juga semakin kerap diperkatakan sehingga dikatakan mempunyai hubungan yang tidak semesra dulu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden Umno yang dikaitkan kerana beliau bukan calon pilihan Perdana Menteri dan kecenderungan Najib untuk melihat penyandang jawatan itu terus kekal dan kemudian diikuti dengan keengganan Najib melantik Menteri Besar Kedah itu sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan, dikatakan mengguris hati Mahathir.
Dan apabila Mahathir menulis surat mahu meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas atas alasan kesihatan dan mahu berehat, ramai yang melihat ianya mungkin ada kaitan untuk memberi tekanan kepada Najib kerana dalam masa yang sama Mahathir bersedia pula terus kekal sebagai Penasihat Proton.
Alasan Mahathir bahawa beliau kekal sebagai Penasihat Proton kerana syarikat itu bukan dimiliki oleh kerajaan, sebaliknya dipunyai oleh DRB-Hicom, nyata menimbulkan lebih banyak tanda-tanya dan seolah-olah beliau tidak mahu lagi dikaitkan dengan kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib.
Spekulasi hubungan Najib dengan Mahathir terus menjadi perbualan ramai kerana Mahathir dikatakan tidak mungkin membiarkan Najib yang semakin lemah dan dikaitkan dengan banyak isu terus menerajui Umno kerana ia hanya berpotensi membawa kekalahan kepada Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Najib pula dilihat mahu terus berkuasa selama yang mungkin dan disebalik kelemahannya yang semakin diperkatakan serta kebencian rakyat yang makin meninggi berikutan satu demi satu kos hidup rakyat dinaikkan, dilihat seperti tidak peduli sama ada Barisan Nasional (BN) berkuasa lagi atau tidak selepas PRU14 nanti.
Meskipun beliau berulangkali menyatakan pilihanraya akan datang adalah kritikal dan lebih sengit daripada PRU13 tetapi banyak tindakannya kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-oleh hanya mahu BN berkuasa sehingga PRU14 sahaja.
Satu demi satu kelemahan dan kecurangan kerajaan serta kepimpinannya yang terdedah sejak akhir-akhir ini seperti Najib ingin menjadi Perdana Menteri yang terakhir bagi Umno sebelum ia tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (PR).
Namun menjelang pilihanraya umum akan datang, cabaran yang boleh memendekkan tempoh hayat Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah Mahathir.
Apakah dengan menayangkan video dan membawakan wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa beliau juga boleh membawa masuk Anwar secara nyata dan rasmi ke dalam Umno jika keadaan memerlukannya berbuat demikian. Sebagaimana Mahathir boleh menjemput Tengku Razaleigh masuk semula ke dalam Umno suatu ketika dahulu, tentulah tidak mustahil jika Najib juga boleh menjemput Anwar kembali ke pangkuan Umno.
Bukankah politik itu seni yang serba mungkin, lebih-lebih jika sudah berkongsi musuh nanti. – shahbudindotcomm
ULASAN GB
Serangan berterusan ke atas Anwar menjelaskan bahawa sebenarnya Najib dan partinya UMNO masih fobia - bak mimpi ngeri - dengan keputusan PRU13 yang lalu.
Tetapi bodohnya Najib ialah: semakin Anwar diserang, kedudukan Anwar semakin kuat dan kukuh sementara kedudukan Najib yang semakin lemah dan goyah.
Ini kerana hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Apa yang dilakukan oleh Najib di dalam Perhimpunan Agong UMNO kali ini dengan menayangkan video Anwar (untuk memburukkannya) sebenarnya adalah luahan minda separa-sedar Najib yang tidak karuan terhadap manusia yang bernama Anwar. Anwar, selama ini benar-benar menghantui mindanya, dengan hampir saja Putrajaya terlepas dari UMNO BN pada PRU13 yang lalu.
Tetapi seperti GB ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Sebagai contoh, lihat saja perkembangan di Mesir. Kudeta Mesir yang terdiri dari golongan sekularis amat membenci Dr.Mursi dan berjaya menggulingkannya sebagai Presiden Mesir, tetapi apa akibatnya? Kudeta Mesir pimpinan As-Sisi yang serba ketakutan dan menerima kutukan bukan saja dari jutaan rakyat Mesir malah rakyat seantero dunia. Roh Mursi bertambah kuat sekalipun jasadnya berada dipenjara!
Dan ingatlah tatkala Anwar dipenjara satu ketika dulu, apa berlaku selepas itu? Anwar muncul semula dengan lebih gagah sehingga diberikan kepercayaan untuk memimpin Pakatan Rakyat. Dan sekarang Anwar diserang lagi untuk episod selanjutnya...
Orang bersalah tetap bersalah.Rasuah tak di tangani heboh pulak tahun tahun pasal DSAI.Sebenar Pekatan Rakyat dah menang tapi tipu punya pasal mereka menang.Dalam dunia boleh tipu tapi bagaimana nak jawab depan Allah SWT.
BalasPadamSebagai seorang PM, tak perlulah Jib Gor menyerang DSAI dalam perhimpunan mereka. Kalaulah selalu sangat berbuat sedemikian, jadi jelaslah depa tu sebenarnya takut dengan pengaruh DSAI. Kalaulah depa tu bagus, tak perlu langsung depa menyerang DSAI. Ini membuktikan bahawa DSAI merupakan "HANTU" yang amat ditakuti warga munafikun ni.
BalasPadamSebagi seorang PM, cubalah berhujah kenapa tariff TNB harus dinaikkan dan kenapa ianya tidak membebankan rakyat serta kenapa Timbalan Menteri Kewangannya (malahan kebayakan Menterinya) bercakap bohong dengan mat celik? Dengar ura-uranya harga minyak akan dinaikkan lagi pada awal tahun hadapan. Jadi TNB akan menaikkan tariffnya sekali dengan alasan harga minyak naik. Ini dah cerita "Bangau oh Bangau".
Hanya umat Melayu (UMNO) yang bodoh memikirkan bahawa pemimpib mereka tu berjiwa rakyat. Bolehkah seorang PM mengelar rakyatnya yang tidak membayar cukai sebagai PENGKHIANAT dan sedangkan yang terlibat dengan rasuah (wang atau kuasa) tidak disebut sedemikian oleh beliau. Bukan depa ni BAPA PENGKHIANAT????? Tak nampak lagi wahai umat Melayu (UMNO). Kalau tak nampak lagi, memang Allah swt dah tutup mata dan hati depa tu. Dah kena laknatullah. Minta simpang.
Inilah manusia bersifat munafik, entah-entah setan jelmaan manusia. HARAMJADAH sungguh.
Sepatutnya kita kena fobia dengan azab allah s.w.t. tapi ada org yg fobia dgn Anwar. Tulah banyak buat dosa dengan dia sekarang terimalah akibatnya kerana inilah balasan allah s.w.t. Sampai ke akhir hayat lu fobia dengan anwar sampai ejaan nama anuar ini pun lu fobia. Anuar dengan anwar tidak sama beb tapi sebutannya sama maka fobialah dia.
BalasPadamSebenarnya kalau Anwar sblm ni BN hebohkan tak hebat knp pula PM jd tonggong dgr penasihat yg bangang utl kutuk umno dlm perhimpunan yg byk perkara perlu di ketengahkan.Ajak debat takut....so tak perlulah highlight ttg Anwar nampak sgt tak de telor pnya Presiden!!
BalasPadamMeracau tanda nak mampus la tu.
BalasPadam