18 Okt 2013

Sketsa Renungan Untuk "Pembela" Kalimat ALLAH


Sketsa di atas GB kutib dari lamanweb sosial. Ia mudah difahami.

Jika orang bukan Islam dihalang dari menggunakan perkataan Allah, bererti, kita semacam mengiyakan ada tuhan lain selain Allah iaitu tuhan tokong dan sebagainya tempat manusia memohon seperti yang dicatatkan di dalam sketsa tersebut.

Simbol R4BIA Dari Jama'ah Haji Di Makkah


Ketika ini di alam siber, terutama jejaring sosial seperti FB banyak beredar foto jamaah haji yang membuat posing dengan menunjukkan simbol keteguhan R4BIA.

Pihak kerajaan sebenarnya melarang hal tersebut, tapi tidak dapat mencegahnya dan di antara jamaah tersebut terdapat jamaah haji dari Indonesia (dan GB pasti ada dari Malaysia juga).

Bahkan di antara jamaah haji Mesir ada yang membadalkan haji untuk Syahidah Asmaa’ Beltagi.

Berikut foto tersebut yang dikutip dari dakwatuna, Rabu (16/10/2013) -islamedia

Ketiga-tiga Penyandang Naib Presiden UMNO Dikesan Amal Politik Wang

TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang

Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

Presiden badan pemantau rasuah itu, Datuk Akhbar Satar, berkata pihaknya membuat dakwaan berkenaan selepas menerima beberapa maklum balas terhadap ketiga-tiga penyandang yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.

"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.

"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.

"Walaupun Umno mengatakan ia adalah isu dalaman parti, SPRM harus menyiasat sama ada sumber wang tersebut diagihkan sepadan dengan kedudukan kewangan individu calon tersebut, dan jika ia didermakan kepada parti atau bahagian, sama ada ia dibayar atas tujuan membantu perniagaan," katanya.

Tiga penyandang naib presiden yang mempertahankan jawatan tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mereka dicabar oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Akhbar berkata, isu politik wang tidak boleh lagi disembunyikan kerana ia melibatkan skandal wang yang besar dan penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan kelangsungan politiknya.

Selain itu, katanya, penggunaan politik wang dan salah guna jentera juga adalah sesuatu yang tidak adil kepada calon lain yang bertanding tetapi tidak mempunyai kemampuan dan aset sama seperti calon berkenaan.

“Bagaimana pula dengan nasib calon lain yang tidak mempunyai kapasiti sama," katanya.

Pemilihan Umno kali ini yang menggunakan sistem baru "electoral college" menyaksikan 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno akan mengundi serentak bagi memilih pimpinan baru terutama persaingan sengit untuk tiga jawatan Naib Presiden serta 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Langkah tersebut diambil bagi memerangi politik wang dalam Umno yang berlaku setiap kali pemilihan diadakan, namun sistem baru ini tidak menghalang daripada politik wang dalam Umno terus berlaku. -TMI

Penghakiman "Kalimah ALLAH" Belum Muktamad, Masih Ada Mahkamah Persekutuan

Pengerusi DAP Karpal Singh menuntut agar Mahkamah Persekutuan segera bersidang untuk mendengar rayuan berhubung keputusan yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Karpal berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu menyebabkan timbul “kebimbangan dan ketegangan” antara orang Islam dan bukan Islam.

Oleh itu, peguam mewakili The Herald perlu memfailkan permohonan kepada Ketua Hakim Negara mengikut Peraturan 61 Mahkamah Persekutuan, untuk membolehkan rayuan itu didengar secepat mungkin.

Katanya, keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu terlalu meluas, dan menambah kitab pengikut Sikh, Guru Granth Sahib juga menyebut kalimah 'Allah' sebanyak 37 kali.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan perlembagaan kerana orang Sikh perlu diberi jaminan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu.

Katanya lagi, kesemua 14 orang hakim Mahkamah Persekutuan perlu mendengar kes tersebut untuk memberi kepastian kepada orang Kristian, bahawa terdapat orang Islam dan orang bukan Islam yang mendengar kes tersebut, dan untuk memberi keputusan muktamad.

Tegasnya, isu berkenaan perlu diputuskan di mahkamah paling agung di negara ini dengan muktamad. -mk

[VIDEO] Reaksi Warga AS Melihat Pemuda Islam Solat di Tempat Awam


Dua orang pemuda Muslim Amerika, Adam Saleh dan Sheikh Akbar, yang tercatat sebagai mahasiswa di sebuah perguruan tinggi di New York, saling merAkam temannya yang melakukan solat sunnah dua rakaat di hadapan publik Amerika.

Dalam video yang mereka naikkan di laman Youtube dengan judul Praying In Public, disebutkan bahawa mereka membawa kompas untuk mengetahui arah Ka’bah. Setelah itu mereka berwudhu, lalu salah seorang di antara mereka melakukan solat sunnah 2 rakaat dan yang lain merakamnya dengan kamera.

Hal ini mereka lakukan untuk mengetahui reaksi publik Amerika ketika melihat mereka solat. Di samping itu, tujuan mereka adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam mencintai perdamaian melebihi dari apa yang mereka fikirkan.

Solat di hadapan publik di negara minoriti muslim memang sesuatu yang dianggap aneh. Dalam video itu terlihat beragam reaksi orang-orang Amerika melihat dua pemuda ini solat. Ada yang kehairanan, ada pula yang mengambail gambar, bahkan ada yang mengikuti gerakan solat kerana menyangka itu adalah senaman Yoga.

Berikut video tersebut yang diunggah ke Youtube dengan akun TrueStoryASA, seperti dikutip dari Fimadani, Rabu (16/10/2013) -islamedia