18 Okt 2013

Ketiga-tiga Penyandang Naib Presiden UMNO Dikesan Amal Politik Wang

TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang

Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

Presiden badan pemantau rasuah itu, Datuk Akhbar Satar, berkata pihaknya membuat dakwaan berkenaan selepas menerima beberapa maklum balas terhadap ketiga-tiga penyandang yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.

"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.

"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.

"Walaupun Umno mengatakan ia adalah isu dalaman parti, SPRM harus menyiasat sama ada sumber wang tersebut diagihkan sepadan dengan kedudukan kewangan individu calon tersebut, dan jika ia didermakan kepada parti atau bahagian, sama ada ia dibayar atas tujuan membantu perniagaan," katanya.

Tiga penyandang naib presiden yang mempertahankan jawatan tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mereka dicabar oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Akhbar berkata, isu politik wang tidak boleh lagi disembunyikan kerana ia melibatkan skandal wang yang besar dan penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan kelangsungan politiknya.

Selain itu, katanya, penggunaan politik wang dan salah guna jentera juga adalah sesuatu yang tidak adil kepada calon lain yang bertanding tetapi tidak mempunyai kemampuan dan aset sama seperti calon berkenaan.

“Bagaimana pula dengan nasib calon lain yang tidak mempunyai kapasiti sama," katanya.

Pemilihan Umno kali ini yang menggunakan sistem baru "electoral college" menyaksikan 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno akan mengundi serentak bagi memilih pimpinan baru terutama persaingan sengit untuk tiga jawatan Naib Presiden serta 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Langkah tersebut diambil bagi memerangi politik wang dalam Umno yang berlaku setiap kali pemilihan diadakan, namun sistem baru ini tidak menghalang daripada politik wang dalam Umno terus berlaku. -TMI

7 ulasan:

  1. Nanti SPRM akan jawab tak boleh siasat dan dakwa dengan alasan disebabkan "kebodohan"...sama macam laporan audit...tak boleh siasat dan dakwa mereka-mereka yang terlibat dengan penyelewengan disebabkan "kecuaian dan kebodohan"...

    BalasPadam
  2. Persoalan kita,"Seriouskah SPRM,membentras rasuah tanpa mengira had sempadan orgnisasi?"
    JIka benar,perlukah diwujudkan lain-lain suruhanjaya untuk membuat semak imbang ke atas SPRM?

    Ha..ha..isu paling hangat dalam dunia politik Orang Melayu UMNO.

    BalasPadam
  3. SPRM tak perlu siasat.Mengaku aje "bodoh" dah boleh lepas dari buat siasatan.Kalau pun siasat boleh sediakan "laporan bodoh" nanti AG akan buat keputusan "no case".

    BalasPadam
  4. Berbagai helah untuk tidak dianggap rasuah. Diletaknya nama “politik wang”. Kalau jabatan kerajaan yg mengamalkan rasuah meletak nama“wang silap mata” adakah SPRM tak bleh siasat juga. Pendek kata semua jaga periuk nasi.

    BalasPadam
  5. Selagi SPRM tak bebas selagi itu lah rasuah bermaharajalela.Badan SPRM mesti di anggotai campuran pemerintah dan pembangkang.

    BalasPadam
  6. Sya dah ckp bnyk kali dah pasal pemilihan umno ni..
    Setiap kali waktu pemilihan semenjak tahun 80an duit cash berkodi tukar tangan pd perwakilan bhgn yg nak soking ikut calon mana yg bagi paling tinggi. Sungguh koruo umno. Jahanam melayu islam ni. Rajyat Malaysia di pimpin oleh munafiquun dan org2 yg fasiq...minta Allah jatuhkan parti ni dpd muka bumi ni...

    BalasPadam
  7. lihat lah betapa tidak cerdik nya pemimpin2 dan organisasi dalam pentadbiran UMNO dan BN, mereka rasa dunia ini tidak bertuhan. semua nya mengikut nafsu nafsi mereka, sementelah penyokong pulak mendambakan imbuhan maka agama dan dosa pahala di kesampingkan...kesian Melayu UMNO. tetapi spt kata GB yang bathil akan lenyap setelah kebenaran terserlah...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.