21 Sep 2013

[VIDEO] Banteras Jenayah Ragut, Bukan Sibuk ‘Jaga’ Abu Mayat


Polis perlu serius membanteras jenayah ragut yang berleluasa, bukan sibuk mencegah kemasukan abu mayat individu lain, kata Haniza Talha.

“Saya gesa masyarakat mendesak pihak keselamatan meningkatkan usaha membanteras kes ragut. Bukan tunggu di sempadan Thailand untuk pastikan abu mendiang Chin Peng tidak masuk ke negara ini.

“Sebaliknya lebih fokus kepada keselamatan masyarakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan.

Beliau berkata demikian pada sidang media kes kematian seorang wanita akibat jenayah ragut pada 12 September lalu di Taman Sri Manja di sini, semalam.

Pada 12 September lalu, Go Lee Koon, 27, seorang ejen bank diragut beg tangannya oleh dua lelaki bermotosikal berhampiran Sri Manja Court, kira-kira jam 9 malam.

Mangsa yang cuba mengelak beg tangannya diragut, cedera di kepala akibat terkena batu pembahagi jalan dan dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia selepas lima hari koma akibat pendarahan serius dalam otak.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mahu polis lebih serius mengawal jenayah berikutan kes ragut semakin menjadi-jadi.

“Penduduk takut untuk keluar terutama pada waktu malam kerana khuatir keselamatan dan nyawa mereka terancam. Polis perlu bertindak segera,” katanya.

Beliau mengulangi desakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan cadangan menambah anggota polis bantuan di Petaling Jaya bagi memerangi jenayah.

“Memang KDN luluskan polis bantuan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tapi ia terhad bagi menjaga bangunan MBPJ sahaja.

“Kita tidak mahu polis bantuan yang hanya jaga bangunan, kita mahu kelulusan bagi membolehkan mereka membantu polis menjaga keselamatan penduduk,” katanya.

Bapa mangsa, Go Hong Zhen, 65, berharap polis memandang serius kes yang menimpa keluarganya supaya kejadian sama tidak berulang.

“Saya terima (kematian anak) dengan hati yang terbuka. Saya tidak dapat ubah takdir ini. Namun, saya harap polis jagalah nyawa orang lain, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata, kes ragut bukan kes terpencil, malah hampir setiap hari kes seumpama itu berlaku di Taman Sri Manja di sini.

“Penduduk dalam ketakutan. Hari ini anak saya diragut dan mati. Esok lusa bagaimana pula dengan nasib penduduk yang lain,” katanya, sebak. -selangorku


[PANAS] Pakai Baju Kurung Mudah Dirogol?


Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu. Menurutnya, pakaian itu juga boleh dijadikan peralatan untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu. Gambar sekadar hiasan.

“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja. Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.

Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.

“Klip rambut, beg tangan, kerongsang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.

Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.

“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.

“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya. -SH

ULASAN GB

Menarik. Samada benar atau tidak, samada ada kajian atau pun tidak, kenyataan daripada AMANITA PDRM itu perlu diberikan perhatian.

Baju kurung berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian rogol jika:

baju kurung itu terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan tubuh badan
baju kurung itu tidak lengkap dengan pemakaian tudung (hijab) sehingga menampakkan rambut dan buah dada
baju kurung itu disertakan dengan aksesori seperti kerongsang dan sebagainya
baju kurung itu terlalu berwarna warni dan dari kain terlalu licin
berbaju kurung tetapi berperangai gedik dan berakhlak rendah

Namun, yang penting sebenarnya ialah undang-undang. Kes rogol yang menjadi-jadi adalah kerana undang-undang yang ada kini kondusif terhadap kejadian rogol.

Kebenarannya: hukum Islam tidak dilaksanakan, menyebabkan denda kesalahan rogol tidak menakutkan si perogol!

Mantan KPN Dedahkan Kebodohan Najib, UMNO, Perkasa & KPN


Larang abu Chin Peng jadikan kita bahan ketawa, kata bekas KPN Bekas ketua polis memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.

Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Mohd Noor, berkata tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Masyarakat heboh mengenai abunya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia. Pertelingkahan ini berlanjutan keterlaluan. Saya fikir ia sedikit naïf.

“Jika kerajaan tunduk kepada tekanan awam untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik, saya fikir, kita akan membuat Malaysia ditertawakan oleh seluruh dunia,” katanya ketika ditemubual dari United Kingdom yang disiarkan BFM semalam.

Abdul Rahim, yang juga pengarah Cawangan Khas pada masa itu, mengetuai rundingan damai yang akhirnya mencetuskan Perjanjian Damai Haadyai 1989 – yang mengakhirkan secara rasmi pertempuran ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersenjata dengan kerajaan..

Penolakan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini ketika beliau masih hidup, katanya, juga seperti mengejek dan memperolok-olokkan perjanjian damai itu.

Katanya, beliau pada masa itu meyakinkan kerajaan untuk berbincang dengan komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.

Beliau berkata, walaupun Darurat 12 tahun tamat pada 1960, pasukan keselamatan masih bertempur dengan sisa komunis pada 1980-an, tetapi penolakan terhadap komunisme dalam kawasan adalah peluang untuk memperbaharui rundingan damai.

Pada masa itu, katanya, masih ada kira-kira 2,000 komunis sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, dengan dua kumpulan terbesar ialah Biro Malaya Utara dan Rejimen ke-10 yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Beliau berkata, dengan sokongan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Cawangan Khas secara rahsia mengadakan rundingan dengan komunis pada penghujung 1987 dan awal 1988 di pulau Phuket yang bertahan untuk lima pusingan.

Hasilnya, perjanjian damai 1989 ditandatangani di Haadyai merangkumi dua persetujuan, satu mengandungi dua terma utama dan satu lagi butiran pentadbiran mengenai bagaimana terma berkenaan akan dilaksanakan.

“Saya terbabit dalam merangka kedua-dua persetujuan, jadi saya mempunyai pengetahuan penuh bahawa mengikut terma persetujuan itu, semua perjanjian itu mengikat setiap ahli PKR, daripada yang tertinggi, paling utama hingga ke bawah, paling bawah.

“Jadi jika anda kata Chin Peng, sebagai setiausaha agung parti itu adalah ahli paling tinggi, maka dia layak mendapat semua kelebihan seperti dijanjikan dalam perjanjian itu, yang termasuk membenarkan beliau untuk kembali ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, menurut perjanjian itu, dalam keadaan di mana bekas ahli komunis itu tidak dibenarkan secara tetap pulang ke Malaysia, mereka patut dibenarkan memasuki negara atas kebenaran lawatan sosial.

“Tetapi dalam kes Chin Peng, dia tidka dibenarkan kedua-duanya. Pada saya, ia tidak masuk akal. Ia tidka adil. Ada bekas komunis lain yang dibenarkan untuk balik dan mereka kebanyakannya Melayu,” katanya.

“Abdullah CD (pengerusi PKM) dibenarkan balik ke Malaysia dan diberi pengampunan oleh Sultan Perak. Rashid Maidin (ahli jawatankuasa pusat PKM), saya diberitahu menunaikan haji menerusi Kuala Lumpur dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bersedia untuk mengandaikan bahawa keputusan kerajaan itu ada kaitan dengan perkauman dan pada pendapatnya dalam isu Chin Peng, kerajaan tidak menghormati perjanjian damai itu.

Beliau berkata, masyarakat nampaknya tidak faham konteks perjuangan komunis antarabangsa dan menganggap pemberontakan 40 tahun komunis di Malaya adalah pergaduhan Chin Peng seorang dri dan hanya dia seorang yang mengarahkan semua tembakan dan pembunuhan.

“Saya tidak tahu mengapa ia jadi seperti ini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya ialah baik atau buruk – apa pun Chin Peng itu, latar belakangnya ialah perjanjian damai sudah ditandatangani. Kita patut menghormati terma dan syaratnya,” katanya.

Chin Peng menghabiskan sepertiga hidupnya dalam buangan di Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendiriannya untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil langkah undang-undang.

Semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abunya dibawa masuk.

Semalam, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat bahawa mayat Ching patut dibenarkan pulang ke sini untuk kali terakhir.

Pengerusi biro parti, Datuk Heng Seai Kie berkata, mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia.

Kumpulan hak Melayu, Perkasa, bagaimanapun, memberi amaran kepada MCA supaya parti itu jangan menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mendesak Putrajaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata ramai orang Melayu dan Cina mati dai tangan komunis yang diketuai Chin Peng ketika pemberontakan.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Hari Malaysia, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89. Beliau ketika hayatnya berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Chin Peng lari ke China pada 1961 dan kemudian tinggal di Bangkok di mana dia diberikan pasport asing.

Beliau dilaporkan berpindah ke Haadyai beberapa tahun lalu dan berulang alik dari Haadyai ke Bangkok untuk mendapatkan rawatan penyakit barah.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung PKM pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. -TMI

Serangan "Virus Corona" Di Arab Saudi Bimbangkan Jemaah Haji


Jamaah haji tahun ini diselubungi kebimbangan dengan kewujudan virus baru yang bernama Corona virus merebak di negara Arab Saudi. Sehingga kini, virus yang bernama Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus, atau yang biasa disingkat MERS-Cov, masih banyak menyerang dan memakan korban.

Mutakhir ini, ada tiga kes baru yang ditemui. Arabnews mendedahkan, diketahui terdapat dua orang telah meninggal dunia akibat diserang virus ini.

Tiga orang pula yang diserang virus Corona baru-baru ini, adalah seorang perempuan berusia 75 tahun di Madinah dan seorang laki-laki berusia 83 yang diserang virus ini di Riyadh. Dua orang ini telah meninggal dunia.

Kes terakhir, virus ini menyerang seorang laki-laki berusia 35 tahun di Madinah. Kini, laki-laki ini sedang menerima rawatan di ICU.

Hingga kini, ada 107 kes yang ditemui akibat diserang virus Corona ini di seuruh Arab Saudi. Dari jumlah tersebut, 49 diantaranya meninggal dunia.

Di seluruh dunia, virus Corona telah menyerang 114 penduduk. Virus merbahaya ini telah menyebabkan 54 orang meninggal dunia.

Gejalanya adalah demam, batuk dan sesak nafas. Sama dengan flu yang lainnya, batuk-batuk, bersin, kemudian demam tinggi, demikian menurut pakar kesihatan.

Namun virus ini penyebarannya lebih cepat, terutama dalam menyerang paru-paru. Selain itu virus ini boleh menyebabkan infeksi saluran pernapasan bawah dan radang paru.

Virus ini mudah menular di kalangan manusia. Apatah lagi mereka yang punya kekebalan tubuh yang rendah. Misalnya orang yang telah lanjut usia, anak kecil, orang yang sedang dalam keadaan sakit, stamina tubuh rendah, sedang dalam keadaan lelah, dalam perjalanan, serta yang makannya tidak teratur.

Agar tak menganggu pelaksanaan ibadah haji, pemerintah Arab Saudi telah bekerja secara maksimal bagi mengatasinya. Selain virus Corona, demam berdarah juga menjadi perhatian khusus oleh Jabatan Kesihatan setempat.

Kepala Janatan Kesehatan Jeddah, Sami Ba-Dawood menyatakan penyakit demam berdarah telah sepenuhnya diatasi. “Jumlah kes telah menurun secara signifikan,” ujarnya.

Jumlah kes yang tahun lalu mencapai 100 kes, kini hanya tinggal lima kes. Sama dengan penangannan pada virus Corona, menurutnya tindakan preventif dan kuratif sangat diperlukan agar beberapa penyakit tidak menular.

Untuk pencegahan virus Corona, memakai topeng muka dan menjaga stamina tubuh agar tetap cergas perlu dilakukan oleh jamaah haji dan penduduk Arab Saudi lainnya.

[BONGKAR] Anak Yatim Diperalat & Dianiaya Secara Kejam

Penghuni rumah anak yatim dianiaya Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu.

Kejam: Rumah kebajikan aniaya anak yatim

PUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.

Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan, diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.

Pada awalnya kata Nur, dia tidak dapat menghidu penyelewengan itu sehinggalah anak-anak yatim berkenaan mendakwa mereka dipinggirkan.

Wang sumbangan termasuk duit raya yang didermakan orang ramai kepada penghuni rumah akan ‘diambil’ pengurusan dan anak-anak tidak diberi wang walau sesen pun dengan alasan mereka sudah menghuni rumah itu secara percuma.

Lebih menyedihkan anak-anak kecil yang melakukan persembahan di luar dari jam 7.30 pagi hingga kadang kala jam 10 malam dan diberi bayaran antara RM300 hingga RM400 oleh pihak tertentu juga tidak pernah dapat merasa wang itu.

"Apabila anak-anak berkenaan bertanyakan bahagian mereka, pihak pengurusan akan mengatakan wang berkenaan perlu disumbang ke dalam sebuah tabung.

"Pihak itu akan beritahu, duit disimpan dalam tabung adalah sebagai saham untuk pejuangan Islam," katanya.

Kepada anak-anak kecil pula kata Nur, pihak pengurusan akan memberitahu lebih banyak wang disimpan dalam tabung itu, lebih besar peluang mereka menunaikan haji dalam mimpi bersama seorang pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

"Bagi penghuni dewasa, pengurusan sering mengungkit isu mereka diberi peluang tinggal di situ secara percuma," ujarnya.

Nur berkata, dia pernah memegang duit mencecah RM1,000 hasil sumbangan orang ramai namun wang itu kemudian dijadikan modal untuk pertubuhan berkenaan membuka sebuah butik.

"Wang itu sepatutnya diagihkan untuk keperluan anak-anak, sayangnya mereka tergamak menggunakannya untuk tujuan lain dan tidak menggantikannya semula,"katanya.

Apabila ditanya mana wang itu, pihak pengurusan akan mendakwa mereka sudah bayar kepada anak-anak yatim sedangkan ia tidak berlaku.

Sekiranya didesak dan perkara itu dipertikaikan, pihak pengurusan sekali lagi minta supaya penghuni tidak berkira.

Kata Nur, pertubuhan kebajikan itu menerima pelbagai sumbangan setiap hari untuk keperluan penghuni, namun barang makanan diperoleh akan dijadikan modal perniagaan untuk kafe yang dibuka pihak pengurusan.

“Sakit hati apabila melihat mereka bertindak sedemikian, makanan sumbangan orang ramai, mereka jadikan barang jualan, kalau penghuni hendak minum kena bayar, siapa tiada duit kena hutang, bila dapat duit sumbangan kena bayar balik,”katanya.

Bukan sahaja makanan, pakaian hasil sumbangan orang ramai juga perlu dibayar penghuni kepada pihak pengurusan menggunakan wang bantuan diterima.

Paling dikesali Nur, barang makanan sumbangan orang ramai juga kadang kala dikumpul dan dihantar untuk kegunaan perniagaan restoran yang dijalankan pertubuhan itu di luar negara sedangkan penghuni sendiri langsung tidak diberi peluang menikmatinya.

Pernah menurut Nur, penyumbang menghantar ikan segar ke rumah pertubuhan berkenaan, namun tidak lama selepas itu akan datang sebuah van dan membawa semua bekalan lauk pergi.

"Anak-anak hanya dihidangkan sardin dan ikan masin sahaja sedangkan ada pelbagai jenis hidangan lazat dihantar mereka yang bersimpati dengan nasib anak yatim. Hanya ikan murah, sudah pecah perut dan kurang segar ditinggalkan untuk dimakan anak-anak yatim," katanya.

"Bila pihak atau syarikat luar buat program di situ sahaja anak-anak yatim boleh makan sedap," ujarnya lagi.

Jelas Nur, hakikatnya pertubuhan itu dianggap paling kaya dengan limpahan sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati.

Setiap kali menjelang perayaan, pelbagai pihak akan datang memberi bantuan dan menjemput anak-anak membeli keperluan raya di luar.

Namun katanya, anak-anak yatim sebenar hanya meminjamkan tubuh badan mereka sahaja untuk pengukuran saiz sedangkan pakaian itu tidak sampai ke tangan mereka.

Sekiranya, dijemput membeli pakaian raya lebih 10 kali pun, sehelai baju pun anak-anak yatim tidak dibenarkan ambil.

"Pada malam raya apabila penghuni pulang ke rumah saudara-mara atau ibu yang masih ada, anak-anak jemaah sebuah pertubuhan akan datang ambil pakaian milik anak yatim itu," katanya.

Bagi anak-anak yatim peringkat sekolah menengah, mereka akan dapat peluang mengikut agensi atau syarikat penyumbang membeli pakaian raya tetapi sekali sahaja.

Yang lainnya akan diberi giliran kepada anak-anak jemaah sedangkan mereka mempunyai ibu dan bapa.

"Puluhan tong biskut raya yang diterima pusat kebajikan itu juga tidak diberi kepada anak-anak yatim untuk dibawa pulang ke rumah mereka," katanya.

Menyentuh hal beriadah di luar, Nur berkata pihak pengurusan pertubuhan kebajikan itu akan buat surat minta tajaan pihak luar.

Meskipun tajaan sudah diperoleh, anak-anak yatim tetap kena bayar menggunakan duit yang ada pada mereka termasuk bantuan kewangan diberikan oleh sekolah.

Orang luar ada juga yang mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat, mereka perlu masukkan duit ke dalam tabung pengurusan bukan terus ke dalam akaun bank anak-anak sendiri.

Duit bulanan sebanyak RM300 juga tidak sampai kepada anak-anak menyebabkan baju sekolah tidak dibeli baru dan mereka dalam keadaan selekeh ke sekolah.

Bila ditanya ke mana duit anakanak yatim pemberian ibu bapa angkat mereka, pihak pengurusan kata tidak perlu bazir keluar duit beli baju sekolah anak-anak kerana boleh minta sumbangan daripada orang lain pula.

Apabila sudah dicarikan tajaan untuk keperluan anak-anak, duit itu diambil dan dibuat perkara lain.

Pernah satu ketika, Nur berkata, dia dimarahi kerana menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk mendaftarkan anak-anak tidak bersekolah ke tadika.

“Pihak pengurusan kata tidak boleh gunakan wang sumbangan hantar anak-anak ke sekolah sedangkan pada saya itu memang hak anak-anak tetapi saya dimarahi dan mereka katakan biar orang ramai lain bayarkan, jangan bayar nanti rugi," katanya.

Guna anak yatim raih simpati

Anak yatim diletakkan di hampir 100 pertubuhan kebajikan rumah amal di seluruh negara dikatakan hanya sebagai strategi pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai.

Kewujudan pendaftaran untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kampung yang miskin juga dikatakan menjadi salah satu taktik pusat kebajikan dinaungi pertubuhan di negara ini bagi mendapatkan lebih banyak sumbangan.

Nur mendakwa, bantuan yang diberikan kepada golongan itu hanya diberi sekali sekala untuk menutup mata awam mengenai aktiviti dilakukan pihak terbabit.

Pengurusan pertubuhan biasanya tidak memberi bantuan berterusan dan kadang kala mereka yang berdaftar dengan pertubuhan akan dilayan secara kasar sekiranya mahu meminta sumbangan walau sekampit beras.

“Ada warga emas atau orang miskin yang kadang-kadang terpaksa tunggu dari pagi sampai petang hanya untuk dapat sekampit beras sedangkan beras banyak di stor, kadangkadang mereka disuruh balik.“Apabila saya tanya mengapa tidak beri beras sedangkan bekalan ada, jawab pihak pengurusan tidak perlu tolong orang miskin selalu dan perlu lebih mementingkan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pertubuhan itu,” katanya.

Sumbangan diberi orang ramai kepada pertubuhan adalah milik pemimpin dan hanya boleh diedar untuk rumah pemimpin sahaja. "Akibatnya, anak-anak yatim kecil dan dewasa hidup bagaikan pengemis duduk situ, ramai antara mereka yang sudah besar keluar, yang tinggal hanya anak jemaah," katanya.

Anak-anak kecil yang menghuni pertubuhan kebajikan di situ jelas Nur akan didoktrinkan untuk taksub kepada pemimpin dan mengamalkan ajarannya. Untuk mengetahui lebih terperinci ‘ajaran’ di rumah kebajikan itu, Nur mendakwa dia meletakkan anaknya sebagai penghuni untuk menyiasat perkara berkenaan.

Selepas media melaporkan mengenai kegiatan di rumah pertubuhan itu baru-baru ini, ramai anak yatim yang sudah keluar, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja,yang lain semua anak jemaah.

"Tidak tahu ke mana hala tuju anak-anak yatim ini bila mereka keluar dari rumah berkenaan kerana majoriti mereka tidak dipantau semasa di pertubuhan dan apabila keluar dari rumah.

"Bila polis hendak buat program, mereka akan pesan anak-anak sorok gambar pemimpin pertubuhan itu, jangan sebut namanya, kalau orang tanya kenal atau tidak, kata tidak kenal," katanya.

Amalan pelik selepas solat

Menurut Nur penghuni pertubuhan kebajikan akan solat mengikut waktu namun yang menghairankan wujud pertambahan bacaan. Jika ada tetamu datang berkunjung, penghuninya akan solat seperti biasa namun jika sebaliknya kesemua mereka wajib membaca zikir memuja pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

Apabila Hari Raya pula, mereka tidak solat di surau atau masjid tetapi di surau sendiri dan akan membaca khutbah mengenai pemimpin mereka yang kononnya memiliki seribu satu keajaiban. Kanak-kanak kecil dipesan supaya tidak melakukan amalan pelik itu di depan orang dan tidak menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Katanya, sesiapa yang tidak mahu mengamalkan ‘pencak’ dan zikir berkenaan akan dimarahi. Amalan ini turut disedari penjaga sehingga ada yang mengambil keputusan membawa anak-anak yatim keluar dari rumah itu.

"Bila ada orang meninggal, golongan jemaah akan kata mudahmudahan ditempatkan bersama pemimpin yang sudah meninggal itu," katanya. Bagi mereka beruntunglah sesiapa yang dapat duduk dengannya. Lepas Maghrib, kesemua jemaah dan anak-anak akan buat ‘pencak tarik power’ hingga Isyak.

Ketika aktiviti itu dilakukan, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan tidak boleh merakam gambar.

Pengakuan anak yatim perempuan 10 tahun

"Abah (bukan sebutan sebenar tetapi ganti panggilan kepada pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia) tolong selamatkan kami dari sihir... tolong beri kami program banyak... dapat makanan banyak...’ itu antara zikir yang perlu dibaca anak anak yatim pertubuhan berkenaan. Menurut bekas penghuni rumah anak yatim itu, setiap hari selepas solat Subuh, mereka akan buat pencak kemudian berzikir menyebut nama pemimpin itu supaya menolong mereka... Abah tolong kami... sebanyak 50 hingga 100 kali.

Menyentuh soal makanan, meski sumbangan banyak, mereka tidak boleh tambah nasi dan lauk, sekiranya berdegil akan dipanggil 'anak setan'. “Orang sumbang macam-macam tetapi kami tidak dapat rasa, ayam seketul pun kena berkongsi,” katanya.

Pengakuan anak yatim lelaki 10 tahun

Bagi bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Muhammad, dia sedar amalan-amalan diajar di rumah berkenaan pelik dan tidak masuk akal, namun setelah lama menghuni rumah tersebut, perkara itu menjadi kebiasaannya.

Biasanya penghuni akan disuruh menolak syaitan dengan kaedah berdiri sambil menolak dan menarik tangan ke depan ke belakang. "Benda ini kena buat secara bersembunyi, kalau ada tetamu datang kena solat biasa, belakang-belakang kena baca zikir itu," katanya. Kalau tidak buat, akan dipukul dengan batang bendera dan dicubit sehingga rasa macam nak terkencing.

“Mak yang keluarkan saya dari rumah itu bila nampak ada yang pelik,” katanya. Sejak menghuni rumah itu Muhammad berkata, dia hanya memperoleh duit belanja sekolah 50 sen sehari, kadang-kadang tidak diberi meski pun tahu banyak sumbangan diperoleh rumah berkenaan.

Pengakuan anak yatim perempuan 17 tahun

“Langsung tiada baca doa memohon kepada ALLAH, kalau nak minta sesuatu mesti mohon daripada 'Abah',” kata bekas penghuni rumah berkenaan yang melarikan diri kerana tidak sanggup mengamalkan ajaran pelik di rumah anak yatim itu. Katanya, jemaah yang dewasa ada tasbih sendiri berbentuk seperti gelang dan dipakai di tangan.

“Bila orang tiada mereka akan berzikir menyebut 'Abah', saya tidak tahan duduk sana, duit sumbangan orang ramai diberi kepada kami diambil selepas itu kena pula amal ajaran bukan-bukan," katanya. -SH