Larang abu Chin Peng jadikan kita bahan ketawa, kata bekas KPN Bekas ketua polis memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.
Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Mohd Noor, berkata tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Masyarakat heboh mengenai abunya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia. Pertelingkahan ini berlanjutan keterlaluan. Saya fikir ia sedikit naïf.
“Jika kerajaan tunduk kepada tekanan awam untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik, saya fikir, kita akan membuat Malaysia ditertawakan oleh seluruh dunia,” katanya ketika ditemubual dari United Kingdom yang disiarkan BFM semalam.
Abdul Rahim, yang juga pengarah Cawangan Khas pada masa itu, mengetuai rundingan damai yang akhirnya mencetuskan Perjanjian Damai Haadyai 1989 – yang mengakhirkan secara rasmi pertempuran ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersenjata dengan kerajaan..
Penolakan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini ketika beliau masih hidup, katanya, juga seperti mengejek dan memperolok-olokkan perjanjian damai itu.
Katanya, beliau pada masa itu meyakinkan kerajaan untuk berbincang dengan komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.
Beliau berkata, walaupun Darurat 12 tahun tamat pada 1960, pasukan keselamatan masih bertempur dengan sisa komunis pada 1980-an, tetapi penolakan terhadap komunisme dalam kawasan adalah peluang untuk memperbaharui rundingan damai.
Pada masa itu, katanya, masih ada kira-kira 2,000 komunis sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, dengan dua kumpulan terbesar ialah Biro Malaya Utara dan Rejimen ke-10 yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.
Beliau berkata, dengan sokongan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Cawangan Khas secara rahsia mengadakan rundingan dengan komunis pada penghujung 1987 dan awal 1988 di pulau Phuket yang bertahan untuk lima pusingan.
Hasilnya, perjanjian damai 1989 ditandatangani di Haadyai merangkumi dua persetujuan, satu mengandungi dua terma utama dan satu lagi butiran pentadbiran mengenai bagaimana terma berkenaan akan dilaksanakan.
“Saya terbabit dalam merangka kedua-dua persetujuan, jadi saya mempunyai pengetahuan penuh bahawa mengikut terma persetujuan itu, semua perjanjian itu mengikat setiap ahli PKR, daripada yang tertinggi, paling utama hingga ke bawah, paling bawah.
“Jadi jika anda kata Chin Peng, sebagai setiausaha agung parti itu adalah ahli paling tinggi, maka dia layak mendapat semua kelebihan seperti dijanjikan dalam perjanjian itu, yang termasuk membenarkan beliau untuk kembali ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, menurut perjanjian itu, dalam keadaan di mana bekas ahli komunis itu tidak dibenarkan secara tetap pulang ke Malaysia, mereka patut dibenarkan memasuki negara atas kebenaran lawatan sosial.
“Tetapi dalam kes Chin Peng, dia tidka dibenarkan kedua-duanya. Pada saya, ia tidak masuk akal. Ia tidka adil. Ada bekas komunis lain yang dibenarkan untuk balik dan mereka kebanyakannya Melayu,” katanya.
“Abdullah CD (pengerusi PKM) dibenarkan balik ke Malaysia dan diberi pengampunan oleh Sultan Perak. Rashid Maidin (ahli jawatankuasa pusat PKM), saya diberitahu menunaikan haji menerusi Kuala Lumpur dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bersedia untuk mengandaikan bahawa keputusan kerajaan itu ada kaitan dengan perkauman dan pada pendapatnya dalam isu Chin Peng, kerajaan tidak menghormati perjanjian damai itu.
Beliau berkata, masyarakat nampaknya tidak faham konteks perjuangan komunis antarabangsa dan menganggap pemberontakan 40 tahun komunis di Malaya adalah pergaduhan Chin Peng seorang dri dan hanya dia seorang yang mengarahkan semua tembakan dan pembunuhan.
“Saya tidak tahu mengapa ia jadi seperti ini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya ialah baik atau buruk – apa pun Chin Peng itu, latar belakangnya ialah perjanjian damai sudah ditandatangani. Kita patut menghormati terma dan syaratnya,” katanya.
Chin Peng menghabiskan sepertiga hidupnya dalam buangan di Thailand.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendiriannya untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil langkah undang-undang.
Semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abunya dibawa masuk.
Semalam, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat bahawa mayat Ching patut dibenarkan pulang ke sini untuk kali terakhir.
Pengerusi biro parti, Datuk Heng Seai Kie berkata, mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia.
Kumpulan hak Melayu, Perkasa, bagaimanapun, memberi amaran kepada MCA supaya parti itu jangan menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mendesak Putrajaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata ramai orang Melayu dan Cina mati dai tangan komunis yang diketuai Chin Peng ketika pemberontakan.
Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Hari Malaysia, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89. Beliau ketika hayatnya berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.
Chin Peng lari ke China pada 1961 dan kemudian tinggal di Bangkok di mana dia diberikan pasport asing.
Beliau dilaporkan berpindah ke Haadyai beberapa tahun lalu dan berulang alik dari Haadyai ke Bangkok untuk mendapatkan rawatan penyakit barah.
Beliau dilantik sebagai setiausaha agung PKM pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. -TMI
bangang betul setengah orang kat mesia ! senjata apa haram berlambak lambak terlepas boleh 'masyuk' macamana ? abu x bley masyuk macamana ? kerja gila ! ABU jangan lupa !
BalasPadamPenulis..pkm ya bkn pkr..hehhee
BalasPadamcakap je berdegar-degar tu ... nak menarik perhatian! ... nak tunjuk hebat! ... nak tunjuk gah ...! dadah berkontena-kontena boleh bawa masuk ... pendatang haram pun boleh masuk hidup-hidup ... nun di langkawi berlambak-lambak kereta mewah di seludup masuk ... segenggam abu chin ping... bawa masuk dalam sumpit gelenya je ....
BalasPadamBenarlah sebagaimana yang dikatakan
BalasPadamoleh Chin Peng, Seandainya aku bebangsa MELAYU masalah ini takan
timbul, Tapi malangnya aku bebangsa
CINA.K.K.K. wujud di Malaysia!
Raja segala perkauman di dunia tidak syak lagi adalah umno laknatullah.
BalasPadamKalau aku cakap Melayu UMNO bodoh, depa marah kat aku. Kalau aku kata Ketua Polis bangang, nanti dia melenting. Apa dah jadi dengan menteri-menteri kat Malaysia? Munafikunkah? Mahathir masih hidup. Dia yang membenarkan perjanjian itu dibuat. Dalam konteks Islam, perjanjian mesti dikotakan. Ini bukan perjanjian sebelah pihak. Makin hari makin jelas sifat kemunafikan dalam diri Melayu UMNO ni.
BalasPadamAku pun hairan juga. Tak kan Melayu yang mati tu semua dibunuh oleh Chin Peng? Abdullah CD, Rashid Maidin, ... tak membunuhkah? Jangan jadikan Chin Peng nampak HEBAT kerana tindakan kita. Pada hal Chin Peng tu manusia biasa dengan idealogi yang berbeza dengan kita. Oop lupa aku, matinya Altantunya pun disebabkan oleh Chin Peng kot????????
undang2 RIMBA um NOnok...terimalah MANDAT yg telah diberikan kerana B angkai N egara akan bangga dengan JANJI DITEPATI dan SAPUUU satu mlysia
BalasPadamrakyat akan terus diperbodohlembukan dn kroni2 diutamakan.mereka yg dulu kini dan selamanya PADANNN MUKALLAAH nilaikan penyeerahan borang pemilihan
um NOnok pun disiar secara langsung.
poster GERGASI Fuuad Jagarsi yg kalah
di Batu pahat menCACAT PANDANGAN dan menghina pihak yang MENANG
Salah chin peng tak masuk melayu.tak perlu masuk Islam.nama melayu nya mohd sinpen ....
BalasPadamBetullah apa yang lain cakap tu. Abdullah CD dgn Rashid Maidin boleh masuk. Inikan pulak abu jenazah.
BalasPadamKebanggangan menteri(jika ada) harus kita terima kerana banyak yg banggang pilih mereka.
Semuga Tuhan berilah jalan petunjuk. MM dah nyanyuk sebab tu buat bodoh je dgn perjanjian tu = no comment.
Wassalam.
pemimpin bn mungkir janji? so what else is new?
BalasPadamApa MAKNA nama CHIN PENG. Ada sapa2 tahu.
BalasPadamSejak bila Umno menepati janji?? Dan sejak bila pula menteri2 (termasuk PM) cerdik?? Kan Mahathir dah cakap berpuluh2 kali, yang ada dalam umno tu tak tak ada lagi yang cerdik/bijak..oleh itu faham2 sajalah.
BalasPadamSamada Chin Peng dimasukkan sebagai mayat atau dibakar menjadi abu, sebangsa dengannya akan memuja dan menjadikannya sebagai ikon,bahan penyembahan dan bahan politik. Oleh demikian pihak pembangkang China tegar akan jadikan isu pilihanraya (PRU14)dan UMNO akan terkubur. Carilah jalan supaya ianya tidak dijadikan bahan seludup.
BalasPadamsemua nya nak cari publisiti sebab ada pertandingan jawatan dlm umno, dan yg lain2 suara tu ada kepentingan nak glamour kalau2 di terima jadi kroni umno..MANUSIA MELAYU ABAD INI... Tetapi spt mana yg sering di sebut oleh GB kebenaran tetap menolak kebathilan...kesian melayu...berkokok lah kamu..
BalasPadamAlah, seludup aje senyap2.
BalasPadamBuat apa minta izin, ni mesti nak simpati, publisiti & kelirukan rakyat yg mmg dah agak banyak keliru semenjak akhir2 ni.
Kesian Najib, pening kepala dia tau, tau. Ko tak jadi PM ko senang le cakap macam2. Nak jaga negara, Rosmah, anak menantu, kroni lagi, macam2, pendek kata pening kepala dia. Tapi tu le, dulu dia memang nak jadi PM, ingat senang2 ke bole goyang kaki.
Wahai umat manusia, pandangleh ke ke depan, CPing dah mati, kita semua akan mati. Sejarah2 dulu memang bercelaru, jangan otak kita yang bercelaru.
Berdoa & munajatlah pada ALLAH dalam apa jua urusan dunia, sebab semuanya milik ALLAH.
htr je ABU tu pki pos laju..apa Samy Vallu dulu ckp'Itu kidmat pos laju mayak cepat, hari ini htr semalam spi'..
BalasPadamtara problem boss..
kebodohan melayu ameno dah merebak kepada pihak lain pulak.
BalasPadam