11 Sep 2013

Menjelang Muktamar: Media Telah Mula Berusaha Lagakan Pemimpin PAS


Saya cakap lain mereka tulis lain - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

“Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.

“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.

“Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah. -HD


Media perdana racun kempen muktamar PAS


Setiap kali menjelang muktamar PAS, akhbar tradisional terutama yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia akan habis-habisan mempromosi barisan tertentu dalam PAS.

Ketika hari biasa, pemimpin PAS ialah golongan yang paling dicemuh akhbar ini.

Serangannya pada Murshidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain yang mengkritik Umno sebegitu dahsyat ketika bukan musim muktamar terutama menjelang pilihan raya umum. Pelbagai label jijik digunakan untuk mencemuh mereka.

Tetapi menjelang muktamar, akhbar Umno ini akan bertukar nada dan memberikan liputan meluas yang kononnya untuk mempromosikan golongan tertentu dalam PAS.

Mungkinkah akhbar yang digunakan Umno untuk menghancurkan PAS selama ini tiba-tiba di saat muktamar menjelang sudi menjadi akhbar lidah golongan tertentu yang didokongnya dalam PAS?

Sudah tentu tidak. Yang mereka berminat hanya peluang ini digunakan untuk menyuntik racun kepada jamaah PAS.

Seeloknya jamaah PAS hancur akibat racun ini.

PAS adalah musuh tradisi dan ancaman terbesar bagi Umno. Setelah gagal mengajak PAS bersama berkali-kali, percayalah langkah seterusnya ialah menghancurkan PAS dari dalam dan luar.

Dan cara paling berkesan ialah melaga-lagakan pemimpin PAS dengan mengambil kesempatan pada sentimen ahli PAS yang giat berkempen untuk pemimpin kesukaan mereka menjelang muktamar ini.

Akan dijemputnya bekas pemimpin PAS dan penganalisa politik pro-kerajaan untuk membuat kenyataan berbau provokasi untuk menghangatkan lagi suasana dan melagakan lagi pemimpin PAS.

Akan dibuatnya laporan yang disengetkan, kemudian memerangkap pemimpin PAS yang tidak sedar mengenainya untuk membuat komen yang melagakan untuk melemahkan ukhuwah dalam jamaah PAS.


Jika itu tidak menjadi, akan disuruh wartawannya untuk memasang soalan perangkap untuk menunggu kesilapan yang boleh disensasikan untuk melagakan pemimpin PAS.

Seeloknya dilagakan sehingga bukan muka saja bengkak, lebih baik kalau seluruh badan lumpuh.

Oleh itu, semua pemimpin PAS harus berwaspada. Apa-apa saja liputan yang diberikan Utusan membawa nada jijik. Apa yang muncul di dada laporan Utusan terus dipandang serong.

Liputan Utusan bakal menyusahkan daripada menolong golongan yang ingin dibantunya. Begitu juga laporan di akhbar The Star, yang sudi memberikan liputan besar-besaran kepada golongan tertentu dalam PAS.

Yang berhasrat nak bertanding mahupun mempertahankan jawatan jangan dok seronok membuat kenyataan media mengenai pertandingan di muktamar. Musuh kamu menanti kesilapanmu.

Ingatlah, asalkan kamu sudi berlaga, liputan akan diberikan seluas-luasnya.

Jadi berwaspadalah, wahai pemimpin PAS. Musuhmu hanya ingin menikmati drama tarian pincangmu.
-Timmy Say

[PANAS] Siapa Dalam KDN Yang Bocorkan Rahsia Gengster?


Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.

Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.

“Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga,” katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut.

Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.

Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.

“Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami,” kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.

Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.

Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.

Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.

Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah semakin meningkat tetapi ahli politik dan polis terus menyalahkan ketua kumpulan kongsi gelap yang dibebaskan dari tahanan tanpa bicara.

Memetik sumber KDN, laporan berita minggu lalu mendedahkan nama 30 ketua kumpulan dan mendedahkan mereka bergerak aktif di kawasan takluknya.

Antara identiti yang didedahkan sebagai gengster paling dikehendaki adalah Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (KL), Prai Bala (Pulau Pinang), Langkap Sasi (Perak) dari Geng 04; Indren (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL) dari Geng 08; Cendol Kanna (KL), Devan (ketua kumpulan di KL yang merupakan jutawan pengedaran dadah) dan Kajang Kalai (Kajang) dari Geng 36.

Nama terakhir merujuk kepada Exco Pemuda MIC Kalai Arasu Muniandy. Beliau menafikan pendedahan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mencemarkan nama baiknya.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, perbincangan mengenai kebocoran senarai nama itudibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaik sahaja berita itu tersebar.

“Semua di antara kami termasuk ketua setiausaha kementerian masih belum mendapat jawapan. Zaman ini, segalanya boleh berlaku,” katanya.

Siapa yang mendedahkan nama itu, masih menjadi tanda tanya.

Misteri ini mengambil masa lima hari sejak disiarkan media pada Jumaat. Polis dan KDN masih menemui jalan buntu.

Anda perlu masa lebih lama untuk selesaikan misteri ini. -TMI

Ketua Gαngster Pemuda MIC pertikai senarai polis

M.Kalai Arasu, Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat menafikan beliau ketua Kumpulan Geng 36 ‘Kajang Kalai’, yang merupakan salah seorang daripada 30 nama ketua kumpulan gαngster yang didedahkan polis pada Jumaat lalu.

Menurut laporan mStar, dia juga mempertikaikan ketepatan senarai yang didedahkan polis dan membuat laporan polis berhubung perkara itu di Kajang pada Ahad selepas mendapatkan nasihat peguamnya.

Beliau berkata telah bergiat dalam politik sejak 2000, tiada rekod jenayah, tidak pernah didakwa di mahkamah atau ditangkap. Tiba-tiba dituduh sebagai ketua gengster secara tiba-tiba.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan juga membuat laporan polis terhadap penasihat MyWatch, S.Gobi Krishnan dan dua portal Bahasa Inggeris kerana mengaitkannya dengan Geng 36.

Sebelum ini, Gobi melalui akaun Twitternya mendakwa kereta Mohan, sebuah Mercedes CLS dengan nombor pendaftaran ’3060′ didakwa dikenali sebagai identiti kod kumpulan tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Mohan.

“Saya menggunakan nombor pendaftaran itu sejak 1996. Ini tidak bermakna saya sebahagian daripada mana-mana kumpulan,” kata Mohan.

Dakwaan itu adalah satu pembohongan dan bermotifkan politik dan akan mengambil tindakan saman.

Gobi juga mendakwa ketua Geng 36 yang didedahkan polis pada Jumaat merupakan seorang pemimpin MIC dan memegang jawatan di dalam parti itu.

Ribuan Penyokong Dr.Morsi Teruskan Bantahan Semalam


Penyokong Presiden Mesir yang digulingkan kudeta, Mohamed Morsi telah mengadakan demonstrasi di Dataran Talaat Harb di pusat bandar Kaherah dan di beberapa daerah lain di sekitar Kaherah, pada petang semalam (Selasa), di pertengahan minggu kesepuluh bantahan berikutan penyingkiran presiden itu, demikian lapor al-ahram. 

Terdahulu pada Selasa, sekutu-Ikhwan Muslimin, iaitu kumpulan Pemuda Anti-Kudeta telah menyeru rakyat Mesir untuk melakukan bantahan di Talaat Harb Kaherah - satu kilometer dari Dataran Tahrir yang menjadi ikon "Arab Spring" - terhadap penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.

Pihak Keselamatan Mesir telah meningkatkan kehadiran mereka di Dataran tersebut berikutan demontrasi berkenaan.

Demonstrasi itu adalah yang pertama semenjak pertempuran maut antara penyokong Morsi itu dengan pasukan polis serta penyerang yang tidak dikenali di sekitar Masjid Al-Fath di Ramsis Square di pusat bandar itu pada 16 Ogos, di mana berpuluh-puluh penyokong Morsi telah dibunuh.

Pada masa yang sama, beribu-ribu rakyat Mesir telah menyertai prtes "anti-Rampasan kuasa" di beberapa daerah Kaherah termasuklah Haram, Madinet Nasr dan Obour, serta beberapa wilayah lain termasuk di Sharqiya Delta dan Minya di utara Mesir serta Beni Suef.

Bantahan dari pihak Pro-Morsi telah berlaku secara berterusan sejak penggulingannya oleh tentera pada 3 Julai.

Kebanyakan bantahan berlaku pada hari Selasa dan Jumaat, menyuarakan penolakan mereka terhadap "rampasan kuasa tentera" ke atas Morsi yang dipilih secara demokrasi, menyeru untuk pengembalian semula jawatan Morsi, dan menuntut hukuman qisas ke atas beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Morsi yang telah terkrban di dalam rempuhan dua kem pro-Morsi oleh pasukan keselamatan di Kaherah pada 14 Ogos.

Kerajaan sementara Mesir, yang telah menuduh penyokong Morsi melakukan "tindakan ganas" terhadap lawan mereka, tetap berdegil dengan keputusan mereka untuk tidak berganjak dan akan tetap dengan pelan politik yang telah direncanakan oleh mereka, yang merangkumi pilihanraya semula parlimen dan presiden, serta referendum terhadap pindaan perlembagaan 2012, dalam tempoh kurang daripada setahun.

Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya..


Pemandu akhirnya jawab isu “Najib sewel”

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja.

Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras.

"Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.

Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Mereka turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah dikenakan denda oleh Majlis Peguam. – TMI


ULASAN GB

Jawapan PEMANDU ketara sangat hanya untuk cepat-cepat "memadamkan" tuduhan sewel yang dihalakan kepada Najib sedangkan jawapan PEMANDU terhadap isu yang ditimbul ternyata longgar malah melebarkan lagi "sewel" itu bukan saja kepada Najib tetapi kini kepada pegawai-pegawai PEMANDU juga.

Semua orang boleh jawab "semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja". Tetapi benarkah begitu?

Saya ambil contoh kes kakitangannya yang disebut di atas yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan iaitu Farah Intan Burhanudin. Seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa dengan dikatakan memperolehi Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua. Itu bukan pertikaiannya. Fokus isunya ialah: sebagai seorang lulusan UIA dan sebagai seorang yang beragama Islam, bagaimana beliau boleh bertindak dengan perlakuannya yang jelek (sikapnya yang suka joli, mabuk - ini lansung tak dijawab oleh PEMANDU) dengan berpakaian seksi sepertimana foto-foto yang berkeliaran di alam siber yang sehingga kini belum dinafikan oleh tuanpunya diri?

Beliau dikenakan denda oleh Majlis Peguam dan anehnya PEMANDU boleh membelanya bahawa kononnya ia adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

"Profesyenal", "Etika kerja" dan "strict regulations" apa yang dimaksudkan oleh PEMANDU jika di dalam hal yang sekecil itupun pegawainya sudah tidak mampu untuk mendisiplinkan dirinya?

Maaf cakap. jelas kepada kita bahawa: PEMANDU nampaknya kini dipenuhi pegawai-pegawai yang "sewel", silap gaya dua kali sewel dari tuannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Pemerintah Mesir Berhentikan 50 Ribu Imam dan Khatib


Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.

Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya.

Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku.

Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela.

Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur’an.

Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi.