Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.
Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya.
Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku.
Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela.
Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur’an.
Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi.
Nampak gayanya pemerintah Munafik beragama FREEMASON di Mesir nak ikut style macam di Singapura. For your info kerajaan Singapore sudah lama dah cuba menghancurkan agama Islam di negara diaorang dan langkah paling ketara sekali menghalang laungan Azan di Masjid. Kalau sudah laungan Azan dihalangan mesti ada benda lain dalam Islam yang diaorang sudah halangkan.
BalasPadamI yakin Pemerintah FREEMASON Mesir akan cuba hancurkan agama Islam secara halus sebagaimana yang dibuat pemerintah di Singapura.
Remember Singapura dan Filipina merupakan negara penggerak ahli FREEMASON terbesar di Asia Tenggara yang sepatutnya
PM kita tidak patut beri muka kepada kerajaan Singapura terhadap sebarang tuduhan dari negara diaorang yang sememangnya merupakan negara agent Yahudi.
Ikhwanul Muslimin tunggu apa lagi...kalau betul berita inii, maka jihad bersenjata jawabnya!
BalasPadamtak semudah cakap utk berjihad dgn senjata, semua org Muslims perlu bersatu dulu. tiada musuh dlm selimut barulah kita dpt berjuang dgn tekad yg satu.
BalasPadamKerajaan suka rakyat singapura beli rumah di johor terutamanya sebab FREEMASON ni banyak wang dan pengikut yahudi. Jual hartanah serupa jual negara. Apakah johor akan jadi palestin kedua? nauzubillah......kerajaan sekarang ni pun pengikut FREEMASON juga?
BalasPadamDalam segala kemelut kita lihat di Mesir dan Syria, Allah sebenarnya sedang membuka pintu syurga yang seluas-luasnya untuk penduduknya. Satu peluang Allah beri. Syurga sedang berada di hadapan pintu rumah mereka, ujian yang Allah beri pada mereka sekarang ialah sebagai harga Syurganya. Sungguh menguntungkan jual beli seperti ini. Rakyat Malaysia baru diuji dengan BR1M dah tergolek dog!
BalasPadamDlm proses utk bersatu, berjihadlah dulu setakat yg mampu, sudah tiada pilihan, kemenangan islam atau syahid. peluang bagi mereka yg inginkan kejayaan abadi. Allah Huakbar.
BalasPadamAssalamualaikum. Ingin saya beri penjelasan di sini terhadap beberapa komen Hamba Allah tentang kerajaan Freemason Singapura. Boleh tak berikan bukti Masjid mana di Singapura yang tak boleh laungkan azan dalam masjid?
BalasPadamSatu ciri-ciri sikap anggota Freemason ialah mengapi-apikan dan membuat fitnah supaya kita kaum Muslim di sekeliling akan berprasangka buruk terhadap kita semua.
Kita penulis disini mungkin ada ciri2 itu. Wallahua'lam.