5 Mei 2013

Helikopter Bawa Hishamuddin & Keluarganya Terbalik


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor. -SH

Ulasan GB

Ia ada satu peringatan ...segala-galanya di tangan Allah!

Petanda BN dah nak terbalik?

[VIDEO & GAMBAR] Pengundi Hantu Terdiri Dari Warganegara Asing Cemari PRU13



Berikut ialah beberapa kes "pengundi hantu" yang terdiri daripada warganegara asing yang dapat dirakam dan disiarkan secara meluas melalui media sosial.

Di dalam kebanyakan kes, warganegara asing ini didapati memiliki kad pengenalan (Mykad) yang masih baru dan tidak tahu bertutur di dalam bahasa Malaysia serta tak kenal siapa PM Malaysia!

Sementara di dalam beberapa kes yang lain, pihak polis digunakan untuk mengeskot warga negara asing ini untuk mengundi.

Kita merasa sedih dengan pencemaran PRU13 kali ini dengan kes-kes pengundi hantu ini yang menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti dan integriti SPR dan JPN disamping polis yang terlibat.

Sanggup menggadaikan negara untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang ada.

Keadaan ini perlu dibongkar habis-habisan dan siasatan penuh perlu dilakukan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya.











Di Sungai Siput


Di Gelang Patah


Di Cheras



Detik Penentuan Bermula: Rakyat Keluar Mengundi Hari Ini -updated


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:

Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:

Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam 8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.

Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:

Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:

Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Segamat:

Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.

Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Machang:

Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:

Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.

Kuala Krai:

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi. -SH


Calon N27 Merlimau Melaka, Yuhaizad Abdullah bersama isteri mengundi di Chinchin


Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi


Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

LAPORAN LANGSUNG 10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.

Calon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.


Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.

10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.

Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.

Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.

Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas. 10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.

Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.

Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu

Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.

"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.

10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.

Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).

9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.

Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar

. 9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.

"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

Rafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."

Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.

Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.

Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.

Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.

9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.

Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.

Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.

Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.

9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

Seorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang dakwat itu atas rasa ingin tahu.

Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.

Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya beliau telah hilang.

"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya.

9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.

9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."

9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

Katanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.

9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.

9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.

Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.

8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.

8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan.

Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.

8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.

Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang.

Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.

8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

Kira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi.

Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
-mk

[PECUTAN TERAKHIR] Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Terakhir PRU13 Seluruh Negara


Jam 12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.

Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.

Malaysiakini akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.

11.45pm - Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan "5 Mei, tukar kerajaan" dalam bahasa Cina.

Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.

11.15pm - Seremban: Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.

Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi 'Ubah' dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.

11.00pm - Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas). Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.

10.30pm - Ipoh: Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya membuang undi mereka seawal mungkin esok.

Beliau mendakwa bahawa BN cuba untuk membawa pengundi hantu dari Bangladesh dan Pakistan untuk mengundi BN.

"Jika 90 peratus daripada kita keluar mengundi, maka kita boleh menang dengan mudah, "katanya kepada kira-kira 50,000 hadirin di pusat bandar Ipoh.

10.30pm - Johor Bahru: Orang ramai yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Majidee meningkat sedikit kepada 300 apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba.

Ceramah itu diadakan luar sebuah rumah kediaman, dan sebahagian daripada orang ramai duduk di atas jalan raya berturap untuk mendengar ucapan.

Memetik hasil kajiselidik Merdeka Centre, Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya umum esok.

Salah satu perkara pertama yang Pakatan akan lakukan selepas menawan Putrajaya ialah meningkatkan tahap keselamatan di bandar Johor Bahru, yang beliau sifatkan sebagai "ibunegara jenayah".

Turut berucap ialah calon PKR bagi Johor Bahru Hashim Hussein.

10.30 malam - Putrajaya: PAS Putrajaya dan PKR telah menafikan bahawa sekumpulan belia berpakaian seperti penyokong Pakatan dan membuat gangguan di Putrajaya malam ini adalah ahli-ahli mereka.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya telah menerima laporan dari wakil-wakil mereka dari kawasan tersebut yang boleh membuktikan bahawa individu-individu berkenaan tidak ada kaitan dengan Pakatan atau parti-parti dalam gabungan itu.

Menurutnya lagi, pihaknya mengesyaki ia adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej Pakatan dan ahli-ahlinya.

Ia juga mendakwa bahawa saksi-saksi telah mengesahkan bahawa kumpulan itu telah diiringi sehingga Presint 10 oleh pihak polis sebelum kumpulan itu bertindak sedemikian. -mk


12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah


Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?

Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

Di Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

Sementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap.

Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.
-mk



Johor Pakatan may bag at least 8 parliament seats


JOHOR BARU: As the last few hours tick away before Sunday polls, Pakatan Rakyat is poised to take at least eight parliamentary seats in Johor.

The DAP southern team led by party adviser Lim Kit Siang is expected to capture Gelang Patah, Kulai, Kluang, Labis, Tanjung Piai while retaining Bakri.

Johor PKR chief Chua Jui Meng and PAS vice-president Salahuddin Ayub also have a good chance of taking Segamat and Pulai respectively.

The forecast is based on the assumption that Pakatan candidates will bag 80% of the Chinese votes, 25% of the Malay votes and 50% of the Indian votes.

Pakatan is expected to easily obtain 80% of the Chinese votes judging from the overwhelming response it has received across Johor.

Throughout the campaigning period, Pakatan has been able to attract thousands, if not tens of thousands, of Chinese to their ceramahs.

However, the number of Malays attending the Pakatan ceramahs increased only slightly ranging from a few hundreds to a few thousands. Pakatan is expected to see a 25% swing to its side compared with the 14%-20% in the 2008 general election.

Meanwhile, the Indian votes are split almost evenly based on the response of the voters interviewed by FMT. Some of them acknowledged that the government has failed to resolve long-standing problems such as the “stateless” Indians, while others feel that the BN administration has done a pretty good job.

However, the opposition is unlikely to bag Johor Baru and Air Hitam parliamentary seats, held by BN’s Shahri Abdul Samad and Wee Ka Siong respectively.

This is because both of them have immense influence in their constituencies which they won with more than 10,000-vote majority in the 2008 polls.

Tide has changed

In Gelang Patah, Kit Siang, who has been leading the race against his heavyweight opponent Ghani Othman from the beginning,received a further boost when some 70,000 people thronged a Pakatan “grand” ceramah in his constituency on May 1.

Initially there was concern that Lim may lose if he only secures 70% of Chinese votes, but now it seems the tide has changed in his favour.

In Kulai and Kluang, two low-profile MCA candidates are overshadowed by their DAP counterparts who were more outspoken and aggressive. DAP’s Kulai candidate Teo Nie Ching has been effectively highlighting the high crime rate and corruption through banners and postcards.

In Kluang, DAP’s Liew Chin Tong made a pledge – “let the whole nation sees Kluang, let’s keep our dream here” – which caught the imagination of the voters who feel there is lack of development and job opportunities in this central Johor town.

The Segamat seat looks ripe for Chua Jui Meng’s picking as evident by the Pakatan mega ceramah last week which drew an unprecedented crowd.

Incumbent BN candidate Dr S Subramaniam, who won the seat with only a 2,991-vote majority in 2008, suffered a blow after a group of National Union of Bank Employees (NUBE) members staged a two-day protest against him last week over the minimum wage dispute.

DAP’s only Malay candidate in Johor – Mahdzir Ibrahim – may spring a surprise victory in Tanjung Piai in the wake of strong positive response he received during his ceramah. The ceramah on Thursday attracted 7,000 people.

Meanwhile, if Pakatan gets 305 to 35% of the Malay votes, then it may also emerge victor in the parliamentary seats of Muar, Ledang and Tebrau. This would provide them with the 11 seats it eagerly wants in Johor in order to wrest Putrajaya.

The candidates contesting the 11 parliamentary seats in Johor are:

Gelang Patah – Abdul Ghani Othman (BN) vs Lim Kit Siang (DAP)
Kulai – Tay Chin Hein (BN) vs Teo Nie Ching (DAP) vs K. Surendiran (Ind)
Kluang – incumbent Ho Kok Chung (BN) vs Liew Chin Tong (DAP)
Labis – incumbent Chua Tee Yong (BN) vs S. Ramakrishnan (DAP)
Tanjung Piai – incumbent Wee Jeck Seng (BN) vs Mahdzir Ibrahim (DAP)
Segamat – incumbent S. Subramaniam (BN) vs Chua Jui Meng (PKR)
Pulai – incumbent Nur Jazlan Mohamed (BN) vs Salahuddin Ayub (PAS)
Bakri – incumbent Er Teck Hwa (DAP) vs Lee Ching Yong (BN)
Muar – incumbent Razali Ibrahim (BN) vs Nor Hizwan Ahmad (PKR)
Ledang – incumbent Hamin Samuri (BN) vs Hassan Abdul Karim (PKR)
Tebrau – Khoo Soo Seang (BN) vs Steven Choong (PKR)
-FMT

[VIDEO & GAMBAR] Peserta Flashmob Diserang & Dipukul Oleh Pemuda Berbaju "I LOVE PM"


Ipoh: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kirra-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini.

Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat.

Namun kerena tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini.

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook.

Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok.

Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan.

Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat


IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.

14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
-SH





PRU13 Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full... by luqukoman90




UTUSAN PENIPU!!!!!.. SERANGAN BERDARAH FLASH MOB....UTUSAN TIPU DAN FITNAH KATA PARA PETUGAS FLASH MOB SERANG SAMSENG-SAMSENG UMNO!!!!



UTUSAN MALAYSIA KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH NOMBOR SATU DALAM DUNIA!!!!!.. BELUM PERNAH JUMPA LAGI MEDIA SEJIJIK UTUSAN MALAYSIA YANG KERJA DIA SEIANG MALAM MENIPU DAN MEMFITNAH!!!!

Penyokongnya berlagak samseng serang ganas para petugas Flash Mob PAS di Ipoh, Perak dituduhnya para petugas yang serang samseng-samseng UMNO.. Apa punya siotlah media lidah biawak rasmi UMNO ni..

Samseng-samseng digambarkan sebagai mangsa serangan oleh para petugas Flash mob PAS...

Langsung tiada akhlak punya media lidah biawak rasmi UMNO....Bertambah benci dan meluatlah rakyat kepada UMNO...Utusan ingat rakyat ini bodoh baghal macam para penyokong tegarnya.

Utusan lupa yang sekarang ini zaman informasi di hujung jari.
-omakkau