Jam 12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.
Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.
Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.
Malaysiakini akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.
11.45pm - Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan "5 Mei, tukar kerajaan" dalam bahasa Cina.
Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.
11.15pm - Seremban: Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.
Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi 'Ubah' dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.
11.00pm - Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas). Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.
Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.
10.30pm - Ipoh: Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya membuang undi mereka seawal mungkin esok.
Beliau mendakwa bahawa BN cuba untuk membawa pengundi hantu dari Bangladesh dan Pakistan untuk mengundi BN.
"Jika 90 peratus daripada kita keluar mengundi, maka kita boleh menang dengan mudah, "katanya kepada kira-kira 50,000 hadirin di pusat bandar Ipoh.
10.30pm - Johor Bahru: Orang ramai yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Majidee meningkat sedikit kepada 300 apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba.
Ceramah itu diadakan luar sebuah rumah kediaman, dan sebahagian daripada orang ramai duduk di atas jalan raya berturap untuk mendengar ucapan.
Memetik hasil kajiselidik Merdeka Centre, Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya umum esok.
Salah satu perkara pertama yang Pakatan akan lakukan selepas menawan Putrajaya ialah meningkatkan tahap keselamatan di bandar Johor Bahru, yang beliau sifatkan sebagai "ibunegara jenayah".
Turut berucap ialah calon PKR bagi Johor Bahru Hashim Hussein.
10.30 malam - Putrajaya: PAS Putrajaya dan PKR telah menafikan bahawa sekumpulan belia berpakaian seperti penyokong Pakatan dan membuat gangguan di Putrajaya malam ini adalah ahli-ahli mereka.
Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya telah menerima laporan dari wakil-wakil mereka dari kawasan tersebut yang boleh membuktikan bahawa individu-individu berkenaan tidak ada kaitan dengan Pakatan atau parti-parti dalam gabungan itu.
Menurutnya lagi, pihaknya mengesyaki ia adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej Pakatan dan ahli-ahlinya.
Ia juga mendakwa bahawa saksi-saksi telah mengesahkan bahawa kumpulan itu telah diiringi sehingga Presint 10 oleh pihak polis sebelum kumpulan itu bertindak sedemikian. -mk
12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah
Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.
Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.
Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.
Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.
Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.
Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?
Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.
Di Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.
Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.
Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.
Sementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.
Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.
Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap.
Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.
Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh. -mk
Johor Pakatan may bag at least 8 parliament seats
JOHOR BARU: As the last few hours tick away before Sunday polls, Pakatan Rakyat is poised to take at least eight parliamentary seats in Johor.
The DAP southern team led by party adviser Lim Kit Siang is expected to capture Gelang Patah, Kulai, Kluang, Labis, Tanjung Piai while retaining Bakri.
Johor PKR chief Chua Jui Meng and PAS vice-president Salahuddin Ayub also have a good chance of taking Segamat and Pulai respectively.
The forecast is based on the assumption that Pakatan candidates will bag 80% of the Chinese votes, 25% of the Malay votes and 50% of the Indian votes.
Pakatan is expected to easily obtain 80% of the Chinese votes judging from the overwhelming response it has received across Johor.
Throughout the campaigning period, Pakatan has been able to attract thousands, if not tens of thousands, of Chinese to their ceramahs.
However, the number of Malays attending the Pakatan ceramahs increased only slightly ranging from a few hundreds to a few thousands. Pakatan is expected to see a 25% swing to its side compared with the 14%-20% in the 2008 general election.
Meanwhile, the Indian votes are split almost evenly based on the response of the voters interviewed by FMT. Some of them acknowledged that the government has failed to resolve long-standing problems such as the “stateless” Indians, while others feel that the BN administration has done a pretty good job.
However, the opposition is unlikely to bag Johor Baru and Air Hitam parliamentary seats, held by BN’s Shahri Abdul Samad and Wee Ka Siong respectively.
This is because both of them have immense influence in their constituencies which they won with more than 10,000-vote majority in the 2008 polls.
Tide has changed
In Gelang Patah, Kit Siang, who has been leading the race against his heavyweight opponent Ghani Othman from the beginning,received a further boost when some 70,000 people thronged a Pakatan “grand” ceramah in his constituency on May 1.
Initially there was concern that Lim may lose if he only secures 70% of Chinese votes, but now it seems the tide has changed in his favour.
In Kulai and Kluang, two low-profile MCA candidates are overshadowed by their DAP counterparts who were more outspoken and aggressive. DAP’s Kulai candidate Teo Nie Ching has been effectively highlighting the high crime rate and corruption through banners and postcards.
In Kluang, DAP’s Liew Chin Tong made a pledge – “let the whole nation sees Kluang, let’s keep our dream here” – which caught the imagination of the voters who feel there is lack of development and job opportunities in this central Johor town.
The Segamat seat looks ripe for Chua Jui Meng’s picking as evident by the Pakatan mega ceramah last week which drew an unprecedented crowd.
Incumbent BN candidate Dr S Subramaniam, who won the seat with only a 2,991-vote majority in 2008, suffered a blow after a group of National Union of Bank Employees (NUBE) members staged a two-day protest against him last week over the minimum wage dispute.
DAP’s only Malay candidate in Johor – Mahdzir Ibrahim – may spring a surprise victory in Tanjung Piai in the wake of strong positive response he received during his ceramah. The ceramah on Thursday attracted 7,000 people.
Meanwhile, if Pakatan gets 305 to 35% of the Malay votes, then it may also emerge victor in the parliamentary seats of Muar, Ledang and Tebrau. This would provide them with the 11 seats it eagerly wants in Johor in order to wrest Putrajaya.
The candidates contesting the 11 parliamentary seats in Johor are:
Gelang Patah – Abdul Ghani Othman (BN) vs Lim Kit Siang (DAP)
Kulai – Tay Chin Hein (BN) vs Teo Nie Ching (DAP) vs K. Surendiran (Ind)
Kluang – incumbent Ho Kok Chung (BN) vs Liew Chin Tong (DAP)
Labis – incumbent Chua Tee Yong (BN) vs S. Ramakrishnan (DAP)
Tanjung Piai – incumbent Wee Jeck Seng (BN) vs Mahdzir Ibrahim (DAP)
Segamat – incumbent S. Subramaniam (BN) vs Chua Jui Meng (PKR)
Pulai – incumbent Nur Jazlan Mohamed (BN) vs Salahuddin Ayub (PAS)
Bakri – incumbent Er Teck Hwa (DAP) vs Lee Ching Yong (BN)
Muar – incumbent Razali Ibrahim (BN) vs Nor Hizwan Ahmad (PKR)
Ledang – incumbent Hamin Samuri (BN) vs Hassan Abdul Karim (PKR)
Tebrau – Khoo Soo Seang (BN) vs Steven Choong (PKR)
-FMT
Allahuakbar3!!!
BalasPadamSELAMAT MENGUNDI DAN MENJAYAKAN MATLAMAT Perjuangan Rakyat yang cintakan AGama, negara dan Rakyat berbilang2 kaumnya!
Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk era Kerajaan baru Malaysia 2013!
Ameen!
Terima kasih kepada semua angkatan Blogger yang muda2 kerana sudi berhempas pulas menjayakan agenda kemakmuran Agama dan Rakyat, dari say Blogger tua Veteran!
Demi Negara yang berdaulat, nyahkan Malaysia dari PATI2 bedebah dan keparat!
Salam..ya Allah bdebar pula sy nak p mgundi ni..Ini Kali lah! PAS for all..salam sayang dari Sabah. Selamat mengundi uolls
BalasPadamMasyarakat Siam mmg menjadi penentu kuasa politik di beberapa DUN di Kedah terutamanya di kws yg pengundi Melayu/Cina tidak banyak berubah sokongan politik mereka.
BalasPadamTak usah risau tentang ketulenan sokongan mereka. Banyak cerdik pandai yang berfikiran rasional.
Dan kalau menang, jangan lupa kaum minoriti ini. Jangan dilayan mereka sebagai pendatang. Mereka tak suka rasuah, sistem kroni dan diskriminasi.
Kedamaian di negara sendiri yang dicari.
Semoga berjaya.
Jari sy sudah bersih seperti seblm undi . Mudahnya nk cuci dakwat
BalasPadam