18 Mac 2013

[VIDEO] Alhamdulillah, Dr.Asri Buat Kenyataan Yang Melegakan


Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan – Dr Asri

Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.

Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.

Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.

Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.








Ulasan GB

Kenyataan Dr.Adri di Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ agak melegakan.

Beliau mengulangi pendiriannya yang pernah dibuat sebelum ini bahawa: haram menukarkan kerajaan Islam Kelantan.

Walaupun Dr.Asri sebelum ini sudah membuat keputusan muktamad menolak tawaran bertanding di dalam pilihanraya akan datang sehingga menimbulkan spekulasi yang berbagai-bagai apatah lagi apabila Dr.Asri sendiri mendedahkan adanya pertemuan beliau dengan Najib beberapa hari lalu, tentulah pelbagai persepsi boleh timbul di kalangan masyarakat terutama pencinta Islam.

Berkemungkinan Dr.Asri tidak begitu selesa dengan tawaran untuk bertanding di atas tiket PKR, tetapi boleh menimbang untuk bertanding di atas tiket PAS, namun bagi PAS sendiri soal memilih calon adalah satu persoalan yang serius dan bakal calon perlu melalui tapisan ketat walaupun dari tokoh agamawan. Ini kerana pengalaman pahit PAS dengan sikap beberapa orang yang terpilih kemudian membelakangkan parti seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Dr.Hassan Ali.

Sekali lagi kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dr.Asri kerana menyokong kerajaan PAS Kelantan.



Sakmongkol: 7 Dosa Besar - Fatwa Pujangga Najib Razak


Fatwa Pujangga

Kita ada dengar Ustaz Najib Razak membuat kenyataan politik tentang 7 dosa besar pakatan rakyat. Saya ingatkan ada berita yang menggegarkan bumi dan alam dari Najib. Rupa-rupanya tidak ada apa2 signifikens.

Walaubagaimanapun, rakyat mesti bersyukur kerana ada PM yang maksum menyenaraikan dosa orang lain.

Kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia am nya, bagaimana agak nya kalau kita bandingkan kebersihan Najib dengan Nik Aziz?

Saya dapat dengar carutan para pembaca dan gelak hilai sebahagian dari mereka. Tentu mereka kata, Najib lebih bersih dari Nik Aziz. Hoho.

Bolehkah kita pautkan apa-apa signifikens kepada orang yang tidak tahu memberi contoh mugallazah ini? Sejak bila PM yang paling terpalit dengan pelbagai lumpur ini, memperolehi status maksum dan kemudian boleh pula naik saksi keatas orang lain?

Oh ya- saya lupa; ini dia pemimpin parti Melayu yang terbesar yang menyuruh orang Melayu menjadikan prinsip wasathiyah sebagai pedoman hidup mereka. Rakyat disuruh wasathiyah, pemimpin UMNO tak perlu wasathiyah kerana mereka dapat 30% sabsidi dari Tuhan. Yang demikian pemimpin UMNO boleh lakukan rasuah, penganiayaan, merompak khazanah rakyat, mencuri kekayaan negara. Pemimpin tak perlu ikut wasathiyah.

Jawab nya, kita tidak letakkan apa-apa signikens kepada kenyataan2 Najib. Satu dunia sudah tahu Najib kaki temberang dan auta. Semua kenyataan nya sudah tidak releven. Rakyat hanya menanti PRU13 untuk membuktikan nya. Kita menanti tarikh untuk menterjemahkan mimpi ngeri Najib kepada reality.

Rakyat tidak sabar menterjemah kepada realiti kesukaan Najib pada nombor 11 yang melambangkan natu nisan di perkuburan itu. Kita mahu talqinkan pemimpin UMNO yang semua nya korap dan membuang budaya rasuah yang di wasathiyahkan oleh UMNO.

Apa sudah jadi kepada konsep 1 Malaysia selain dari orang ramai berhimpun sana sini, menunjukkan jari telunjuk? Orang Islam menunjuk jari telunjuk dalam tahayyat, Najib ajak rakyat menunjuk kepada mimpi ngeri yang dia rancangkan.

Dimana dia perpaduan semua kaum dan usaha perangkulan (inclusiveness) semua kaum dalam menikmati faedah kemajuan negara? Rakyat di pingirkan, pemimpin didahulukan! Golongan bangsawan dan putera2 orang atasan mendahului mengambil kekayaan, rakyat bumi ketinggalan dibelakang.

Pemimpin UMNO bersekongkol dengan cukung2 Cina, rakyat dibawah disuruh berkelahi dan bermusuhan dengan orang Cina.

Jadi apa ada pada 1Malaysia? Apa yang ada ialah penaklukan 1 Malaysia dibawah hegemeony UMNO. Itulah maksud sebenar 1Malaysia- 1 Malaysia tunduk kepada pemerintahan UMNO.

1Malaysia tidak lain suatu seruan untuk meletakkan negara ini dibawah telunjuk pemimpin UMNO yang mahukan kuasa mutlak. Orang UMNO mahu jadi diktator dan fascis. 1 Malaysia adalah seruan untuk memusatkan semua kausa dalam tangan UMNO. Pemusatan kuasa hanya dilakukan oleh pemerimtan facist dan kuku besi.

Hakikat nya, rakyat sudah tidak percaya kepada Najib dan UMNO. Penjara Sungai Buloh menanti para pemimpin UMNO yang korap dan rasuah!

UMNO Baru Tahu Tian Chua Makan Babi!


Kesian. Masih dalam mode: 'LEMBU'.

Makan babi punya pasal, Tian Chua jadi haramjadah, jadi biadap, jadi pelaq. Kah kah kah!! Si Cina nama Tian Chua ini, bukan setakat babi dia makan, anak babi dgn ibu babi sekali pun Tian Chua telan.

Soi Lek makan babi,.

Yen Yen makan babi.

Hak makan babi ini telah termaktub (untuk bukan Islam).

Bab babi UMNO nampak.

Tapi tak pernah pulak ada naik banner bertulis,

ANAK MAHAFIRAUN HARAMJADAH, TAUKE TODI SAN MIGUEL!'

ANAK MAHAFIRAUN BIADAP! LU PELAQ!

Babi dalam perut Tian Chua nampak, San Miguel bertong-tong atas meja boleh buat bodo.

Bawak-bawaklah diri keluar dari feedlot. -libanglibu

[HOT] Mungkinkah Dr.Asri & Dr. Juanda Bertanding Di Atas Tiket BN?


PKR batal hasrat calonkan Asri pada PRU13?

Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas.

Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.

Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini.

Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.

"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

Surat-menyurat pertemuan

Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.

Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR.

Antaranya, surat pihak Najib itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu oleh seorang pegawai pemimpin tersebut.

Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.

Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008.

Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau.

Malaysiakini difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang.

Sementara PKR pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh.

Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, difahamkan Dr Asri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kerana merasakan langkah itu "tidak sesuai".

Menurut sumber yang dekat dengannya, beliau juga merasakan masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihan raya dan tidak menjadi calon.

"Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya".

Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan PKR memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya.

Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket PKR.

Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ulasan GB

Sebenarnya GB tidak hairan Dr.Asri atau Dr. Juanda menolak untuk bertanding di atas tiket Pakatan atau jika mereka berdua memilih untuk bertanding di atas tiket UMNO BN sekalipun.

Pakatan terutama PAS tak terasa tergugat lansung jika demikian tindakan mereka kerana kita telah mengharungi pengalaman yang lebih pahit dari itu.

Kedua, sudah sampai masanya untuk kita beritahukan bahawa Islam dan jemaah PAS tidak memerlukan kita semua, sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam dan jemaah PAS untuk kebenaran dan keadilan, untuk menyelamatkan negara dan ummah dari terus rosak dan musnah angkara kerja-kerja UMNO BN.

kembali kepada dua orang "tokoh agama" tersebut, GB teringatkan hadith sahih Rasulullah s.a.w.

"Kekuasaan Allah bersama jemaah. Sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, terasing daripada kumpulannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[PANAS] Adakah Eskay Akan Lakukan Sumpah Laknat Kali Kedua?


Menarik! Sebuah laman sosial fb, "Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo" memaparkan bagaimana wajah "seseorang" telah diubah untuk mirip kepada "seseorang yang lain" berdasarkan kepada "video" gambar-gambar aksi songsang yang dituduh oleh puak UMNO Anwar sebagai pelakunya.

Berdasarkan kepada "analisa" gambar-gambar di dalam slaid video, wajah salah seorang Datuk T yang pernah mengaku bertanggungjawab di dalam penghasilan dan penyebaran video seks edisi 1 satu ketika dulu, iaitu Datuk Eskay Abdullah, telah dibandingkan dengan wajah lelaki yang berada di dalam gambar-gambar berkenaan.

Dan, ia agak menggemparkan kerana penemuan menunjukkan saiz, kedudukan dan perwatakannya amat seiras.

Persoalan kini, siapa sebenarnya pelaku itu dan siapakah melakukan kerja-kerja dajal yang mengubah wajah tersebut kepada wajah Anwar?

Apakah wujud konspirasi yang sama seperti Video Seks lucah yang pertama? Jika Datuk Eskay pernah bersumpah pada 29 April 2011 dulu di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul, apakah beliau pada kali ini akan bersumpah lagi samada untuk menetapkan bahawa gambar itu gambar Anwar atau bersumpah bahawa beliau bukan pelaku di dalam gambar berkenaan?

Ini satu lagi analisa yang hampir serupa.


Kebenaran akan tetap terbongkar jua akhirnya.


Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’


Jika pelakon Daniel Day Lewis boleh disolekkan hingga wajahnya saling tak tumpah seperti Presiden ke 16 Amerika, Abraham Lincoln, apatah lagi dalam isu gambar menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, sama seperti gambar lucah terbaru mirip Anwar, teknik solekan penyamaran juga boleh dilakukan ke atas mana-mana individu untuk menyerupai ketua umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian mengulas isu gambar fitnah terbaru yang disebar blogger Umno, memaparkan individu mirip Anwar bersama seorang lelaki.

Kata Rafizi, bukan sesuatu yang asing dalam industri filem Hollywood mengguna teknik solekan bagi menghidupkan watak dalam sesebuah filem, khasnya filem biografi.

“Dengan special effect, make up dan teknologi baru dalam filem Hollywood, Lincoln dan Nelson Mandela boleh diklonkan.

” Daniel Day Lewis, rupanya langsung tak sama seperti Lincoln. Solekan pada wajah, janggut, latihan berjalan dan lain-lain digunakan untuk menjadikan rupa dan pembawaannya sama seperti Lincoln.

“Sudah tentu perkara yang sama boleh dibuat oleh mana-mana individu untuk menyerupai Anwar Ibrahim,”

“Kalau Hollywood boleh hidupkan semula presiden yang sudah mati, bukan lah satu mustahil, malah perkara yang mudah untuk menghasil individu seperti Anwar. Apatah ia dirakam dalam video pendek dan hitam putih yang kualitinya jauh lebih rendah,” kata Rafizi.

Persoalannya, kata Rafizi, berapakah kos yang dihabiskan oleh musuh politik Anwar untuk menghasilkan individu yang kelihatan sama sepertinya? “Sudah tentu ia memerlukan dana yang besar, disokong dan dibiayai orang tertentu. Dalam video fitnah pertama, ia dikeluarkan individu yang rapat dengan Umno dan Mahathir seperti Rahim Tamby Chik.

“Memang ada bukti tokoh Umno memainkan peranan yang cukup penting untuk mengeluarkan video fitnah seperti ini,” ujarnya menambah pelakon serupa digunakan seperti dalam video fitnah pertama yang dihasilkan di Thailand.

Tambah beliau, tidak mustahil lebih ramai lagi pimpinan KEADILAN akan menjadi mangsa Umno, termasuk dirinya sendiri dengan penghasilan video seumpama itu.

Bagaimanapun kata Rafizi, KEADILAN enggan melayan fitnah berkenaan kerana tumpuan kini adalah kepada isu melibatkan urustadbir negara.

“Reaksi rakyat akan lebih marah lagi dengan video ini kerana rakyat tidak berminat dengan fitnah peribadi. Hingga satu peringkat ada pemimpin Umno sendiri meminta supaya menghentikan fitnah ini kerana ia menimbulkan kemarahan rakyat,”

“Umno hanya mahu kita mengalih usaha dan tumpuan daripada isu lebih besar seperti rasuah dan kerosakan pentadbiran negara,” katanya.

Dalam filem Lincoln, arahan Steven Spielberg, Daniel Day Lewis disolekkan oleh jurusolek, Lois Burwell yang pernah memenangi anugerah Oskar, dan ia bukan sesuatu yang baru dalam industri filem Hollywood.

Di Malaysia, solekan penyamaran tidak kurang hebatnya. Ia pernah digunakan dalam filem-filem tempatan seperti filem Hingga Ke Hujung Nyawa yang menampilkan Erra Fazira sebagai seorang nenek berusia 78 tahun.

Dalam filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu, teknologi solekan silikon diguna untuk menghidupkan watak Erra sebagai wanita tua.

Manakala Cinta Kolesterol pula menggunakan medium latex atau getah khas untuk mengubah fizikal bekas Ratu Cantik Malaysia itu kepada gadis bertubuh gempal.
-KD

Bekas Ketua Pemuda Umno Greenwood Gombak Sertai PAS


Pengumuman bekas Ketua Pemuda Umno Greenwood, Gombak, Sdr. Zazly menyertai PAS sebentar tadi setelah menjadi lebih kurang 15 tahun menjadi sebagai ketua Umno Greenwood dan sekarang katanya zaman anak muda untuk Pakatan Rakyat.

Orang Muda Geng Kita!


Anak muda ini baru sahaja menyerahkan borang untuk membuka cawangan baru PAS di Taman Bukit Permata, Sri Gombak Fasa 8. Alhamdulillah, cawangan PAS semakin banyak di Gombak tanda semakin ramai orang bersama PAS. -fb pemudapasgombak

[VIDEO] Vokalis Rock FTG, Tajul, Serah Borang Sertai PAS


Penyanyi rock terharu serah borang PAS

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.

Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.

"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.

"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.

"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.

"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.

"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.

"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.

Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.

Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.

FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.

FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’. -HD