18 Mac 2013

[VIDEO] Alhamdulillah, Dr.Asri Buat Kenyataan Yang Melegakan


Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan – Dr Asri

Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.

Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.

Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.

Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.








Ulasan GB

Kenyataan Dr.Adri di Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ agak melegakan.

Beliau mengulangi pendiriannya yang pernah dibuat sebelum ini bahawa: haram menukarkan kerajaan Islam Kelantan.

Walaupun Dr.Asri sebelum ini sudah membuat keputusan muktamad menolak tawaran bertanding di dalam pilihanraya akan datang sehingga menimbulkan spekulasi yang berbagai-bagai apatah lagi apabila Dr.Asri sendiri mendedahkan adanya pertemuan beliau dengan Najib beberapa hari lalu, tentulah pelbagai persepsi boleh timbul di kalangan masyarakat terutama pencinta Islam.

Berkemungkinan Dr.Asri tidak begitu selesa dengan tawaran untuk bertanding di atas tiket PKR, tetapi boleh menimbang untuk bertanding di atas tiket PAS, namun bagi PAS sendiri soal memilih calon adalah satu persoalan yang serius dan bakal calon perlu melalui tapisan ketat walaupun dari tokoh agamawan. Ini kerana pengalaman pahit PAS dengan sikap beberapa orang yang terpilih kemudian membelakangkan parti seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Dr.Hassan Ali.

Sekali lagi kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dr.Asri kerana menyokong kerajaan PAS Kelantan.



13 ulasan:

  1. sungguh sayang, org yang ada ilmu ugama tetapi tidak mahu meletakkan dirinya di dalam jemaah/harakah Islam.

    ini yang saya rasa gb pernah katakan ... kambing yang bersendirian yg mudah dibaham harimau....

    BalasPadam
  2. Tak jadi wakil rakyat pun masih boleh berkhidmat samada utk rakyat atau kerajaannyg memerintah.......ulamak sebenar xperlu pangkat dan kuasa yg perlu menyampaikan apa yg sebenar dari Allah dan Nabi Muhammad saw......

    BalasPadam
  3. kalau bertanding atas tiket PAS. aku sokong DR ASRI. PKR ni, sbb byk macai umno masuk. yg pasti, kelantan mesti kekal PAS memerintah.

    BalasPadam
  4. Aku setuju benar dgn pendirian beliau. Aku sendiri pun x berparti. PRU11 dan 12, aku telah undi PR. PRU13 ni pun jika panjang umur aku tetap undi PR. Andai kata Allah memberikan kemenangan kpd PR kali ni,tetapi masih tidak menjalankan amanah serta tidak mahu mendengar teguran dan rintihan seperti BN sekarang, x mustahil aku undi BN pulak. Yang penting kita bukan utk parti tapi ikut kpd apa yang ditulis didalam bidang siasah syar'iyah. Dalam konteks Dr. Maza dan yang seangkatannya, mereka sebagai 'check n balance' kpd setiap kerajaan yang dipilih. Selagi kita bernama manusia biasa maka x terlepas dr melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan itu diakui, lantas diperbetulkan atau tidak. Masing2 ada tanggungjawab dan amanah

    BalasPadam
  5. dalam PAS sudah ada badan tertinggi dinamakan Majlis Syura. Semua keputusan dasar parti merujuk kepada Majlis Syura ini.

    mana lebih baik, pendapat seorang ulamak atau pendirian beberapa ulamak di dalam Majlis Syura?

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah !

    Sudah terang lagi bersuluh , biarkan kerjaan Islam menerajui Kelantan dan dengan ini, kerajaan penongkat langgit harus di runtuhkan...

    Lebih baik MAZA remain neutral jangan masuk politik yang kotor lagi mughallazah....

    BalasPadam
  7. ISMA barua UMNO, Mereka taja nak lawan Pakatan Rakyat, PRU13 hanya BN Dan Pakatan Rakyat, lain hanya ditaja UMNO

    BalasPadam
  8. Yang nyata dan jelas adalah ISMA mahu memecahkan undi Melayu Islam dan melemahkan ikatan Islam. Sepatutnya bergabung dengan PAS demi perpaduan dan kekuatan Islam, jangan nak lemahkan Islam.

    Mungkin ISMA jadi barua UMNO yang berselindung di sebalik pakaian Islam.

    Oleh itu Orang Islam jangan beri undi kepada ISMA. Undi ISMA bermakna untuk memecahkan kesatuan Islam. Beri undi kepada ISMA di Kelantan bermakna nak runtuhkan kerajaan Islam.

    BalasPadam
  9. Kadang2 kita sbgi jemaah islam kena berlapang dada dlm gerakan siyasah ini. Kerana kadangkala kita cepat melatah apabila ada org spt Dr Maza menegur PAS tentang beberapa perkara yg beliau rasakan perlu di ubah krana org2 spt di perlukan sbgi cermin kita. Kita takan tahu rupa kita jika tiada cermin begitu juga org2 spt ini. Mereka menyokong kita dan berterus terang mnyokong kita seumpama hakim mereka tidak boleh bias dlm membuat hukuman. Apabila kita menunjukan akhlak yg baik tidak mustahil ramai org spt ini akan mnjadi berjuang bersama kita. Kesimpulan jgn maki dan hina jika mereka tidak bersependapat dgn kita dlm beberapa perkara kerana blm tentu lg mereka bermusuh dgn kita

    BalasPadam
  10. Ramai ahli2/ustaz2 dlm Pas atau jemaah Islam lain punya tafsiran salah trhadap hadis nabi yg menyuruh kita berjemaah, seolah2 kalau tak masuk Pas dikatakan sudah jadi mcm kambing yg brsendirian, seperti yg diumpamakan dlm hadis itu. Pokoknya, tafsiran atau syarah itu terlalu dangkal. Tapi ramai yg masing2 punya kefahaman begitu, seolah2 jemaah dialah yg benar, yg lain kurang benar.. innalilLah.
    Ilmuan seperti Dr. Maza, atu ramai lg yg lain2, yg pd zahirnya duduk diluar kerangka jemaah Pas, bukan suatu yg salah. Malah mereka ini masih hidup dlm jemaah Islam, selagi bersama dgn rakan2, sahabat2, masyarakat mukmin yg 'amru bil ma'ruf, nahyu anil mungkar'. Dakwah mereka jauh lebih baik, lebih menjangkau lebih luas dari para ahli jemaah yg asyik dok mengutuk atau mengata itu, yg kadang2 ada 'ujub dlm diri2 mereka. Ramai rakyat atas pagar, atau yg baru trsedar utk kembali kpd Islam, lebih sudi dan lbh bersedia menerima dakwah para du'aat atau ilmuan seperti Dr. Maza dari sesetengah du'aat yg dikenali sebagai org kuat Pas.
    Jadi janganlah cepat menghukum para ilmuan dan du'aat seperti Dr. Maza dan lain2 sebagai kurang betul(sayangnye...) kerana berada diluar kerangka jemaah Pas atau jemaah2 Islam lain, kerana sumbangan mereka cukup komplementari dan kesannya besar dalam konteks dakwah hari ini.
    Sifat keakuan, ke'ujuban dan keegoan dlm konteks jemaah Islam harus dikikis sehabis2nya, dibuang kelaut, jangan ada dlm diri para du'aat yg ikhlas kerana Allah.
    Allahu'alam.

    BalasPadam
  11. Jadi senator pun boleh.

    BalasPadam
  12. Aku ahli PAS, juga ahli PKR, ok ke?

    BalasPadam
  13. Kelakar bunyi hujah ISMA ( ust Hazizi), mereka ini tak pernah berpolitik seblm ini dan bacaan politik pun salah. Politik bukan atas buku, tetapi pengalaman. Isma ni spt pepatah, baru duduk nak melunjur terus

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.