Penganjur konsert masih membisu siapa taja Psy
Mega Ultimate, syarikat yang dikatakan membayar persembahan bintang pop Korea, Psy di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang terus membisu mengenai maklumat penajaannya.
Jurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming hanya bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang.
Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal".
Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.
BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu.
Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang.
Ulasan GB
Apabila pihak penganjur konsert PSY sendiri enggan untuk menjawab dan mendedahkan siapa yang membiayai dan menaja kedatangan dan pertunjukkan PSY, rakyat berhak meragui dan mencurigai kenyataan BN sebelum ini yang menafikan penafian mereka terhadap penajaan PSY itu.
BN mendakwa penganjur konsert menajanya, kini penganjur konsert sendiri mengelak untuk memberikan jawapannya.
Kebenaran tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga nanti.
Ribuan hadir ke persembahan Psy di P Pinang Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.
Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.
Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.
Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.
Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.
Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat -mk -